BAB 1

48 4 5
                                    

"GAGAL lagi?! Ini dah kali ke berapa kau gagal lakukan tugas yang aku suruh." Marah Dato Anuar. Dia merenung marah terhadap Maria yang kaku tidak berkata. Hatinya bertambah sakit apabila melihat muka Maria yang seakan-akan tidak bersalah. Masalah juga jika orang suruhannya telah diprogramkan seperti robot. Tiada perasaan, tidak takut dan dia pula yang takut sekiranya dia pula yang jadi mangsa. Dato Anuar merengus.

Kai, Kamal dan Sharul hanya membisu seribu bahasa. Mereka kenal benar dengan perangai Dato Anuar apabila sedang marah jangan dilawan, nanti makin menjadi-jadi pula. Beliau seorang yang ego dan pantang dicabar. Dato Anuar merupakan bapa saudara Kai. Beliau mempunyai perniagaan ubat kesihatan yang merupakan peniagaan keluarga yang diwarisi sejak turun temurun dan telah terkenal di seluruh negara. Perniagaan itu kukuh berdiri kerana mendapat sambutan yang mengalakkan dari pelanggan. Tidak hairanlah sekiranya beliau menjadi salah seorang perniaga jutawan di negara ini.

"Keluar!" Tengking Dato Anuar. Hatinya makin sakit jika melihat muka Maria. Maria mengatur langkah meninggalkan bilik Dato Anuar tanpa sebarang perasaan. Perlakuannya seakan robot yang sememangnya tidak mempunyai perasaan dan hanya bertindak mengikut arahan.

"Kalau berterusan macam ni, baik hapuskan sahaja dia. Tak guna kita simpan, dia akan menimbulkan banyak masalah lagi." Dato Anuar meluahkan isi hatinya. Hatinya betul-betul sakit. Bengang dengan kegagalan orang yang dipercayai dan ini bukannya yang pertama kali. Prestasi Maria semakin menurun.

"Atau kita hapuskan terus Maria. Jika dibiarkan, mungkin dia akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi." Cadang pembantu Dato Anuar. Dato Anuar memandang wajah pembantunya, dia seakan setuju dengan pendapat pembantunya. Kemungkinan itu sahaja jalan penyelesaian yang terbaik.

"Mana boleh macam tu. Saya tidak setuju" Kai membangkang. Dia bangun dari kerusinya dan mendekati bapa saudaranya. Wajahnya kelihatan tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh pembantu Dato Anuar.

"Kita kena bagi Maria peluang. Lagipun kejadian yang berlaku bukan perbuatan dia. Malah tiada bukti yang menunjukkan Maria lakukan semua itu." Kai kelihatan tegas dalam menyatakan pendapatnya. Dia beriya-iya untuk menyelamatkan Maria dari dikenakan hukuman tersebut.

"Kau bangkang keputusan aku ke Kai?" Soal Dato Anuar. Kai terkedu, sedarlah dia sudah terlalu emo dalam menyatakan pendapatnya. Dato Anuar merenung tajam ke arah anak saudaranya itu.

"Beriya benar kau nak pertahankan perempuan tak guna tu." Sindir Dato Anuar lagi. Kai hanya tunduk.

"Saya bukan nak bangkang pendapat pak cik. Tapi cuba pak cik fikir balik. Semua pelanggan kepercayaan pak cik ditemui mati apabila Maria muncul ke rumah mereka. Malah Maria sendiri tidak tahu punca mereka dibunuh." Terang Kai dengan nada tenang. Risau sekiranya kata-katanya menimbulkan kemarahan Dato Anuar.

"Manalah tahu mereka ada musuh." Tambah Kai lagi. Dia berharap pendapat itu diterima oleh Dato Anuar.

Dato Anuar mengangguk kepala. Tindak balasnya seakan bersetuju dengan pendapat anak saudaranya. Dia tidak terfikir ke tahap itu. Walaupun mereka orang kepercayaannya tetapi bukan semua perkara akan diceritakan pada pihak luar terutamanya orang yang mereka rapat. Mungkin takut Dato Anuar tahu akan kelemahan mereka.

"Baik, aku bagi dia satu lagi peluang. Tetapi, kalau gagal lagi, Maria mati. Kau pegang kata-kata aku ni." Dia menudingkan jari kepada Kai. Perbuatannya itu seperti memberi peluang berbentuk amaran terakhir buat Maria. Mukanya yang tegas menimbulkan suasana yang menyeramkan dalam bilik tersebut. Semua yang ada dalam bilik tersebut memandang Kai. Kai menelan air liurnya. Timbul kerisauan. Dato Anuar berlalu pergi meninggalkan biliknya.

Kai mula gelisah, pada masa yang sama hatinya lega kerana mampu memujuk bapa saudaranya agar memberi peluang terakhir. Tetapi Kai masih risau sekiranya Maria gagal untuk tugasan seterusnya. Kenal benar dia denga perangai bapa saudaranya yang sangat berdisiplin. Setiap kata-katanya pasti akan dikotakan.

"Aku dengar, Maria akan dibunuh kalau dia gagal untuk tugasan seterusnya. Betul ke?" soal Hyun ji. Hyun Ji merupakan orang korea. Disebabkan sudah lima tahun dia menetap di Malaysia, dia semakin fasih dalam berbahasa melayu.

Chen meletakkan surat khabarnya diatas meja. Dia merenung Maria yang senyap di tepi tingkap. Maria suka menghabiskan masanya dengan termenung di tepi tingkap. Kadang-kadang dia bercakap sendirian tetapi tidak pula didengari butir bicaranya. Chen mengelengkan kepalanya, tidak faham dengan perangai Maria yang pendiam itu. Susah untuk melihat dia tersenyum.

"Betul. Dato Anuar mengamuk sebab tugasan yang diberikan semuanya gagal. Katanya, prestasi Maria semakin merosot. Dia risau kalau Maria akan menjadi penyebab Dato Anuar ditimpa masalah." Jawab Chen tenang. Hyun Ji mengangguk faham, dia juga merenung Maria.

Maria seorang yang pendiam dan hanya bercakap apabila perlu sahaja. Dia juga seorang yang mendengar kata. Menurut Doktor Ramlan, punca Maria berkelakuan seperti itu adalah disebabkan trauma mengenai kemalangan. Maria mengalami kemalangan yang teruk menyebabkan pendarahan dikepala, tetapi Dato Anuar sempat menyelamatkannya. Oleh itu, Maria sanggup melakukan apa sahaja arahan Dato Anuar tanpa bantahan disebabkan jasa beliau yang telah menyelamatkan nyawanya.

Tetapi Chen masih ragu-ragu. Menurut Maria, dia melakukan tugas seperti yang diarahkan. Tetapi timbul masalah apabila Dato Roslan ditemui mati dengan tragis oleh Maria semasa beliau memasuki bilik tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara yang lebih teruk, Maria bertindak melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang kesan yang mungkin akan mengakibatkan dirinya menjadi suspek polis.

Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now