Seperti biasa, Maria akan bersarapan terlebih dahulu sebelum ke kelas. Sekeping roti disambar dan disapukan dengan mentega coklat kesukaannya. Air dipandang sekilas tanpa terusik. Matanya ralit memandang abangnya yang sedang menuruni anak tangga. Langkah Chen yang kemas mendekati Maria lalu kerusi ditarik perlahan.
"Hari ni Maria pergi ke kampus dengan Kai boleh?" Pinta Chen. Maria hanya mengangguk selamba. Chen tersenyum, dia mula menjalankan misinya. Secara perlahan-lahan, dia akan menggunakan maria untuk menjayakan misinya. Hanya Maria sahaja yang berpelung untuk melakukannya.
Kai melangkah dengan wajah yang lesu. Untuk pertama kali, Kai duduk berjauhan dari Maria. Selalunya, tidak sesekali dia melepaskan peluang untuk berada hampir denggan Maria. Entah mengapa pagi itu mod dia dirasakan ke laut.
"Kai, tolong hantarkan Maria ke kampus, aku ada kerja sikit." Pinta Chen kepada Kai. Kai hanya mengangguk faham. Sedikit pun dia tidak memandang Maria mahupun Chen. Tangannya hanya menguis-guis kacang panggang yang diisi dalam mangkuk tanpa terusik.
"Tak pernah-pernah awak duduk jauh dari saya. Awak tak sudi ke duduk sebelah saya lagi?" Soal maria lembut. Kai bagaikan direnjat elektrik Kepalanya digeleng laju, seboleh-boleh dia menidakkan niatnya duduk menjauhi Maria.
Maria hanya mengangguk faham. Soalan Maria sememangnya menakutkan Kai. Dia takut sekiranya Maria tidak selesa dengannya apabila mengetahui sebab dia menjauhi Maria. matanya difokuskan pada pemanduan. Dia berharap sangat Maria tidak akan berkata apa-apa.
Kereta yang dipandu berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk Kampus. Maria menolak pintu kereta dengan sopan. Sebelum dia menutup pintu kereta semula, sempat dia berkata sesuatu kepada Kai.
"Saya rasa janggal bila awak duduk sebelah saya bagai patung tidak bernyawa. Sedangkan selama ini awak seorang yang periang." Tegur Maria. maria menutup pintu dan berlalu pergi.
Kai memerhati dari jauh. Kepalanya disandar pada kerusi. Bukan niatnya untuk berdiam diri. Tetapi hatinya tawar untuk berbicara dengan Maria. Selama ini, suara Maria menjadi kerinduannya. Dia sentiasa berusaha untuk menarik Maria berbual. Tetapi usahanya hanyalah sia-sia. Maria tetap dengan responnya yang suka mendiamkan diri. Kai mengurut kepalanya yang tidak pening. Kusut fikirannya dengan dugaan yang dihadapi.
Maria teringatkan pesan Chen agar menegur Kai semasa dalam kereta. Maria tidak membantah tetapi hatinya tertanya, mengapa pula dia perlu melakukan apa yang disuruh oleh Chen. Hatinya dilanda kekeliruan tetapi dia tetap mendengar arahan, dicari topik agar dapat menhidupkan suasana, tetapi dia akui bahawa soalannya kedengaran dingin dan tidak mempunyai perasaan.
Chen dan Hyun JI bergerak menuju ke sebuah bangunan yang tersergam di tengah ibu kota. Langkah mereka diatur menuju ke tingkap paling atas. Tujuannya adalah untuk menghadiri mesyuarat yang dibuat oleh Dato Anuar. Tepat jam lapan pagi, mesyuarat dimulakan dan berakhir pada jam sebelah pagi.
Setelah itu mereka berdua berjalan-jalan ditaman sambil bersiar-siar. Dari kejauhan seorang mak cik sedang sibuk menyapu sampah. Segala jenis sampah disapu dan dibuang ke dalam beg plastik hitam. Chen dan Hyun Ji hanya memandang mak cik itu dengan sekilas sahaja. Belum sempat mereka pergi jauh, mak cik itu mengadu kesakitan.
Chen berlari mendapatkan mak cik itu, tetapi Hyun Ji hanya memerhati dari jauh. Kaki mak cik itu terkena patukan ular daun yang duduk bersembunyi di pokok-pokok renek di taman. Mungkin mak cik itu tidak perasan akan keberadaan ular tersebut. Chen mula cemas. Tangannya laju mendail nombor kecemasan untuk mendapat bantuan, risau dia apabila melihat keadaan mak cik itu yang mengalirkan air mata menahan sakit.
Tiba-tiba bahu Chen ditolak lembut, Hyun Ji lantas membuka ikatan kasutnya. Kaki mak cik tersebut diikat kemas untuk menghalang pergerakan darah dari mengalir membawa bisa ular tersebut. Pisau lipat yang sering disimpan dalam pokek dikeluarkan, matanya liar memerhati sekeliling, orang ramai mula berkerumun melihat kejadian tersebut. Hyun Ji terpandang akan seorang gadis yang membawa air mineral. Dengan bergaya, Hyun Ji melangkah mendekati gadis tersebut.
"Boleh saya minta air awak?" Soal Hyun Ji. Suaranya kedengaran dingin sedikit. Gadis itu mengangguk tanda boleh. Segera air itu bertukar tangan.
Hyun Ji menuangkan air itu kepada pisau lipatnya. Setelah itu dia mendekati mak cik tadi dan mula melukakan tempat yang dipatuk oleh ular tersebut. Darah pekat mengalir keluar. Hyun Ji segera menyedut darah itu, darah yang mengandungi bisa diludah ke luar. Setelah beberapa kali langkah tersebut itu dilakukan, mak cik itu kelihatan lega sedikit.
Hyun Ji mengeluarkan sapu tangan yang dibawanya lalu dibalut kaki mak cik tersebut. Mulutnya dikumur bagi membuang sisa darah yang berada dalam mulutnya. Chen mengangkat mak cik itu menuju ke tempat kereta. Seorang lelaki menawarkan bantuan untuk menghantar mak cik tersebut ke hospital. Chen akur.Setelah kereta yang membawa mak cik itu berlalu meninggalkan dia, Chen memandang ke belakang mencari kelibat Hyun Ji. Kelihatan Hyun Ji sedang berkumur dengan Ais Lemon Tea jenama Lipton yang dibeli di gerai berdekatan.
Chen menghadiahkan senyuman puas kepada Hyun Ji. Hyun Ji hanya membalas pandangan kosong kepada Chen. Dia tidak terfikir akan maksud senyuman tersebut. Dengan selamba, dia menghabiskan minuman tersebut dan membuang botol tersebut ke tempat yang sepatutnya.
Chen tersenyum puas, nampaknya rancangannya mula berjalan lancar. Hyun Ji juga sudah mempunyai sifat ingin membantu, maka tidak sukar baginya untuk menjayakan misinya yang telah dirancang.