“Sudah lah tu. Jom balik. Kau dah mabuk teruk ni.” Kamal cuba menahan Kai daripada terus minum. Sudah lama Kai tidak mabuk teruk seperti itu. Timbul perasaan kasihan melihat Kai yang betul-betul tertekan. Kai cuba melawan Kamal agar dia dapat terus minum, tetapi keadaannya yang mabuk menyebabkan dia lemah untuk melawan Kamal semula. Dengan bantuan Shahrul mereka membawa Kai keluar daripada kelab tersebut.Kereta Vios yang dipandu oleh Shahrul berhenti betul-betul dihadapan pintu rumah. Kamal membantu Kai untu masuk ke rumah. Terasa berat badan Kai apabila dia melembikkan badan menyukarkan kamal untuk menyeimbangkan badan. Kai dibawa ke biliknya dan diibaringkan. Kamal mencium bajunya, bau busuk muntah kai.
“Aku sayangkan Maria. Kenapa kau tak pernah nak balas? Tak kan tiada sikit pun hati kau untuk aku? Kenapa kau langsung tidak pandang aku? Apa kurangnya aku?!” Kai bercakap sendirian. Air matanya menitis ke pipi. Kai tertidur dengan air mata yang masih membasahi pipi.
Kamal dan Shahrul hanya mengeleng. Mereka juga tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Kalau diikutkan hati memang kasihan melihat Kai terseksa, tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Setelah memastikan Kai benar-benar terlena. Mereka melangkah ke bilik masing-masing untuk membersihakn diri. Tanpa mereka sedar, Maria sudah lama berada disebalik pintu.
Setelah pintu ditutup, Maria mendekati Kai. Hatinya terasa berat dan kasihan. Tanpa disedari air matanya mengalir. Kasut yang masih berada di kaki Kai di buka perlahan oleh Maria, diletakkan ke lantai dengan cermat. Jaket yang dipakai oleh Kai dibuka, selimut ditarik menutupi badan Kai. Maria duduk disebelah Kai, rambut Kai diusap lembut. Ternyata Maria sedar akan cintanya yang disangka ada pada orang lain tetapi sebenarnya di depan mata.
“Cintailah orang yang mencintai kita. Kerana itu lebih bermakna.” Maria teringat akan kata-kata keramat itu. Dia terlalu buta untuk melihat cinta yang sebenar. Mengapa selama ini dia tidak pernah mempunyai sekumit perasaan sayang pada Kai yang telah banyak berkorban perasaan demi mengejar cintanya yang langsung tidak dibalas. Malam itu menjadi malam yang panjang bagi Maria. Maria menemani tidur Kai bersama air mata kekesalan.
Cahaya matahari menerangi bilik Kai. Kai terpisat-pisat bangun dari lenanya apabila cahaya mentari menganggu lenanya. Kepalanya masih terasa berdenyut kerana mabuk teruk malam semalam. Dia memalingkan badannya ke kiri mencari keselesaan dan ingin menyambung tidur. Entah mengapa dia merasakan dirinya diperhatikan. Dengan perlahan, Kai membuka matanya.
“Selamat pagi, sayang.” Ucap Maria dengan nada manja.
Kai bagaikan direnjat elektrik, dia terus terbangun, matanya digosok dengan tangan, bagai mimpi. Ternyata ia bukan mimpi apabila Maria datang dari belakang dan memeluknya. Kai bagai dipaku, dia terdiam seketika.
“Bangunlah, dah pagi ni.” Bisik Maria mesra. Kai perlahan-lahan bergerak menuruni katilnya, pelukan erat Maria dileraikan lembut. Dia melangkah menuju ke tandas. Mukanya dibasuh berkali, dia masih dalam keadaan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Segalanya berlaku secara tidak disangka.
Setelah siap membersihkan diri. Kai melangkah keluar. Dia hampir-hampir terluncut tuala yang dipakai apabila terkejut melihat Maria sedang duduk dikatilnya sambil tersenyum ke arahnya. Maria tertawa melihat gelagat Kai, lantas menghulurkan baju kepada Kai sambil menutupkan matanya menggunakan tangan.
Kamal dan Shahrul yang sedang bersarapan tersedak apabila melihat Kai dan Maria sedang jalan bersama menuruni tangga. Hyun JI hanya merenung tajam, berbeza dengan Chen yang hanya tersenyum melihat mereka berdua. Kai dan Maria bagaikan pasangan penganti baru, mereka kelihatan mesra sekali.
“Maria ada rancangan apa-apa ke hari ni?” Soal Chen.
“Maria nak keluar dengan Kai.” Tangan Kai dipegang. Kai hanya tersenyum. Chen hanya mengangguk tanda merestui mereka berdua. Setelah menyudah sarapan, Kai dan Maria terus keluar, Kamal dan Shahrul bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapan mata mereka. Hyun Ji merengus. Jelas dia tidak selesa melihat Maria mesra dengan Kai.
Chen menghirup baki airnya. Menjadi kebiasaannya hanya minum air masak kerana air yang berkafein tidam baik untuk kesihatan. Hakikatnya, minuman berkafein boleh menyebabkan cip yang di tanam di kepalanya akan rosak. Senyumannya masih belum hilang dari bibirnya apabila mengingatkan kisah semalam. Pada sangkaan Chen, Maria sedang termenung rupanya dia menangis.
“Kenapa ada air mata maria mengalir?” Soal Maria kepada Chen apabila Chen muncul di sebelahnya. Tisu yang berada dimeja dicapai dan dilapkan ke wajah Maria yang basah akibat air mata.
“Itulah yang dinamakan perasaan. Perasaan yang dipanggil sedih. Perasaan ini akan muncul bila kita dirundung perasaan sedih dan kasihan. Perasaan itu wujud terhadap semua makhluk yang menghuni di muka bumi ini, kerana itulah lumrah kehidupan.” Terang Chen panjang. Sukar bagi Maria untuk memahami tetapi ditelan juga. Chen cuba mencari bahan lagi bagi mempengaruhi perasaan Maria. Sekiranya berjaya, peluangnya adalah lebih cerah.
“Kai terlalu sayangkan Maria. Bermacam-macam perkara dibuat bagi menagih cinta Maria, tiada sedikit ke perasaan Maria untuk merasa kasihan melihat Kai?” Soal Chen. Maria bagaikan terpukul dengan kata-kata Chen. Air matanya makin deras mengalir. Maria melepaskan segala perasaannya di hadapan Chen. Dia keliru, dimana cinta yang sebenarnya? Dia tidak pernah memahami cinta? Kenapa ia wujud? Kenapa ia indah tetapi menyakitkan?
“Maafkan abang.” Bisik Chen.
“Apa Chen?” Soal Hyun Ji. Rupanya Hyun JI terdengar kata-kata Chen. Chen ketawa dan terus mengelengkan kepala tanda tiada apa-apa.
Misi bakal bermula? Chen akan memulakan rancangannya. Tetapi bersediakah dia? Apa yang mungkin bakal berlaku? Adakah ia akan berhasil? Adakah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang? Kalau gagal, apa akibatnya?
“Kau ada perasaan pada Maria ke?” Soal Haris, kawan baik Haikal sejak dari sekolah rendah lagi. Haikal hanya mendiamkan diri. Dia juga keliru sama ada ia ada menyimpan perasaan terhadap Maria atau tidak.
“Aku bukan apa. Kau tu bukannya kenal Maria, asal usul dia pun kau tak tahu. Malah, dia sendiri pun tak tahu asal usul dia, siapa ibu bapa dia. Kau tak rasa pelik ke.” Bebel Haris lagi. Haikal masih terus membisu.
“Satu perkara kau kena ingat.” Suara Haris kedengaran serius. Matanya merenung tajam ke arah Haikal.
“Jangan kerana wajah dia seiras Nurin, kau terus berharap dia Nurin. Kau kena ingat Nurin yang kau tunggu dah lima tahun hilang. Kita pun tak tahu dia tu hidup ke tak. Jangan permainkan perasaan perempuan lagi. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Jangan kau ulang lagi.” Tegur Haris. Dia risau sekiranya Haikal terlalu berharap yang Maria adalah Nurin. Sekiranya itu terjadi, Haris yakin Haikal akan terseksa satu hari nanti. Kesilapannya yang lalu menyebabkan Haikal kemurungan. Harislah yang sentiasa berada disamping Haikal dengan memberi semangat kepadanya untuk meneruskan hidup.
Haikal hanya diam seribu bahasa.