BAB 12

15 1 0
                                    


Insp. Nasrul mula gelisah wanita yang disayanginya berada dalam bahaya. Bila-bila masa sahaja nyawa tunangannya akan menjadi taruhan. Dalam hatinya berdia agar perkara yang pernah berlaku lima tahun duhulu tidak akan berulang lagi.


Insp. Nasrul mula membuat rancangan bagi misi menyelamatkan Suraya. Walau apa pun berlaku, dia perlu menyelamatkan Suraya, walaupun nyawa menjadi taruhan, dia akan berjuang. Setelah memastikan semua anggotanya memahami rancangan yang di buat, Insp. Nasrul mula mengarahkan semua angotanya agar bersiap sedia. Dia nekad untuk menyerbu kilang itu pada hari tersebut.


Haris diminta untuk menunjukkan di mana kilang yang dimaksudkan olehnya. Dengan rela hati, Haris bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak polis, kebetulan juga dia juga turut risau akan keadaan sahabatnya yang berada di kilang tersebut. dalam hatinya berdoa agar tiada perkara buruk yang akan menimpa Haikal.


"Bagaimana saya boleh tolong awak?" Soal Suraya.


Chen memberi senyuman. Barulah Dr. Ramlan sedar bahawa Chen mempunyai senyuman yang manis serta mampu membuat sesiapa sahaja cair apabila melihat senyumannya. Dr. Ramlan berasa janggal melihat senyuman tersebut kerana sepanjang dia mengenali Chen, tidak pernah sekali dia melihat Chen tersenyum. Perwatakan Chen yang serius menjadikan dia seorang yang digeruni oleh sesiapa sahaja terutama musuh mereka.


Mengikut rancangan, Suraya perlu berpura-pura menjadi tahanan dan akan dibawa kepada Dato Anuar. Pada awalnya Suraya teragak-agak untuk mengikut rancangan tersebut, tetapi Chen memberi jaminan bahawa keselamatannya Suraya akan diutamakan oleh Chen.


"Kenapa kau beriya nk khianat ketua kau sendiri?" Soal Haikal. Soalan itu hanya dibalas dengan senyuman. Chen bangun menuju ke rak fail tersusun rapi. Dicapai satu fail dan dihulur kepada Haikal.


" Lima tahun dahulu kami ditipu hidup-hidup. Pelbagai jenayah yang kami lakukan. Bunuh orang, fitnah, jatuhkan orang lain. Semua tu mainan kami sahaja." Jawab Chen.


"Tidak pernah terlintas difikiran kami bahawa semua tu salah. Sebab kami memang diprogramkan untuk tidak mempunyai perasaan belas kasihan, marah, sedih, gembira termasuklah kasih sayang." Chen menuju ke sebuah komputer. Suraya mengekorii Chen dari belakang, matanya merenung skrin komputer tersebut. terdapat tiga titik berwarna hijau yang berkelip dan bergerak.


"Kerana cip inilah, hidup kami bagaikan mayat hidup." Chen merenung tajam skrin komputer tersebut. Matanya merah menahan marah.


Kereta dipandu Insp. Nasrul dengan cermat. Risau seandainya berlaku perkara lain yang tidak diingini. Semua anggota kelihatan bersedia, tiada siren dikeluarkan bagi mengelakkan kehadirannya diketahui oleh mereka.


Tiba-tiba telefon Inps. Nasrul bergegar menandakan ada panggilan yang masuk. Tanpa melihat skrin, dia terus menjawab.


"Dihadapan ada halangan. Ada pengawal yang menanti. Mereka professional." Seorang lelaki memberi amaran kepada Insp. Nasrul. Secara mengejut Insp. Nasrul memberhentikan keretanya, kereta lain yang mengikuti juga terpaksa memberhentikan kereta. Timbul persoalan di benak fikiran mereka sebab mengapa Insp. Nasrul berlaku sedemikian.


"Apa maksud kau? Kau ni siapa?" Soal Insp. Nasrul.


" Di depan ada selekoh menuju ke belakang kilang. Guna laluan tu, nanti ada budak lelaki yang menanti dipintu pagar. Budak itu kau kenal. Selebihnya biar dia yang uruskan." Terang lelaki misteri tersebut. telefon terus di matikan. Insp. Nasrul mengerutkan dahinya. Dilemma dia sama ada mendengar atau mengendahkan amaran lelaki tersebut. akhirnya, Inso Nasrul membuat keputusan untuk mengikuti kata-kata lelaki misteri tersebut.


Dengan berhati-hati, mereka mengerakkan kereta menuju ke tempat di dimaksudkan. Dari jauh kelihatan Haikal melambai-lambai ke arah mereka. Haris menarik nafas lega apabila melihat sahabat baiknya berada dalam keadaan baik. Kereta yang dibawa mereka diletakkan jauh dari kilang tersebut bagi mengelakkan dari diketahui kehadiran mereka.


"Kamu buat apa di sini?" Soal Ins. Nasrul.


"Chen suruh saya bawa abang dan yang lain pergi ke makmal." Jawab Haikal.


Insp. Nasrul hanya menuruti kata-kata Haikal. Haikal mengarahkan agar anggota lain hanya berkawal di situ. Mereka akan bertindak apabila mendapat arahan daripadanya. Mereka dibawa meredah semak samun untuk menuju ke makmal yang dimaksudkan melalui belukar yang berada di sebelah kilang. Dalam 30 saat, mereka sudah sampai. Pintu dibuka, kelihatan sebuah makmal yang lengkap dengan alatan perubatan tersusun dengan kemas. Seorang lelaki yang sedang leka menatap komputer menjadi perhatian Insp. Nasrul.


"Jangan bergerak." Insp. Nasrul memberi arahan kepada lelaki tersebut. Pistol di tangan diacu kepada lelaki tersebut. Haikal segera melarang.


"Saya doktor Ramlan. Selamat datang Insp. Nasrul. Sudah lama saya menantikan pertemuan ini." Lelaki itu berpaling ke arah Insp. Nasrul.


Kerusi dihulurkan kepada Insp. Nasrul. Fahamlah dia bahawa lelaki tersebut mempesilakannya untuk duduk. Pistol ditangan di simpan kemas dalam sarung. Matanya masih terus berwaspada agar tidak mudah jatuh ke dalam perangkap.


"Mengenai tunang Insp. Nasrul, jangan risau. Dia selamat. Dia berada dengan Chen. Chen perlukan bantuannya untuk menyelamatkan Maria atau lebih dikenali dengan nama sebenarnya, Nurin. Insp. Nasrul membulatkan mata seakan tidak percaya dengan apa yang didengari. Dr. Ramlan menghulurkan fail yang mengandungi maklumat. Mungkin dengan cara ini, Insp. Nasrul lebih memahami.


Daripada kefahaman Insp. Nasrul, terdapat tiga orang yang menjadi mangsa penculikan dan terlibat dengan jenayah di bawa arahan Dato Anuar. Antara mereka bertiga salah seorang adalah adiknya. Barulah Insp. Nasrul tahu, orang yang memberi arahan kepadanya melalui panggilan telefon adalah Hyun JI. Hyun JI hanya mengikuti arahan Chen yang merupakan abang paling tua diantara mereka bertiga.


Menurut Dr. Ramlan, kedatangan mereka ke kilang itu sebenarnya sudah dirancang. Chen yang membuat rancangan. Segaja dia menculik Suraya dan mengumpan Haikal untuk mengikutinya sehingga ke kilang.


"Apa maksud semua ni?" soal Insp. Nasrul. Dr Ramlan hanya tersenyum. Sukar baginya untuk menerangkan, tetapi menjadi tanggungjawabnya untuk menceritakan perkara sebenar. Cukuplah dengan segala penipuan, bertahun luka di hati itu ditanggung, biarlah dia merawatnya walau parut yang akan terus wujud tidak mungkin mampu dihapuskan.


Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now