BAB 7

5 3 0
                                    



Chen merenung komputer yang mengawal cip. Cip yang terdapat pada Maria berubah kepada hijau. Sepatutnya ia berwarna biru. Chen mula gusar, dia cuba menyiasat apa yang berlaku. Jika sesuatu buruk terjadi, kemungkinan besar nyawa Maria menjadi taruhan.

Chen meneliti semua komputer. Terdapat sedikit perubahan berlaku pada cip Maria. Malah, segala bacaan juga berubah. Chen mula risau. Tiba-tiba dia tertolak satu fail yang terletak kemas di meja tersebut. Segera chen mengutip kertas yang bertaburan. Tiba-tiba chen terpegang satu sampul yang mengandungi sekeping CD yang tiada nama tetapi terdapat nombor kod, 724742.

Sementara itu, dibilik berehat. Kai, Sharul dan Kamal sedang menonton televisyen. Tetapi Kai hanya termenung. Pandangannya kosong. Sharul yang menyedari segera menyiku lengan Kamal dan memberi isyarat agar Kamal melihat Kai.

“Apa yang kau menungkan?” Soal Kamal. Kai merengus, dia bangun dari kerusi dan menuju ke beranda. Angin yang bertiup tidak mampu meyejukan hatinya yang tiba-tiba panas.

“Kau fikirkan Maria ke?” soal Kamal.

Kai masih merenung luar. Panas hatinya apabila mengenang kisah petang tadi. Betapa geram hatinya apabila melihat Maria berjalan sambil berbual dengan seorang pelajar lelaki. Kelihatan mereka berdua mesra sekali. Kai cemburu melihat mereka berdua kerana Maria tidak pernah semesra seperti itu dengannya.

“Buruk sangat ke aku sampai dia tak nampak aku dekat depan mata dia.” Marah Kai. Sharul dan Kamal berpandangan. Mereka tidak faham apa yang dimaksudkan kawan baik mereka itu.

“Aku lakukan macam-macam untuk dia nampak aku, anggap aku macam kekasih dia. Tapi dia tak sedar semua tu.”Tambah Kai. Makin berbelit cerita Kai sehinggakan kedua-dua sahabatnya mengerutkan kening masig-masing.

Kai berjalan menuju ke kerusi yang kosong. Dia memegang kepalanya yang tidak sakit. Entah mengapa dia rasa tertekan sangat. Dia seperti tidak dapat menerima hakikat yang Maria masih tidak melihat pengorbanannya selama ini.

“Kau kena terima hakikat kai. Kau yang programkan dia.” Shahrul mengingatkan Kai.

Kai melepas keluhan. Sebenarnya dia tidak sangka yang dia akan jatuh cinta pada Maria. Awalnya dia hanya ingin berfoya-foya, tanpa diduga dia sebenarnya betul-betul sayang pada Maria.

Kai dahulu adalah seorang yang kaki perempuan. Dia paling suka ke kelab malam dan berfoya-foya dengan perempuan di sana. Ramai yang jatuh cinta pada dirinya disebabkan dia seorang yang tampan. Untuk pertama kali dia melihat Maria di hospital, hatinya terpaut akan kejelitaan Maria. Sangkaannya itu hanya sementara, tetapi makin lama Kai tidak boleh berjauhan dengan Maria. Sepanjang masa Maria terlantar koma, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menatap wajah Maria. Padanya itu gadis pertama yang berjaya membuatkan dirinya tewas.

Setelah Maria sedar, Kai tidak pernah lagi ke kelab malam. Dia ingin sentiasa bersama dengan Maria. Tetapi Maria tidak pernah memandangnya. Kadang-kadang dia kesali kerana telah memprogramkan Maria menjadi seorang yang tidak takut, tiada perasaan sedih, kasihan, marah, gembira dan cinta. Tujuan dia memprogramkan adalah untuk mengelakkan dari sifat positif dalan diri Maria, Chen dan Hyun Ji. Mereka diculik adalah untuk dijadikan perisai bagi menutup semua perbuatan Dato Anuar. Kai yang mencipta program tersebut dan dimasukkan ke dalam otak mereka bertiga.

Setelah mereka sedar, segala memori mereka pada masa lampau akan terpadam. Mereka tidak akan ingat siapa mereka, keluarga mereka dan semua yang berkaitan dengan mereka. Mereka akan dikawal dengan satu komputer yang dikhaskan untuk mengawal pemikiran mereka untuk melakukan jenayah. Kerana cip itu mereka melakukan jenayah tanpa perasaan takut.

Malah, Kai memprogramkan Chen untuk mengawal mereka menggunakan sistem khas. Cip yang dipasang pada mereka bertiga akan saling bergantungan. Sekiranya cip itu dimatikan secara mengejut, nyawa mereka akan berada dalam bahaya. Cip itu yang mengawal otak mereka, jika ia mati maka otak mereka akan berhenti menyampaikan mesej menyebabkan semua anggota akan menjadi lumpuh.

Cip itu dicipta dengan satu besi yang tahan karat. Walau selama mana dia berada dalam badan manusia, dia tidak akan pernah karat. Kesan pemasangan cip itu, mereka bertiga akan kehilangan rambut dimana rambut mereka tidak akan tumbuh. Oleh itu, mereka terpaksa memakai rambut palsu untuk menutup kesan jahitan yang dibuat untuk memasukkan cip.

Walaupun Kai mencipta cip itu dengan sempurna. Tetapi, masih terdapat kelemahan yang Kai tidak sedar. Walau cip itu tahan karat tetapi dia tetap boleh rosak. Tetapi kerosakannya hanya berlaku secara perlahan-lahan. Inilah salah satu kecuaian yang dilakukan oleh Kai, dan kecuaian ini telah dihidu oleh Chen.

Menurut maklumat yang diperolehi, Cip itu akan rosak sekiranya si pemakai mempunyai perasaan belas kasihan, kasih sayang, dan cinta. Sekiranya perasaan itu muncul, cip itu tidak akan berfungsi dengan baik. Jika cip tersebut mengalami kerosakan sebanyak 50% maka, cip itu boleh dimatikan dan tidak akan menjejaskan si pemakai.

“Jangan nak.” Rayu Dr.Ramlan. risau dia dengan Chen yang bertegas ingin mematikan cip tersebut. Dia tidak sangka Chen menyedari perkara itu setelah sekian lama dia mengawal Hyun Ji dan Maria. Dr.Ramlan dapat mengagak, kemungkinan 10% cip itu tidak berfungsi menyebabkan Chen mampu berfikir secara normal. Ini merupakan peluang keemasan.

“Sampai bila kami perlu menjadi robot yang dikawal semata-mata menjadi penjenayah. Lima tahun kami seperti ini, sudah berapa ramai orang tidak bersalah kami bunuh. Saya tidak boleh sabar lagi.” Chen mula melangkah menuju ke computer tersebut. Tangannya ingin mencapai tetikus tetapi dipegang oleh Dr.Ramlan.

“Chen, tenang Chen. Kalau kamu matikan komputer itu, bukan kamu sahaja yang akan mati, yang lain juga akan turut terkorban. Sanggup kamu bunuh mereka? Mereka tidak tahu apa-apa.” Dr. Ramlan cuba menenangkan Chen.

Chen berhenti dari meneruskan niat. Dia terduduk di lantai. Matanya mula mengalirkan air mata. Hampir sahaja dia menjadi penyebab Hyun Ji dan Maria mati. Dia terlalu marah sehingga tidak mampu mengawal emosinya. Dia tidak sanggup mengorbankan Hyun Ji dan Maria yang sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.

“Kamu tahu cip itu ada kelemahan. Kamukan pandai, cubalah bermain dengan kelemahan itu. Kamu bukan sahaja dapat menyelamatkan Hyun Ji dan Maria malah kamu boleh mencari bukti untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan. Tak kan kamu mahu lepaskan mereka macam tu. Silap hari bulan, kamu bertiga yang dibunuhnya.” Hasut Dr.Ramlan.

Chen termenung. Ada benar juga kata-kata Dr.Ramlan. dia mengangkat kepala merenung Dr.Ramlan. Lelaki itu hanya senyum. Bahu Chen ditepuk dua kali menandakan Dr.Ramlan menyerahkan apa sahaja yang terbaik untuk Chen lakukan. Dr.Ramlan percaya Chen mempu menyelesaikan masalah itu. Bukankah Kai memprogramkan Chen dengan kelebihan pemikiran yang bijak, Hyun Ji dengan kepakaran dalam berlawan dan Maria kecekapan menperolehi maklumat dan menyiasat.

Chen bangun mendekati komputer tersebut. Dia menanam tekad untuk bermain dengan cip tersebut. Dia akan memastikan Hyun Ji dan Maria akan selamat.

“Kalau aku nak selamatkan diri. Aku akan pastikan Hyun Ji dan Maria akan ikut sama. Nampaknya Dato Anuar akan memperolehi musuh baru. Gunting dalam selimut, itulah aku.” Chen tersenyum sinis. Dia mula melakar rancangan yang teliti. Dia akan menggunakan segala kepakaran dia untuk memastikan rancangannya berjaya. Dia nekad.

Dr.Ramlan tersenyum. Hilang beban di dada yang ditanggungnya selama ini. Dia juga berharap memori hitam ini akan berakhir dengan cepat. Tidak sanggup lagi dia meneruskan hidup bagai burung dalam sangka. Dia sentiasa berharap untuk terbang bebas seperti burung diudara.

Bingkai gambar dicapai. Dia mengusap satu persatu wajah yang tersemat dalam bingkai tersebut. Sudah terlalu lama dia berjauhan dengan keluarganya. Tidak sabar rasanya untuk dia pulang ke pangkuan keluarganya. Mungkin keluarganya menganggap dia telah mati. Air mata Dr.Ramlan menitis. Dibiarkan sahaja air mata itu menemaninya melayan perasaan.


Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now