Maria bersiap secara ringkas. Dia mengenakan baju kemeja dan seluar hitam. Rambutnya di biar terurai dan disematkan dengan topi berwarna putih. Dia kelihatan manis dengan berpakaian sedemikian. Gincu dicalitkan sedikit agar kelihatan merah dibibir.
Ini adalah kali pertama bagi dirinya untuk menjejakkan kakinya ke universiti. Fail kuning yang terletak kemas diatas meja soleknya dicapai dan dimasukkan ke dalam beg. Dia segera meninggalkan biliknya dan manuju ke kereta. Chen dan Hyun Ji sudah lama menanti Maria dalam kereta.
Pada awalnya, Kai mahu menghantar Maria, tetapi Maria hanya diam sahaja. Fahamlah Kai bahawa Maria tidak mahu Kai menghantarnya. Semasa dalam perjalana. Maria membuka maklumat yang terdapat dalam fail tersebut. Segala maklumat mengenai dirinya dan universitinya di teliti agar lebih mudah untuk dia menyesuaikan diri dengan suasana baru.
Tugasan kali ini agak berat bagi Maria, tetapi dia tidak dapat membantah arahan tersebut kerana tugasan ini yang akan menentukan sama ada dia terus hidup atau mati. Maria hanya diam seribu bahasa, dia tidak membantah sekiranya keputusan untuk dibunuh. Entah mengapa dia merasakan dirinya kosong, seperti tiada erti untuk hidup.
Kereta yang dipandu oleh Hyun Ji berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk universiti. Maria memandang tepat ke arah pintu masuk tersebut, hatinya mula berdebar. Entah mengapa perasaan itu hadir, namun di sembuyikan dari pengetahuan Chen dan Hyun Ji. Langkahnya diatur apabila Hyun Ji mula menekan minyak meninggalkan Maria. Peta di tangan menjadi rujukan untuk Maria menuju ke pejabat universiti. Sebagai pelajar baru menjadi perkara utama baginya mendaftarkan diri terlebih dahulu.
Di dalam ramai-ramai pelajar yang mula melangkah menuju ke dewan kuliah masing-masing, sepasang mata sibuk memerhati pergerakan Maria. Lelaki itu mengekori Maria dari jauh. Namun, kelibat Maria tiba-tiba menghilang di kalangan pelajar lain. Lelaki tersebut mula terpinga-pinga, matanya memerhati sekeliling mencari kelibat Maria. Akhirnya dia hampa kerana tidak dapat mengesan ke mana Maria pergi.
“Nurin…”
Setelah pendaftaran dibuat, Maria menuju ke dewan kuliahnya mengikut jadual yang diberi. Walaupun langkahnya pantas tetapi masih bergaya di mata pelajar yang memerhati, terutamanya lelaki yang mula terpesona dengan lenggoknya.
Maria cekap mencari dewan kuliahnya. Pintu ditolak, dewan yang pada awalnya bising berubah menjadi senyap. Semua mata memandang Maria yang melangkah masuk ke dewan tersebut. Maria sedar bahawa dia menjadi tatapan pelajar lain, ada yang berbisik, ada yang tersenyum dan macam-macam gelagat lagi. Tetapi Maria hanya berwajah selamba seperti tiada apa yang berlaku. Dia memilih untuk duduk di kerusi baris yang ketiga. Sememangnya angka tiga merupakan angka kesukaannya.
Kelas berjalan seperti biasa. Pelajar lain mula menumpukan perhatian kepada pensyarah yang memulakan sesi pembelajaran. Maria menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajarannya. Tetapi siapa tahu, otaknya sentiasa ligat mencari akal bagi menjayakan misinya. Cepat dia menyelesaikan tugas, cepatlah dia meninggalkan institusi tersebut. Hatinya mula tidak selesa dengan suasana baru. Suatu perasan yang tidak dapat diungkap bermain-main dibenaknya.
Setelah sesi pembelajaran tamat, pensyarah menangguhkan pembelajaran dan berjanji akan menyambung semula pada masa kelas yang akan datang. Dewan menjadi bising dengan pelajar yang mula berkemas dan melangkah pergi. Maria juga tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama. Dia cekap melepaskan diri dari kesesakan antara pelajar lain yang mula megerumuni pintu keluar dewan. Langkahnya diatur menuju ke padang.
Seorang lelaki yang dari awal memerhatikan Maria mengekori hingga ke padang. Tetapi kelibat Maria hilang. Lelaki tersebut buntu. Puas di cari tempat yang mungkin dituju oleh Maria. Tidak mungkin Maria menghilang dengan begitu pantas.
“Dari tadi memerhati, sekarang mengekori. Awak nak apa sebenarnya?” Soal satu suara dari belakang. Lelaki tersebut tergamam. Perlahan dia memusingkan badan, kelihatan Maria duduk di kerusi penonton dalam keadaan kaki bersilang. Renungan tajam dihadiahkan kepada lelaki tersebut menyebabkan lelaki itu terkulat-kulat mencari idea. Lelaki tersebut menelan air liuh, dia kehilangan kata-kata.
“Hai, er… Saya Haikal.” Lelaki itu menghulurkan tangan. Tetapi Maria tidak menyambutnya menyebabkan lelaki tersebut malu sendiri. Renungan tajam Maria menimbulkan gemuruh di hati lelaki tersebut. Maria sedar akan perbuatannya segera mengubah air mukanya agar lelaki tersebut lebih selesa.
“Errr… Awak pelajar baru kan?” soal Haikal tergagap. Entah mengapa pengucapannya seakan sukar diluahkan. Malah, suaranya kedengaran seakan mengigil. Haikal sedar soalan itu adalah soalan yang paling bodoh sekali. Tetapi dia kebuntuan idea untuk mengawal keadaan. Haikal mula panik.
“Kenapa awak memerhati dan mengekori saya?” Soal Maria lembut. Dia sedar dari awal Haikal mengekorinya. Tetapi dia ingin melihat sejauh mana Haikal akan terus mengekori. Dia juga yang menghilang diri secara mengejut untuk melihat reaksi Haikal. Dia akui, Haikal memang mengekorinya. Malah di dalam dewan kuliah, Maria sedar Haikal memandangnya sepanjang sesi pembelajaran. Apabila kelas tamat, segera dia menyelinap di antara pelajar lain dengan harapan Haikal tidak akan mengekorinya. Ternyata Haikal masih terus mengekorinya.
Haikal hanya terpaku. Mulutnya seakan terkunci, otaknya ligat mencari jawapan yang tepat. Risau sekiranya dia tersalah cakap dan menyebabkan Maria menyimpan perasaan syak terhadapnya. Diatur ayat tetapi masih buntu.
“Tidak mengapalah kalau tidak boleh jawab. Nama saya Maria. Gembira berkenalan dengan awak, Haikal.” Maria bangun dari kerusinya. Dia mula mengatur langkah untuk pergi, tetapi sempat dihalang oleh Haikal.
Sehelai kertas kecil bertukar tangan, Maria menerima tanpa banyak soal. Langkah di atur meninggalkan Haikal. Haikal melepaskan keluhan, dia menghempaskan badanya di kerusi. Terasa dirinya terlalu bodoh. Dari kejauhan Maria memerhatikan Haikal. Dia juga tidak mengerti, mengapa terasa berat meninggalkan lelaki itu. Hatinya tertanya, pernahkah dia mengenali lelaki tersebut. Kertas ditangan dibuka perlahan. Nama dan nombor telefon tertera dengan tulisan yang kemas.