BAB 9

6 1 0
                                    



Rancangan Chen berjalan dengan lancar. Segala maklumat mengenai keluarga Hyun Ji dan Maria di perolehi. Malah, maklumat lengkap mengenai dirinya juga dapat dicari. Barulah Chen sedar bahawa selama ini mereka bertiga merupakan orang yang berpelajaran dan datang dari keluarga yang bukan sebarangan.

Mengikut maklumat yang dimiliki, Hyun Ji merupakan seorang warga korea yang mempunyai peiktirafan sebagai juara Tomoi pada lima tahun yang lalu. Hyun Ji didapati hilang semasa dia dalam perjalanan pulang daripada sesi latihan. Nama penuhnya adalah Kang Wong Ji. Pelbagai usaha untuk mencarinya dijalankan, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

Hyun Ji diserang dari belakang dengan 10 orang lelaki berbadan sasa. Kemungkinan untuk dia menyelamatkan diri adalah tipis apabila kepalanya mula mengalirkan darah yang banyak. Dia cuba untuk melawan tetapi badannya semakin lemah akibat banyak darah yang hilang akibat luka yang dialami. Setelah Hyun Ji tidak sedarkan diri, dia diterbangkan dengan Helikopter menuju ke Malaysia. Hyun Ji koma selama enam bulan setelah menjalani pembedahan memasukkan cip ke otaknya. Hasilnya, Hyun Ji tidak ingat asal usulnya.

“Mak cik jangan risau. Anak mak cik akan saya pulangkan satu hari nanti.” Chen berbicara sendirian. Bibirnya terukir senyuman. Tidak sabar rasanya untuk dia membawa semua ahli kumpulannya untuk meninggalkan neraka tersebut.

Diteliti pula fail mengenai dirinya. Chen tersenyum sendirian, barulah dia tahu selama ini dia adalah pelajar IT yang sangat terkenal lima tahun yang lalu. Dia dipanggil oleh Amerika Syarikat bagi mencipta satu system keselamatan yang mampu mengelakkan dari diceroboh oleh penjenayah siber. Walaupun Chen masih dalam membuat Master bagi jurusan IT, dia merupakan orang yang bijak dan kaya dengan kemahiran yang dia miliki.

Tetapi kegembiranya adalah seketika apabila ayahnya ditemui mati dibunuh. Chen yang terkejut dengan berita itu terus menunggang motornya untuk ke hospital. Apakan daya, motornya dilanggar oleh sebuah kereta pajero yang mengakibatkan dia jatuh dijalan raya. Chen tidak mengigati apa-apa disebabkan dia terus pengsan.

Orang yang melanggarnya adalah orang suruhan Dato Anuar. Setelah mendapati Chen tidak sedarkan diri, mereka membawa Chen menuju ke markas mereka. Disitu seorang doktor telah sedia menanti untuk melakukan pembedahan. Chen koma selama enam bulan. Menurut Dato Anuar, Chen terlibat dengan kemalangan langgar lari. Mujur beliau berada melalui tempat kejadian dan melihat dia terbaring tidak sedarkan diri dan segala pengenalan diriinya juga tidak ditemui. Atas dasar kemanusiaan, beliau membawa Chen dan memberi rawatan. Chen yang tidak tahu apa-apa terus mempercayai cerita tersebut.

Terakhir, adalah Maria.

“Patutlah beriya sangat dia nak culik di maria. rupanya, Maria ni adik Insp. Nasrul.” Chen menganggukkan kepalanya tanda faham.

Nama penuh Maria adalah Nurin Amira binti Zamarul. Dia merupakan pelajar terbaik di sekolah swasta. Dia juga adalah adik kandung seorang pegawai polis yang terkenal dengan kecekapannya dalam menyelesaikan kes yang diberi. Insp. Nasrul merupakan musuh ketat Chen dan mereka berdua pernah di beradu tenaga semasa Chen sedang menjalankan misi. Chen sangat mengingati wajah musuhnya, tetapi Chen yakin musuhnya tidak mengenalinya kerana semasa mereka berlawan, Chen memakai topeng hitam.

Chen membuat kesimpulan bahawa, penculikan yang dilakukan ke atas Maria bukan atas dasar kemahiran yang dimiliki tetapi atas dasar untuk menjatuhkan Insp. Nasrul tetapi tidak berjaya apabila polis itu mempunyai semangat yang kental untuk mencari adik kandungnya.

Chen mengelengkan kepala apabila dia mengetahui bahawa Maria telah megalami kecederaan dikepala dan dimasukkan ke wad ICU. Dua hari selepas itu, Maria didapati hilang daripada hospital. Semua polis berusaha mencari Maria dengan membuat sekatan jalan raya tetapi tetap tidak ditemui.

Orang yang menculik Maria dihospital adalah Kai yang menyamar sebagai seorang petugas di hospital tersebut. dia berpura-pura membawa pesakit ke bilik khas tetapi sebenarnya dia melencong ke pintu belakang yang dimana konco-konconya telah mengawal keadaan serta menantinya. Maria dibawa ke markas dan diberi rawatan sehingga sedar dari komanya selepas enam bulan.

Chen mendapati cip yang dimiliki oleh mereka telah menyedarkan mereka dari koma serta menyelamatkan mereka daripada meninggal dunia. Cip itu disetkan agar menyedarkan pemakaiannya selepas enam bulan. Cip itu diprogramkan untuk mengawal segala tindak tanduk mereka melalui komputer yang mempunyai sistem untuk mengawal pemikiran mereka. Mereka tidak mempunyai perasaan sedih, marah, gembira dan lain-lain. Mereka melakukan sesuatu perbuatan hanya mengikut arahan daripada sistem yang disetkan.

Dalam erti kta lain, mereka ini diibaratkan robot yang tidak disetkan perasaan seperti manusia. Apabila mereka melakukan pembunuhan, tiada perasaan belas kasihan yang diberikan. Sekiranya, semasa tugasan diberi, sesiapa sahaja yang berada didepan mata akan dibunuh walaupun mereka merayu agar tidak diapa-apakan. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh Dato Anuar kerana mempunyai perisai yang sangat cekap dan hebat.

Allah sentiasa menjadikan sesuatu itu dengan ada kelebihan dan kekurangan. Walaupun telah dicipta sesempurna mungkin oleh makhluknya, tetapi ia tetap mempunyai kekurangan tertentu. Sesungguhnya kuasa Allah itu terlalu hebat untuk ditandingi. Malah, Allah juga bersifat adil. Tujuan mengapa Allah menjadikan sesuatu kejadian itu mempunyai kelemahan dan kekuatan adalah menunjukkan bahawa Allah adalah adil.

Cip yang disangka telah sempurna ciptaannya sebenarnya mempunyai kelemahan yang tersendiri. Cip itu akan rosak sekiranya pemakai mempunyai emosi positif seperti gembira, belas kasihan, kasih sayang dan cinta. Sekiranya emosi tersebut wujud, secara tidak langsung, Cip tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Cip itu akan rosak secara perlahan-lahan, manakala pemakainya pula akan mengingati tentang masa lalunya secara perlahan-lahan.

Sekiranya cip tersebut rosak secara perlahan, ia tidak akan menjejaskan nyawa si pemakai. Berbeza pula jika sistem yang dihubungkan dengan cip dimatikan secara mengejut, akibatnya otak pemakai cip tersebut akan berhenti menghantar isyarat menyebakan jantung juga turut berhenti berdenyut.

Disini, Chen pula memerah otaknya untuk mencari jalan bagi merosakkan cip tersebut dengan tidak menjejaskan keselamatan Hyun Ji dan Maria. perbuatannya itu tidak diketahui oleh sesiapa kecuali dia dan Dr. Ramlan. Dia mula merancang dengan teliti supaya perbuatannya itu tidak dapat dihidu oleh konco-konco Dato Anuar.

Berbulan Chen menjalankan misinya. Semakin hari peluangnya semakin cerah. Chen mula membuat rancangan baru. Segalanya telah disediakan dengan teliti, dia juga sudah bersedia untuk menghadapi situasi genting yang mana ia akan menentukan soal hidup dan mati.

Chen mengambil ketenangan dengan berjalan-jalan mengelilingi ibu kota. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menunggang motor sendirian. Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Barulah dia sedar sudah hampir pagi rupanya. Dia keluar daipada rumah pada pukul 2 pagi setelah semua penghuni tidur. Motornya diberhentikan ditepi. Dia membuka helmet dan membetulkan rambutnya yang serabai setelah lama memakai helmet.

Tiba-tiba, Chen dikejutkan dengan suara azan. Dia tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Barulah dia sedar bahawa dia berhenti betul-betul sebelah masjid. Entah mengapa, Chen merasakan suara azan itu terlalu merdu dan jiwanya terasa tenang. Dipejam matanya dan menghayati alunan tersebut walaupun dia tidak memahami butir perkataan tersebut.

Inilah pertama kali dia merasa kedamaian itu. Bahunya di tepuk lembut dari belakang. Seorang lelaki tua berpakaian baju melayu tersenyum ke arahnya.

“Buat apa di luar? Tidak masuk solat subur ke?” Soal lelaki tersebut.

“Maaf pak cik, saya bukan islam.” Jawab Chen sopan.

“Ooo, ye ke. Maaflah, pak cik tersalah pula. Tidak mengapalah kalau macam tu, pak cik minta diri dululah ye.” Pak cik itu menghulurkan tangan. Chen ragu-ragu untuk menyambut salam itu.

Matanya menghantar Pak cik itu sehingga hilang dari pandangan. Adakah ini cahaya dari tuhan? Mengapa hatiku tergerak untuk berada lebih lama di sini?

Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now