BAB 6

7 3 0
                                    



Haikal merenung sekeping gambar yang dipegang. Fikirannya menerawang mengingati kenangan lalu. Matanya sayu, tiada air mata yang tumpah, kering semunya. Angin sempoi yang menyapu lembut mukanya mengamitkan lagi kenangan silam. Sekiranya masa lalu dapat diputarkan semula, pasti penderitaan ini tidak akan berlaku. Betapa sakitnya sebuah penyesalan tanpa penawarnya.

"Gambar siapa tu?" Soal Maria. Haikal yang terkejut disapa Maria dari belakang terkonco-konco bangun. Gambar tersebut segera disembuyikan dalam koceknya. Bahaya sekiranya Maria melihat gambar tersebut.

Haikal tersipu-sipu untuk menjawab soalan tersebut. Mata Maria menatap bukunya dengan penuh tekun sambil menanti jawapan daripada soalan yang diajukan tadi. Entah bila masa Maria tercongok di belakangnya pun Haikal tidak tahu. Setahu Haikal, dia bersendirian tadi.

"Tidak paksa untuk bercerita." Maria cuba menenangkan hati Haikal. Maria sedar kemunculannya secara tiba-tiba telah mengejutkan sahabatnya itu. Bagi mengelakkan Haikal berasa serba salah, dia mencari ayat yang mampu melegakan hati Haikal. Kebetulan, perangainya memang tidak suka memaksa orang. Haikal mengambil tempatnya semula, serba salah pula hatinya. Dia merenung lantai.

"Nurin." Jawab Haikal lemah.

"Siapa tu?" Soal Maria. Buku ditangan ditutupnya. Dia menegakkan badannya bersedia untuk mendengar jawapan Haikal. Entah mengapa dia ingin tahu mengenai gadis di disebut oleh Haikal sebentar tadi.

"Bekas kekasih saya." Jawab Haikal perlahan. Dia merengus kesal. Entah mengapa timbul satu perasaan yang Maria sendiri tidak fahami. Dadanya dipegang. Terasa sakit sangat. Nafasnya juga terasa mengah. Dia tertanya, apa yang berlaku pada dirinya.

Haikal menceritakan semua mengenai siapa Nurin. Apa yang menyebabkan dia berasa kesal dan terkilan. Maria mendengar dengan tekun. Dari penjelasan Haikal, akhirnya Maria tahu tujuan sebenar Haikal yang beriya benar mahu berkawan dengannya. Wajah Maria yang mirip dengan Nurin menarik Haikal untuk mendekatinya. Haikal berharap Maria adalah Nurin yang hilang dahulu tetapi dia hampa apabila harapannya itu hanya mimpi yang tidak akan pernah menjadi kenyataan. Bertapa sakitnya sebuah impian apabila diakhiri dengan kehilangan.

Maria termenung seketika. Entah mengapa dia juga merasakan kesedihan itu. Timbul perasaan simpati terhadap sahabatnya. Sekiranya dia boleh membantu, mahu dia mengembirakan hati Haikal yang dirundung dengan berjuta penyesalan. Tetapi siapalah dia yang tidak mampu mengubah masa yang lalu.

"Sampai hari ini saya menyalahkan diri saya. Kalaulah masa tu saya tidak curang, pasti Nurin tak akan kecewa. Dia tak akan ditimpa kemalangan. Mesti sekarang dia lagi cantik dari dulu. Saya rindu senyuman dia." Luah Haikal lagi. Tiada apa yang perlu dibendungnya. Biarlah Maria mendengar, jika dia tidak memahami pun tidak mengapa, Haikal tidak sanggup membendung perasaannya lagi.

"Maria, sekiranya awak ada orang yang awak sayang. Peganglah kata-kata saya ni. Sayangilah orang mencintai kita kerana itu lebih bermakna." Pesan Haikal. Haikal merenung mata Maria dalam-dalam. Dia berharap sangat yang kisahnya akan menjadi teladan kepada sesiapa sahaja. Dia akui hatinya mula berbunga kembali apabila bersama dengan Maria. Tetapi Maria tidak mungkin mampu untuk mengantikan tempat Nurin dihatinya. Kerana Nurin adalah segala-galanya yang tiada galang ganti.

Maria hanya mengangguk. Matanya membalas renungan mata Haikal. Dari sinar mata Haikal, Maria seakan melihat sebuah kenangan yang tidak akan mungkin terungkap. Haikal segera menyapu pipinya yang basah kerana air mata. Timbul perasaan malu apabila menangis di hadapan seorang gadis. Dia cuba untuk tersenyum tetapi kelihatan kelat. Segera Haikal mengalihkan pandangan ke arah padang, hatinya masih sakit menanggung rindu.

Maria hanya memerhati gelagat Haikal. Tiada kata yang mampu diluahkan. Dia seakan memahami perasaan Haikal tetapi dia tidak mampu untuk menenangkan hati sahabatnya yang sedang kesedihan. Malah, Maria juga tidak tahu perasaan yang sedang dia lalui. Perasaan ini terlalu asing kerana sepanjang hidupnya tidak pernah dia merasai seperti ini. Adakah ini simpati?

Maria membiarkan Haikal melayan perasaan. Biarlah sahabatnya itu meluahkan segala isi hati. Biarkan segala yang terbuku diluahkan agar dia tidak terus berasa terseksa dengan kenangan yang tidak akan dapat diputar kembali.

"Nurin, kalau saya ada kesempatan menebus dosa ini. Saya janji, saya akan setia dan tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Sekarang saya sedar kehilangan awak merupakan kesilapan besar dalam hidup saya. Kerana awaklah permata dalam hati saya." Bergema suara Haikal di padang tersebut. Sedangkan dia tahu, Nurin tidak akan mendengar kata-katanya itu, tetapi dia sentiasa berharap satu hari nanti doanya untuk bertemu dengan Nurin pasti akan termakbul.

"Awak tahu apa yang menyebabkan saya terus bersemangat untuk meneruskan hidup sehingga sekarang?" soal Haikal. Mukanya dipalingkan ke arah Maria. maria hanya mengeleng. Haikal bangun, kakinya melangkah mendekati tepi padang.

"Kerana saya yakin, Maria pasti akan balik. Naluri saya mengatakan dia masih hidup." Jawab Haikal dengan penuh keyakinan. Maria merenung Haikal. Terasa satu degupan yang tidak mengerti olehnya.




Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now