BAB 14

7 0 0
                                    


“Kai!!!” Jerit Kamal. Kai yang terdengar suara Kamal segera memandang ke arah suara tersebut. Bulat mata Kai apabila melihat Maria yang tidak sedarkan diri berada di pangkuan Shahrul. Bagaikan harimau, dia menerkam ke arah Maria. Pipi gebu Maria ditepuk lembut dengan harapan agar Maria sedar. Namun, itu hanya sia-sia sahaja.
Kai tiada pilihan lain, hatinya mula berdebar. Segera di angkat tubuh kecil itu dan di bawa pulang ke rumah. Otaknya ligat berfikir untuk mengetahui punca Maria pengsan tanpa sebab. Dia berharap sangat, moga perkara yang tidak diingini berlaku terhadap Maria. Kai tidak sanggup untuk kehilangan gadis itu.
Maria dibaringkan di atas tilam. Dia mengeluarkan sapu tangan yang berada di poket seluarnya lalu di lap dahi Maria yang mula berpeluh. Hatinya semakin cemas. Dia bangun meninggalkan Maria menuju ke biliknya, Shahrul dan Kamal menanti dengan keadaan kebingungan.
“Kamal, cuba kau hubungi kilang. Kau hubungi Dr, Ramlan. Aku nak tahu komputer tu masih berfungsi tak?” Arah Kai. Kamal hanya menurut arahan.
“Macam mana dengan Maria?” soal Shahrul. Kai hanya mengeleng. Dia juga bingung dengan apa yang terjadi. 
“Aku takut cip tu rosak, atau mati sendiri, atau…” Kai terhenti, matanya merenung Shahrul. Tiba-tiba Kamal masuk dengan keadaan panik.
“Kai, aku dapat tahu kilang dah kena serbu dengan polis. Polis dah mula mengeledah dan memeriksa pekerja kita.” Kamal menyampaikan berita mengejut dengan nada panik.
Tiba-tiba mereka bertiga terdengar deruman kereta yang dipecut laju. Serentak mereka bertiga menjengah ke tingkap.
“MARIA!!!” Kai menjerit.
Maria memandu dengan air mata yang mengalir deras. Dia rasakan dirinya di tipu hidup-hidup oleh lelaki yang pada sangkaannya adalah penyelamat. Ditekan minyak untuk menambah kelajauan, dia perlu sampai ke kilang tersebut untuk bertemu dengan Dr.Ramlan secepat mungkin. Dia perlu mengetahui cerita mengenai dirinya dengan lebih terperinci.
Segalanya bermula apabila dia pengsan semasa di eskalator. Dalam pengsannya dia termimpikan seorang lelaki yang seakan-akan dia kenali. Tetapi dia sendiri tidak pasti. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Dia mendengar dengan jelas butir bicaranya dengan lelaki tersebut.
“Abang, kalaulah satu hari nanti Nurin hilang, abang cari tak?” soal dirinya kepada lelaki tersebut.
“Tak naklah, biarlah Nurin hilang. Nanti ayah dan ibu akan bagi kasih sayang pada abang sorang je.” Jawab lelaki tersebut.
Peluh mula membasahi mukanya. Nurin terasa sakit di kepalanya. Tangannya di tekap ke kepala. Kebetulan itu adalah kesan kemalangannya dulu. Kata Kai, Maria jatuh tangga dan Kai yang bertindak menyelamatkan Maria kerana tiada sesiapa yang berada di tempat kejadian.
“Abang sayang Nurin tau. Nurin satu-satunya adik abang.” Kata lelaki dalam mimpi itu.
“ABANG NASRUL!!!” Maria tersedar dari pengsannya.
Segera dia bangun daripada katilnya dan menuju ke pintu. Walaupun kepalanya masih berdenyut, tetapi dia gagahkan diri untuk mencari kebenaran. Dia melangkah menuju ke kereta yang sering di pakai oleh Kai. Kebetulan kunci kereta tidak di keluarkan daripada kereta tersebut. Maria memulas kunci dan kereta itu dihidupkan enjinnya. Pedal minyak di tekan kuat menyebabkan kereta tersebut mengaum dan bergerak laju. Dia tahu perbuatan itu akan menyedarkan Kai dan yang lain. Tetapi dia tidak peduli lagi.
Dari kejauhan Maria melihat anggota polis mula mengepung kilang tersebut. Pekerja kilang juga mula di arahkan untuk menaiki trak polis. Maria memberhentikan keretanya jauh daripada kilang tersebut dan menyusup masuk ke kilang secara senyap. Dia menuju ke makmal yang berada di bawah tanah.
Pintu makmal terbuka, kelihatan Haikal sedang duduk dengan Dr. Ramlan.
“Dr Ramlan. Siapa saya sebenarnya?” soal Maria. Matanya merenung tajam ke arah lelaki itu. Dr. Ramlan terkedu, dia juga tidak tahu mahu mula dari mana.
“Macam mana ni Kai?” Soal Shahrul.
“Kita masuk ikut pintu belakang. Kita pukul mana-mana polis, ambik dia punya baju kalis peluru polis. Dengan cara itu, polis lain tidak akan mengesyaki kita. Mudahlah kita menyelinap masuk ke makmal.” Cadang Kamal. Semua bersetuju. Shahrul pula hanya akan duduk di kereta untuk bersiap sedia jika dia perlu bertindak apabila perlu.
Setelah berjaya memasuki kilang tersebut, Kai dan Kamal segera menuju ke makmal. Mujur tiada polis yang berjaga di situ. Kebetulan Maria keluar daripada makmal dan terserempak dengan mereka bertiga.
“Maria.” Mereka tergamam.
“Jangan halang aku. Korang tipu aku. Bertahun aku dipergunakan oleh binatang macam korang.” Maria cuba membolosi mereka berdua, tetapi di halang.
“Maria, bagi peluang Kai berterus terang.” Kai cuba menenangkan Maria. Namun begitu, Maria bertindak ganas dengan mula membuka langkah seni mempertahankan diri. Mereka berdua tiada pilihan, mereka perlu mengalahkan Maria. Walaupun seni mempertahankan diri Kai lebih hebat, namun tidak sampai hatinya untuk memukul orang yang dicintai. Dicuba elak sahaja tanpa membalas serangan.
Apabila mempunyai peluang, Maria segera menyepak tulang kering kaki menyebakan Kai terhincut-hincut menahan sakit. Pada saat itu, Maria mengambil peluang untuk melarikan diri.
“Maria, jangan pergi.” Kai hanya mampu berteriak nama kekasihnya itu, dia juga tahu tidak mungkin gadis itu akan mendengar arahannya.
Maria berlari menuju ke arah polis yang sedang sibuk menjalankan tugas. Maria berpusing-pusing sambil memanggil nama abangnya. Dari kejauhan, Maria melihat Insp. Nasrul sedang memberi arahan kepada anggotanya, Maria tersenyum dan mula mengorak langkah menuju ke lelaki tersebut. Tiba-tiba dia terpandangkan sebuah kereta yang laju menuju tepat ke arah Insp. Nasrul. Maria bertindak dengan menolak lelaki tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now