Nasrul merenung gambar yang dibingkaikan dengan corak ukiran yang menarik. Wajah seorang gadis yang sangat dirindukan di belek. Matanya mula menakungkan air mata. Nurin, satu-satunya adik kandungnya yang tiada ganti, telah hilang lima tahun yang lalu. Pelbagai usaha dijalankan tetapi semunya menemui jalan buntu. Nasrul hampir-hampir putus harapan apabila mendengar berita mengenai Nurin yang hilang dari hospital."Abang, kalaulah satu hari nanti Nurin hilang, abang cari tak?" Soal Nurin pada suatu petang semasa mereka bersia-sia ditasik. Nasrul tersenyum.
"Tak naklah, biarlah Nurin hilang. Nanti ayah dan ibu akan bagi kasih sayang pada abang sorang je." Selorong Nasrul. Nurin terus menarik muka. Walaupun dia tahu itu hanyalah gurauan, tetapi entah mengapa dia berasa sedih, dan menganggap soalannya itu adalah serius, bukan bahan gurauan.
Nasrul yang sedar akan perubahan wajah adiknya hanya ketawa nakal. Puas dia dapat mengusik adiknya. Dia terus menarik pipi Nurin dan berlari meninggalkan Nurin. Nurin hanya merengus, tidak dikejar abangnya seperti selalu. Kelihatan Nasrul semakin menjauh. Nurin berhenti berjalan. Entah mengapa dia berasa sebak.
Nasrul menekup muka apabila mengingatkan kenangan itu. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Nasrul terkilan kerana menyakiti hati adiknya. Sangkaannya itu adalah gurauan tetapi sebenarnya itu adalah gurauan terakhir antara dia dan Nurin. Pandangan adiknya dari jauh jelas menunjukkan kesedihan. Dia yang tidak terfikir apa-apa hanya menganggap adiknya merajuk. Hakikatnya, itu adalah pandangan terakhir Nurin terhadapnya.
Nurin yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi menjadi berita yang paling mengejutkan buat Nasrul. Dia bagaikan pelumba kereta terus memecut laju dengan harapan akan segera sampai ke hospital. Setelah tiga jam pihak hospital berperang untuk menyelamatkan Nurin, akhirnya semua tamat. Nurin dapat diselamatkan, tetapi keadaan Nurin tidak stabil. Itu yang menjadi kerisaun buat Nasrul.
Nasrul berdiri di sebelah Nurin yang terlantar tidak sedarkan diri. Kelihatan pelbagai wayar dipasang pada badan Nurin. Nasrul termenung. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Dia sentiasa berharap itu adalah semua mimpi. Ternyata ini adalah kenyataan yang perlu Nasrul hadapi. Dia perlu redha bahawa yang terlantar itu adalah adiknya yang paling disayangi. Air matanya mengalir. Apabila melihat keadaan Nurin. Abang mana yang tidak sayang akan adik kandungnya. Kebetulan pula, itulah satu-satunya adik yang dia miliki.
"Kesian adik abang. Mesti sakitkan, banyak wayar kat badan adik." Nasrul berbicara dengan Nurin. Dia melutut disebelah katil Nurin. Dadanya dipegang, air matanya semakin deras mengalir. Mahu dia mengeluarkan suara tangisan, mahu dia menjerit, tetapi ditahan. Tersedu-sedu tangisannya. Hatinya terasa kecewa, pedih bagai di tikam.
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dua hari kemudian, Nasrul dikejutkan dengan berita mengenai adiknya hilang dari hospital. Menjadi persoalan, bagaimana orang yang sedang terlantar tidak sedarkan diri boleh menghilangkan diri tanpa meninggalkan kesan.
Berita itu bagaikan batu yang menghempap kepala Nasrul. Hatinya dirundung kecewa, fikirannya serabut dan buntu. Bagai tidak mampu menerima kenyataa. Nasrul terduduk betul-betul dipintu masuk ibu pejabat polis. Orang awam dan anggota polis hanya melihat drama tersebut. Nasrul meraung bagai orang gila, di pegang kepalanya dan menjerit. Kenalan rapatnya cuba memujuk Nasrul tetapi tetap tidak berjaya sehinggakan ketua polis sendiri yang cuba memujuk. Nasrul menangis didakapan ketuanya. Air matanya berterusan jatuh bagaikan air terjun.
Lima tahun berlalu, apabila dikenang semula peristiwa itu, Nasrul akan kemurungan. Kehilangan adiknya yang sehingga kini belum diselesaikan. Mujur dia akhinya mampu mengawal emosinya. Nasrul diberi cuti untuk menenangkan fikiran. Sepanjang cuti itu, Nasrul mengambil kesempatan untuk mencari kekuatannya dirinya semula. Cuti yang diberikan adalah setahun tetapi Nasrul meminta untuk bekerja semula dan dia ingin mengambil semula kes kehilangan adiknya yang kebetulan serupa dengan beberapa kes penculikan yang lain.
"Abang akan cari Nurin. Abang akan tepati permintaan adik. Itu janji abang." Nasrul nekad untuk terus menyiasat bagi mencari petunjuk kehilangan adiknya. Nalurinya masih mengatakan yang Nurin masih hidup.
Pelbagai usaha dilakukan. Dengan jawatan sebagai pegawai polis yang dimiliki, Nasrul mengupah penyiasat, malah setiap ahli kongsi gelap yang ada, di buat siasatan. Kebetulan juga, pihak ahli kongsi gelap yang lain sudi berkerja sama dengannya untuk mencari petunjuk.
"Angin, andai kau mampu sampaikan kata-kata ini, ku pinta agar disampaikan kepada adik kesayanganku. Adik, sekiranya adik mampu mendengar isi hati abang. Seperkara sahaja yang abang ingin sampaikan. Abang sayang adik sampai ke syurga ye dik." Ucap Nasrul perlahan. Rambutnya bergerak-gerak disapa angin lembut. Matanya ditutup. Ditahan nafas untuk seketika dan dihembuskan.
Dimeja makan, Maria yang sedang menjamu selera dengan Chen dan Hyun JI disapa angin lembut. Rambutnya yang lembut bergerak, Maria berhenti dari menyuap. Dadanya dipegang. Satu perasaan yang tidak dapat dipastikan hadir. Sudu ditangan terlepas jatuh ke lantai. Hatinya berdebar, nafasnya tiba-tiba sesak. Chen dan Hyun Ji yang terkejut dengan keadaan Maria hanya memandang tanpa bergerak. Mereka terpinga. Tiba-tiba Maria jatuh dari kerusinya. Mujur Hyun JI yang cekap sempat menyambar badan Maria dari mencium lantai. Kepala Maria dipangku. Selera makan mereka mati.