BAB 3

14 3 0
                                    


Kepulangan Maria disambut dengan renungan tajam dari Kai. Kai berdiri kaku ditingkap biliknya sambil memandang ke arah Maria yang berjalan menuju ke rumah. Maria yang tidak menyedari akan perilakunya diperhatikan terus berjalan sambil melihat-lihat sekeliling. Kai merengus kasar apabila Maria hilang dari pandangannya. Tangannya disilangkan dan badanya disandarkan pada tingkap. Fikiran berserabut. Entah mengapa sejak Maria memulakan tugas barunya, hati Kai semakin tidak keruan.

Cip itu telah diprogramkan agar Maria tidak mempunyai perasaan cinta pada orang. Tetapi dia masih gelisah. Kadang-kadang kesilapan kecil mungkin akan berlaku tanpa diduga sama ada ia cepat atau lambat. Perkara itulah yang menjadi kerisauanya. Erti kata lain, Kai takut akan bayang-bayangnya sendiri.

"Aku tidak boleh kehilangan Maria. Tidak boleh." Kai berkata sendiri.

Seminggu berlalu, setelah menghadapi pelbagai halangan akhirnya Haikal berjaya mengenali Maria dengan lebih dekat. Walaupun Maria lebih banyak berdiam diri tetapi Haikal akhirnya berjaya kerana mampu berjalan dan berbual dengan Maria. Persahabatan mereka menjadi buah mulut pelajar dan pensyarah.

"Awak langsung tidak ingat tentang masa silam awak?" Soal Haikal semasa mereka sedang lepak di padang. Maria hanya mengeleng. Air mineral ditangannya tinggal separuh. Haikal mengangguk. Sukar juga untuk menyiasat latar belakang gadis tersebut.

Haikal menyedut air milonya perlahan. Perbuatannya itu menjadi tatapan Maria. Haikal yang menyedari perbuatan Maria segera mempersoalkan dengan mengangkat kening yang bermaksud 'kenapa'.

"Air yang awak minum tu rasa apa? Sedap ke?" soal Maria perlahan. Haikal merenung Maria. Terasa geli hatinya apabila mendengar soalan Maria.

"Air milo ni rasanya sedap. Dia mengandungi coklat dan susu. Awak mahu cuba rasa?" Soal Haikal. Air minuman tersebut disua kepada Maria.

Pantas Maria mengeleng. Dia tidak mahu menerima air minuman tersebut. Haikal mengerutkan keningnya. Fikirannya mula melakar soalan. Inilah pertama kali dalam hidupnya berjumpa dengan orang sepelik Maria. Muka Maria ditatap, rindunya yang membara semakin terubat.

Maria merenung ke padang. Fikiranya terasa tenang apabila melihat rumput yang hidup segar dan menghijau. Angin lembut yang menyapu pipinya terasa dingin. Tanpa disedari dia terbuai dengan kedamaian itu. Matanya dipejam untuk menghayati indahnya panorama itu.

Perbuatan Maria menjadi tatapan Haikal. Pada pendapatnya, Maria terlalu berbeza dengan gadis itu. Maria mempunyai sikap dingin dan pendiam. Manakala, gadis itu mempunyai sikap yang peramah dan aktif. Haikal mengelengkan kepalanya, tidak mungkin Maria adalah dia. Malah, Maria tidak mungkin dapat mengantikan tempat gadis itu.

"Kenapa awak mahu berkawan dengan saya?" Soalan Maria mematikan lamunan Haikal. Haikal terkial-kial mencari jawapan bagi soalan yang tidak diduga itu. Terlalu sukar untuk dijawab. Maria memandang semula ke arah padang.

"Tidak mengapa kalau sukar menyatakan jawapannya." Sambung Maria lagi. Maria seorang yang tidak suka memaksa orang lain. Dia lebih suka orang itu berterus terang secara suka rela. Pada pendapatnya, seseorang itu mempunyai hak sama ada untuk menjawab atau tidak terutama perkara yang berkaitan peribadi mereka.

Haikal serba salah. Jika dicerita, dia terasa malu. Tidak cerita, apa pula kata Maria nanti. Tetapi melihatkan Maria tidak memaksa, Haikal berasa lega. Otaknya ligat memainkan kenangan lalu. Gadis yang bernama Nurin merupakan kekasihnya. Nurin yang mula-mula menyatakan isi hatinya kepada Haikal. Haikal yang kasihan melihat Nurin menyimpan perasaan terhadapnya menerima cinta tanpa menanam sedikit perasaan sayang pada gadis tersebut. Haikal lebih suka berfoya-foya dengan gadis lain kerana dia tidak pernah mengambil serius mengenai perasaan orang yang mencintainya.

Berkali Nurin dikhabarkan dengan berita mengenai Haikal yang curang terhadapnya. Tetapi Nurin memekakkan telinga. Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata orang. Hal ini disebabkan, Haikal kelihatan baik dihadapannya. Sehinggalah segalanya terbukti apabila Nurin melihat kecurangan Haikal dengan mata kepalanya sendiri. Haikal yang sedang melamar gadis lain dengan sekuntum bunga mawar di dalam perpustakaan. Niatnya Nurin untuk membuat kejutan buat Haikal, tetapi sebaliknya pula berlaku.

Haikal yang akhirnya menyedari akan kesilapannya telah diketahui oleh Nurin segera mengejar Nurin untuk menerangkan perkara yang sebenar. Nurin hanya terus berlari sambil mengesat matanya yang mula basah. Air matanya tidak dapat ditahan, luka dihatinya terlalu perit untuk ditanggung.

Malang tidak berbau, Nurin tiba-tiba tersandung kakinya sendirinya menyebabkan dia jatuh tangga. Keadaannya kelihatan serius kerana berlaku pendarahan di kepala. Haikal yang melihat kejadian itu segera mendapatkan bantuan pelajar lain. Dikalangan pelajar di situ, Haikal lah yang kelihatan panik. Kepala Nurin dipangku, perasaan bersalah mula timbul.

Nurin segera dimasukkan ke wad kecemasan. Haikal yang menunggu Nurin diluar wad seperti cacing kepanasan. Hatinya dirundung perasaan bersalah. Haikal menyalahkan diri kerana menjadi penyebab Nurin ditimpa kemalangan. Kalaulah dia tidak berlaku curang, pasti Nurin tidak akan sekecewa ini. Serabut bila difikirkan, Haikal tidak keruan. Risau sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap Nurin.

Dari kejauhan abang kandung Nurin mendekati wad kecemasan. Apabila dia diberitahu mengenai Nurin yang dimasukkan ke hospital kerana jatuh tangga, dia bergegas menuju ke hospital. Ibu bapanya sudah diberitahu, mereka dalam perjalanan ke hospital.

Haikal segera menyalami lelaki tersebut. Mukanya hanya tunduk merenung lantai. Berat mulutnya untuk berbual dengan lelaki tersebut. hatinya tertanya, sekiranya lelaki tersebut tahu punca Nurin jatuh tangga adalah berpunca daripadanya, adakah lelaki itu akan melepaskannya atau mungkin dia dipukul? Itulah persoalan yang bermain di fikiranya. Lelaki tersebut menyambut salaman Haikal, mulut terkunci untuk berkata-kata. Beliau sebenarnya masih dalam keadaan terkejut setelah mendapat berita di ibu pejabat mengenai adik nya dimasukkan ke wad kecemasan.

Disebalik situasi panik, kelihatan dari jauh seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopi merenung mereka. Lelaki tersebut seperti menunggu peluang bagi melakukan sesuatu tanpa disedari oleh orang lain. Tangannya bermain-main dengan telefon, matanya liar memerhati setiap sudut hospital tersebut disebalik topinya yang berperanan untuk menutup wajah sebenarnya. Satu senyuman sinis terbentuk dibibirnya. Lelaki tersebut bangun dan mula mengatur langkah. Sepertinya, dia mempunyai sebuah rancangan yang besar. Apa yang akan dia lakukan? Siapa lelaki berbaju hitam itu?


Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now