BAB 5

9 3 0
                                    

Dato Anuar tersenyum puas setelah meneliti fail yang diberikan oleh Maria pagi tadi. Dia berpuas hati dengan kerja Maria. Tidak sia-sia dia memberi peluang kedua buat budak perempuan itu bisik beliau dalam hati. Dato Anuar bangun dari kerusinya menuju ke tingkap kacanya. Bibirnya masih tersenyum. Ternyata dia puas.

Maklumat yang diperolehinya sangat membantu. Segala rahsia Syarikat Demarga berada ditangannya. Mudah baginya untuk menjatuhkan syarikat tersebut. Malah, syarikat itu juga merupakan pengasas bagi sebuah kolej swasta. Secara tidak langsung, kolej itu juga akan mengalami kesulitan sekiranya timbul masalah pada Syarikat Demarga. Sekiranya syarikat Demarga diistiharkan muflis, dia akan memberi kesan yang negatif terhadap reputasi kolej tersebut. Oleh itu, peluang untuk dia menjatuhkan Dato Khalid selaku ketua syarikat tersebut adalah lebih cerah.

"Habislah kau Dato Khalid. Aku akan pastikan hidup kau dengan keluarga kau termasuk keturunan kau semua menderita." Bisik Dato Anuar.

Memori pahit tidak mampu untuk dilupakan. Dato Anuar tidak dapat menerima perbuatan Dato Khalid yang menjadi penyebab huru hara dalam keluarganya. Dato Khalid yang menjadi penyebab adiknya bunuh diri. Kalau tidak kerana Dato Khalid yang mungkir janji pasti tragedi berdarah itu tidak akan berlaku.

"Hutang darah perlu dibayar dengan darah." Dato Anuar mengepal penumbuknya. Mukanya merona merah. Hatinya mula panas apabila mengenangkan kisah lalu. Dendamnya masih belum terbalas. Dia akan pastikan semuanya selesai dalam masa terdekat ini.

"Fail apa yang Maria bagi pada Dato pagi tadi?" Soal Hyun Ji pada Maria semasa mereka sedang lepak di kafe. Chen juga turut memandang Maria ingin mengetahui jawapan bagi soalan tadi. Maria menelan air liurnya, ditenung wajah kedua lelaki yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri. Terserlah diwajah mereka penuh pengharapan agar Maria menjawab persoalan yang bermain difikirannya sejak tadi.

Menurut Maria, fail itu mengandungi maklumat mengenai institusi tempatnya belajar sekarang dan maklumat peribadi yang lengkap mengenai pemilik serta semua kakitangan. Dalam fail itu juga terdapat CD yang mengandungi struktur dan selok belok lengkap mengenai institusi. Tetapi tujuan mengapa Dato Anuar mahukan maklumat itu tidak pula diberitahu. Maria juga bingung tetapi didiamkan sahaja. Takut nanti mengamuk pula orang tua tu.

"Selamat pagi semua." Ucap Cik Suraya kepada pelajarnya. Suraya merupakan pensyarah yang mengajar subjek komunikasi. Beliau merupakan anak kepada pemilik institusi tersebut dan juga pensyarah yang terkenal dengan keayuannya. Tidak hairanlah jika ramai pelajar serta kakitangan lain menyimpan perasaan kepada dia. Ditambah pula sikapnya yang peramah dan sopan menjadikan dia sebagai wanita idaman setiap lelaki.

Dengan perwatakannya yang menutut aurat menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat patuh pada agama. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Maria meneliti semua kelebihan yang ada pada Cik Suraya. Dia menganggukkan kepalanya, pada fikirannya kesempurnaan yang dimilikinya telah berjaya menambat hati Insp. Nasrul. Agaknya Dato Anuar ingin sangat maklumat Cik Suraya adalah disebabkan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Insp. Nasrul itu ke?

Maria mula fokus pada pembelajarannya, isu Cik Suraya ditolak ke tepi. Entah mengapa tugasan kali ini berjaya menarik minatnya. Peluang menyambungkan pelajaran adalah paling berharga buatnya. Dalam diam dia sentiasa berharap agar tugasan ini akan berlanjutan sehingga dia menamatkan pengajiannya. Agaknya, Maria memang minat menuntut ilmu. Kebetulan dia banyak membaca buku-buku ilmiah, artikel dan surat khabar. Segala pengetahuan yang diperolehi telah membantunya untuk lebih mudah memahami setiap topik yang dipelajarinya.

"Baiklah kelas. Sebelum bersurai, saya ingin mengetahui mengenai tugasan yang telah saya berikan minggu lepas. Sekiranya sudah selesai, sila hantar ke meja saya. Bagi yang belum selesai, harap kamu mula bertindak sekarang. Minggu ini adalah tarikh tamat hantar, bagi yang terlewat saya potong markah." Arah Suraya kepada pelajarnya. Pelajarnya seakan tidak peduli dengan amaran Suraya, mereka lebih tumpu kepada mengemas barang dan ada yang mula meninggalkan kelas.

Suraya hanya mengelengkan kepalanya. Bagi mendidik budak yang meningkat dewasa ini memerlukan daya kesabaran yang tinggi. Tiba-tiba dia terpandang akan Maria yang masih merenung nota. Hatinya berdetik untuk berjumpa dengan Maria secara peribadi. Setelah semua palajar keluar, Suraya mengatur langkah menuju ke Maria yang leka menulis nota kecil di ruang kosong nota. Kerusi disebelah Maria ditarik pelahan. Dia melabuhkan punggungnya dan mula mengatur ayat.

"Cik Suraya ada apa-apa ke nak tanya?" Soal Maria tiba-tiba. Suraya tersentak, dia tersipu-sipu. Tangan Maria masih rancak menulis nota kecil. Notanya kelihatan ringkas tetapi padat serta lengkap dengan maklumat.

"Tiada apa-apa. Cuma saya nak Tanya. Awak ada masalah ke? Kalau ada, tidak sudi ke berkongsi dengan saya, saya pendengar yang baik tau." Suraya cuba menarik perhatian Maria. Untuk seketika, Maria hanya diam. Suraya mula buntu, rancangannya untuk mengumpan Maria berbual tidak berjaya.
"Saya tak apa-apa." Jawab Maria tiba-tiba. Malah, Maria juga memalingkan mukanya kepada Suraya. Tetapi hanya seketika.

"Baguslah kalau macam tu. Saya Cuma risau tengok awak selalu bersendirian dan tiada kawan. Saya perhatikan awak ni pelajar yang bagus. Dalam kelas ni awaklah antara pelajar yang paling awal menghantar tugasan malah setiap soalan yang diajukan semua dapat di jawab dengan betul. Semua pensyarah puji awak." Suraya memuji Maria. Tetapi Maria masih berkelakuan yang sama. Suraya mula putus asa. Dia bangun perlahan-lahan.

"Kalau awak ada masalah dan mahu bercerita dengan saya, datang ke pejabat saya. Saya akan cuba bantu apa yang perlu." Suraya memalingkan badanya dan mula melangkah meninggalkan Maria. Tiba-tiba...

"Saya perlukan seorang kakak." Maria memegang tangan Suraya. Suraya terdiam. Dia terkejut dengan tindakan Maria yang tiba-tiba.

Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now