BAB 13

6 0 0
                                    


“Suraya, anak Dato Khalid. Sahabat lama. Hahahaha…” Dato Anuar ketawa mengekek. Suraya kelihatan cemas, wajahnya menampakkan yang dia dalam ketakutan. Tetapi dia tetap merasa selamat selagi Chen berada di sisinya.
Sejak dari tadi, Chen tidak menjauhi Suraya walau seminit pun, Chen sentiasa berada di belakangnya. Suraya perlu berpura-pura berlakon bahawa dia tidak mengenali Chen, dengan cara ini, Chen akan mendapat kepercayaan daripada beliau.
“Kalau ikutkan aku, aku tak nak libatkan kau, tetapi aku tiada pilihan. Bapak kau, dengan keturunan kau perlu aku hapuskan. Dengan cara ini segala dendam aku terbalas.” Ketawa Dato Anuar semakin rancak. Suraya mengenggam tangannya, dia mengigil ketakutan.
“Perlu ke aku cerita kenapa aku dendam sangat dengan ayah kau?” soal Dato Anuar. Pipi gebu Suraya dicengkam kuat. Suraya hampir mengalirkan air mata kerana sakit diperlaku seperti itu. Suraya mendapat kelegaan dari kesakitan itu apabila Dato Anuar melepaskan cengkaman tersebut.
“Kalau tak kerana bapak kau, adik kesayangan aku tidak akan mati. Kerana dia lah adik aku bunuh diri.” Marah Dato Anuar. Mejanya ditumbuk, walaupun sakit tetapi dia berasa puas untuk menunjukkan bahawa dia terlalu lama menyimpan dendam tersebut.
Tiba-tiba seorang lelaki memasuki bilik Dato Anuar dengan keadaan tergesa-gesa. Lelaki tersebut berlari ke arah Dato Anuar lalu membisikkan sesuatu. Muka Dato Anuar berubah menjadi cemas. Dengan tergesa-gesa beliau mengarahkan orangnya untuk mengikutnya. Tinggallah Suraya dan Chen. Chen menghampiri Suraya, bahu Suraya ditepuk perlahan agar dia dapat bertenang. Chen menuju ke meja Dato Anuar dan mencari sebuah buku yang sebenarnya mengandungi alat kawalan jauh yang digunakan bagi mengenalpasti arah pemakai cip bergerak. Sekiranya suis tersebut dimatikan, pemakai cip tersebut akan pengsan dan segala memori yang lalu akan kembali kepada mereka.
Setelah menemui buku tersebut, Chen perlu memasukkan kata laluan yang betul. Kebetulan Chen mempunyai maklumat mengenai alat kawalan tersebut berserta kata laluan. 724741 di dail, lampu hijau menyala menandakan buku tersebut dapat dibuka. Lantas, Chen mendapati terdapat tiga suis, dan ketiga-tiga suis itu mengeluarkan cahaya hijau juga tanda alatan itu masih befungsi.
Chen mematikan satu persatu bermula dengan Hyun Ji. Setelah itu, Maria dan akhir sekali adalah dirinya. Apabila suis itu dimatikan maka mereka bertiga pengsan. Chen memegang kepalanya, yang menucuk-nucuk. Dipegang rambut dan ditarik-tarik bagi mengurangkan kesakitan namun tidak berhasil. Akhirnya Chen terbaring di sebelah meja tidak sedarkan diri, alatan ditangannya terlepas. Suraya yang terkejut dengan keadaan Chen segera berlari ke arahnya. Ditepuk muka lelaki tersebut, namun tiada sebarang reaksi. Suraya melihat sekeliling mencari sesuatu yang boleh digunakan bagi menyedarkan Chen. Terpandang dia pada sebotol air mineral yang tinggal separuh, lantas Suraya mendapat air yang kebetulan ada di atas meja. Direnjis-renjis air tersebut ke muka Chen sehingga sedar.
Apabila Chen sedar, dia kelihatan terpinga-pinga dan lemah. Air dihulur kepada Chen bagi menenangkan Chen yang sedang kebingungan. Chen meneguk air tersebut perlahan. Kepalanya terasa pening dan badannya mengigil seakan-akan baru lepas direnjat elektrik pada voltan yang rendah. Chen berpaut pada meja untuk bangun, tetapi badannya masih terlalu lemah. Chen terduduk semula, kepalanya dipegang terasa berdenyut. Suraya kelihatan risau dengan keadaan Chen.
Hyun JI yang sedang fokus memerhati anggota polis yang dibawa oleh Insp. Nasrul dari bumbung salah satu kilang yang terdapat disitu. Dirasakan bagai ada sesuatu aliran yang dia juga tidak pasti. Kepalanya terasa sakit sehingga tidak dapat diuangkap. Hyun Ji terduduk sambil tangan kirinya memegang tembok. Mata dipejam menahan sakit yang sukar untuk digambarkan. Rasa seperti mahu menghantukkan kepalanya di dinding. Matanya kelihatan mula kabur dan akhirnya Hyun Ji terbaring tidak sedarkan diri. Binokular ditangan terlepas jatuh ke lantai.
Maria sedang leka membelek telefonnya sambil mendengar lagu. Satu arus mengalir secara mengejut menyebabkan badan Maria terasa kejang. Telefonnya terlepas dari tangan, badannya terasa berat untuk diimbangkan, lalu Maria terus pengsan dalam keadaan badannya jatuh ke belakang. Kebetulan Maria berada di eskalator. Shahrul yang berada di belakang Maria menyedari reaksi Maria yang kelihatan kejang. Mujur Shahrul sempat menangkap tubuh badan Maria daripada jatuh. Kamal yang terkejut terus memekik nama Kai. Kai yang mendengar namanya di panggil segera berpaling, matanya terbuntang luas apabila melihat Maria yang tidak sedarkkan diri di riba Shahrul. Bagaikan harimau melihat mangsanya, Kai terus menerkam ke arah Maria, mukanya kelihatan cemas. Lantas, Kai mengangkat tubuh badan yang kecil molek untuk dibawa pergi daripada tempat itu. Otaknya ligat berfikir ke mana harus dibawa kekasihnya itu.
“Awak tidak apa-apa ke?” Soal Suraya setelah melihat Chen mula stabil. Chen hanya mengangguk, tidak mampu untuk dia berkata-kata. Badannya terasa lemah, segala memorinya datang menerjah serentak. Chen hanya memandang Suraya dan tersenyum, dengan harapan senyuman itu mampu melegakan hati gadis yang berada dihadapannya. Dalam masa yang sama hatinya turut lega kerana satu perkara telah selesai, tetapi dia juga risau kemungkinan besar risiko lain akan hadir pula.
“Awak jangan berjauhan dari saya. Di luar lebih berbahaya dari sini. Kita tak tahu bencana apa yang menunggu di sana.” Pinta Chen. Suraya hanya menganggukkan kepala. Walaupun dia baru mengenali lelaki tersebut, namun tekad lelaki itu telah mencuit hati Suraya untuk mempercayainya. Suraya juga nekad untuk terus berada dengan lelaki tersebut bagi mencapai matlamat yang sama. Mungkin dengan cara ini, peluang untuk Suraya selamat adalah lebih besar.
“Walau apa pun jadi, saya tetap akan selamatkan Hyun Ji dan Maria. Saya sudah anggap mereka seperti adik kandung saya. Jadi tiada sebab untuk saya meninggalkan mereka dalam tempat neraka macam ni.” Berbekalkan tenaga yang ada, Chen cuba bangun. Dia perlu pulang ke makmal, di sana Dr Ramlan menanti kehadiran mereka.
Sudah terlalu lama orang tua tu berada di makmal. Dr Ramlan juga seperti mereka bertiga, beliau di culik dengan tujuan untuk membantu Dato Anuar dalam rancangannya. Jika beliau membantah, keluarganya menjadi taruhan. Sepanjang beliau berada di makmal, beliaulah yang menjaga mereka bertiga yang dianggap seperti anaknya sendiri. Tidak mungkin bagi Chen untuk membiarkan Dr Ramlan sendirian.
Suraya memapah Chen keluar daripada bilik Dato Anuar.
Semetara itu, di kilang, Insp Nasrul melangkah keluar daripada kilang dengan tergesa-gesa. Dia mengarahkan semua anggotanya untuk bergerak mengikutnya menuju ke suatu tempat. Dr Ramlan melihat semua kereta polis tersebut meninggalkan kilang melalui kamera litar tertutup.
“Ya Allah, kau permudahkanlah urusan mereka Ya Allah.” Doa Dr Ramlan.
“Apa sebenarnya yang berlaku? Siapa Chen? Siapa Hyun Ji?” Soal Haikal tiba-tiba. Dr Ramlan memandang Haikal, wajahnya menguntumkan senyuman. Biarlah rahsia ini dibongkar, sudah terlalu lama ia tersimpan.

Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now