BAB 11

13 1 0
                                    


“Tahniah Cik Suraya.” Ucap pelajarnya. Suraya tersenyum setelah menerima ucapan tahniah daripada pelajarnya. Kad yang diberikan kepada wakil kelas sebagai tanda dia menjemput semua pelajarnya untuk hadir majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tidak sabar rasanya untuk menukar gelaran ‘Cik’ kepada ‘Puan’.

Suraya melangkah mendekati keretanya setelah semua pelajar mula bersurai dari mengerumuninya. Pintu kereta dibuka, dan Suraya terus masuk. Pintu segera ditutup dan enjin dihidupkan. Tiba-tiba sepucuk pistol berada dilehernya.

“Maaf Cik Suraya. Saya ada urusan sedikit untuk berbincang dengan Cik Suraya. Pindah ke kerusi penumpang sekarang.” Arah lelaki tersebut. Cik Suraya terkedu, badannya mengigil kerana ketakutan. Bagaimana ada lelaki dalam keretanya? Bagaimana lelaki itu boleh masuk sedangkan dia tidak mendengar pintu lain dibuka dan ditutp selain pintu pemandu? Dengan perlahan-lahan, Suraya menuruti permintaan lelaki tersebut.

Lelaki itu melangkah ke kerusi pemandu. Telefon yang berada di dalam beg tangan Suraya diambil dan dimatikan lalu disimpan dalam poketnya. Lelaki itu menolak ‘gear’ mengundur dan menekan pedal minyak. Kereta Vios hitam bergerak.

“Eh, siapa yang memandu kereta Cik Suraya.” Soal Haris. Haikal merenung lelaki tersebut. Dia juga hairan, lelaki yang dilihat itu bukannya tunangan Cik Suraya.

“Jom kita ikut kereta Cik Suraya.” Cadang Haikal. Haris hanya mengangguk.

Kereta yang dipandu lelaki tersebut menuju ke satu kawasan kilang. Haikal dan Haris hanya mengikut dari jarak jauh bagi mengelakkan dari diketahui oleh lelaki tersebut. Suraya yang ketakutan hanya terus mendiamkan diri. Badannya yang tadi mengigil semakin berkurangan. Lelaki yang tidak dikenali itu tidak banyak bicara. Tiba-tiba lelaki itu itu berhenti betul-betul dihadapan sebuah kilang.

“Maaf.” Lelaki itu bersuara. Satu sapu tangan yang mengandungi ubat tidur ditekup pada hidung Suraya menyebabkan Suraya meronta agar dilepaskan. Rontaan Suraya tidak lama, tiba-tiba Suraya terkulai didakapan lelaki tersebut. Setelah memastikan Suraya betul-betul tidak sedarkan diri, lelaki tersebut bergerak memasuki kilang tersebut. Haikal dan Haris hanya memerhati.

“Macam ni lah. Aku akan selinap masuk ke kilang ni. Kau pergi ke balaik minta bantuan.” Cadang Haikal.

“Kau gila!” Marah Haris. Dia tidak bersetuju dengan cadangan Haikal yang pada pendapatnya adalah bahaya. Tetapi Haikal seperti nekad ingin meneruskan rancangannya. Dia meletakkan motor dibawah pokok yang agak tersembunyi agar tiada yang menyedari kedatangannya. Kebetulan pengawal yang sepatunya berada dibilik kawalan keluar membuat rondaan. Dia mengambil peluang itu untuk memasuki kilang secara senyap.

(30 minit kemudian)

“Awak sudah sedar.” Tegur suara lelaki pertengahan umur. Suraya yang mendengar suara itu terpisat-pisat bangun. Dia merenung lelaki tersebut. namun, lelaki itu hanya tersenyum manis kepadanya.

“Nama saya Dr. Ramlan. Disana ada bilik mandi dan ini baju untuk Cik Suraya. Cik Suraya boleh bersihkan diri agar lebih segar.” Dr. Ramlan terus meninggalkan Suraya bersendirian. Kalau ikutkan hati, Suraya tidak mahu menuruti arahan Dr. Ramlan tetapi bila difikirkan balik, badannya terasa melekit disebabkan berpeluh semasa dia dalam ketakutan tadi menyebabkan dia tidak selesa. Baju yang terletak disebelahnya dicapai.

Setelah siap membersihkan diri, Suraya melangkah keluar. Dia melihat Dr. Ramlan sedang duduk bersama seorang lelaki. Suraya melangkah perlahan mendekati mereka, barulah Suraya sedar lelaki yang duduk dengan Dr. Ramlan adalah lelaki yang menculiknya tadi. Dr. Ramlan yang menyedari kehadiran Suraya segera bangun dan memberikan kerusi tersebut kepada Suraya. Suraya tidak mengendahkannya, matanya memandang tepat ke arah lelaki tersebut seakan tidak berpuas hati.

“Maaf, terpaksa culik awak. Silakan duduk.” Lelaki itu membalas renungan Suraya.

“Kenapa awak culik saya?” terpancul soalan dengan getaran yang menunjukkan Suraya mengigil.

“Saya perlukan awak untuk lepaskan kami.” Jawab lelaki itu ringkas. Lelaki itu bangun dan menuju ke pintu masuk ke bilik itu. Pintu bilik dibuka dan lelaki itu hilang dari pandangan. Tiba-tiba lelaki itu masuk sambil membawa seorang lelaki lain yang sangat dikenali oleh Suraya.

“Cik Suraya tidak apa-apa?” Soal Haikal. Suraya hanya mengeleng.
“Tidak perlu bersembunyi, ketuk je pintu.”.Lelaki tersebut mengambil kerusi kosong dan memberikan kepada Haikal, dengan selamba dia menuju ke kerusinya lalu menghirup minumannya.

“Nama saya Chen. Saya abang angkat Maria. Pelajar Cik Suraya.” Terang Chen.

“Awak Haikal, kawan kepada Maria di kolej. Manakala, awak kekasih Nurin semasa di sekolah menengah, betul?” Soal Chen. Haikal terkejut, dia memandang Suraya manakala Suraya membalas semula pandangan Haikal dengan harapan Haikal menyatakan perkara yang sebenar.

“Macam mana kau tahu?” Soal Haikal semula.

“Jawapannya, Maria adalah Nurin, Nurin adalah Maria.” Satu senyuman sinis diberikan. Haikal bagai tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia merenung mata lelaki tersebut dengan harapan lelaki itu menipu. Tetapi apabia dilihat ke wajah Dr. Ramlan, doktor tersebut juga menganggukkan kepala tanda itu adalah benar.

“Kamu biar betul, jangan beri maklumat palsu. Perkara macam ni jangan dibawa main-main tau.” Soal seorang pegawai polis. Haris mengaru kepalanya yang tidak gatal. Buntu memikirkan bagaimana untuk membuat pegawai polis itu percaya dengan kata-katanya. Tiba-tiba muncul seorang polis yang memegang jawatan tinggi. Bagaimana Haris mengetahui polis itu berjawatan tinggi apabila semua orang memberi tabik apabila beliau melalui hadapan mereka.

“Kenapa ni?” Soal polis tersebut.

“Anak muda ini mengatakan pensyarahnya di culik oleh seorang lelaki dan dibawa ke sebuah kilang.” Terang pegawai tersebut.

“SIapa nama pensyarah kamu?” Soal polis tersebut.

“Cik Suraya binti Dato Khalid.” Jawab Haris dengan penuh keyakinan.

Wajah polis tersebut terus berubah. Dari air mukanya jelas menunjukkan yang dia terkejut dan risau.

Jawapan yang TerungkaiWhere stories live. Discover now