🌷🌷🌷
Mukhriz membawa sejambak bunga mawar, berjalan ke arah pintu wad. Buka saja, bilik itu kosong. Kemas saja seolah olah tidak berpenghuni.Keningnya berkerut lalu berpatah balik ke kaunter di luar wad. "Nurse, pesakit bilik 03 tu ke mana?"
"Nur Amelia?"
"Ya, ya."
"Oh pesakit dah dibenarkan keluar petang semalam."
Mukhriz terdiam seketika. "Em, dia dah sihat ke?"
"Doktor benarkan dia balik berdasarkan tahap kesihatan dia, encik. Cik Amelia dah beransur pulih." Jururawat itu menerangkan dalam senyuman.
Mukhriz mengangguk. "Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih, nurse."
Mukhriz melepaskan keluhan, naik ke atas motosikal. Bunga di tangan direnung seketika. Motosikal dihidupkan dan terus dipecut ke rumah Amelia.
Namun, hampa. Gadis itu tiada di rumah. Dia menghala pula ke rumah Kirana. Mungkin kawan baik Amelia itu tahu di mana gadis itu berada.
"Kirana!" Mukhriz memanggil dari luar rumah Kirana. Beberapa kali dia memanggil sebelum Kirana dari rumah.
"Apa? Kacau je la orang nak tidur." Kirana bertanya garang. Dia duduk di atas tangga.
"Mel. Mel mana? Aku pergi hospital, nurse cakap dia discharge semalam. Aku pergi rumah dia, dia tak ada. Dia pergi mana?" Mukhriz bertanya sedikit mendesak.
"Ya dia dah boleh balik semalam. Manalah aku tahu dia ke mana." Tangan bertongkat di paha. Pejam celik matanya menghilangkan rasa kantuk yang masih tersisa.
"Betul betul lah Kirana. Mana aku nak cari Mel?"
"Aku tak tahu la..."
Mukhriz merengus. Termenung dia seketika.
"Kau dah jumpa dia masa dia sedar?"
Pertanyaan Kirana membuatkan Mukhriz kembali menoleh. "Belum. Abang sepupu dia memang cari pasal. Tak benarkan aku jumpa dengan Mel."
"Jadi kau tak tahu la ni?" Kirana jongket kening.
"Tahu apa?" Mukhriz mendekat ke tangga rumah. Dadanya berdegup laju.
"Mel...tak ingat."
"Apa maksud kau Mel tak ingat? Apa kau cakap ni? Jelaskan betul betul Kirana." Jelas suara Mukhriz menegang.
Kirana menarik nafas panjang. "Mel hilang ingatan. Dia tak ingat aku. Dan dia mungkin tak ingat kau. Memori dia tiga tahun yang lepas dah hilang disebabkan kemalangan tu."
Mukhriz terkedu. Raut wajahnya berubah.
"Tak payah lah kau cari dia. Bila dia dah ingat nanti, dia akan cari kita." Kirana berkata.
Mukhriz menggeleng. "No, aku kena cari dia. Mana aku nak cari dia?"
"Mana la aku tahu. Cuba la kau contact dengan abang sepupu dia tu." Kirana memberi cadangan.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...