Angin meniupkan rindu padamu
Teringat lagi senyumanmu
Begitulah erti sebenarnya ketenangan
Walau dimana kau berada
🌷🌷🌷
"Kau rajin rajinlah tolong Mak Nah tu. Nanti apa pula kata dia." Ammar berkata perlahan.
Mak Nah sudah masuk ke dalam rumah, meninggalkannya dan Amelia berbual bual di beranda. Mata melirik pada Hafiz yang sedang berbual melalui telefon di luar beranda.
Amelia tersengih. "Ya, aku tahu."
Ammar diam seketika memandang Amelia. "Ni, kau betul betul selesa ke kat sini?" Akhirnya dia bertanya setelah memastikan kelibat Mak Nah sudah tidak kelihatan.
"Jangan risau la. Mak Nah baik sangat. Aku selesa kat sini. Mak Nah layan aku macam anak dia sendiri."
"Baguslah macam tu. Kiranya, kau lebih selesa tinggal kat sini la berbanding kat rumah mak?" Ammar bertanya, mengusik.
Amelia hanya tersenyum, mengangkat bahu. Mata memerhati Ammar yang mencapai gelas minuman.
"Mar, aku nak tanya sikit." Amelia berkata setelah Ammar meletakkan gelas kembali ke meja.
"Apa?"
"Em...kawan kau..." Amelia mengetap bibir, tidak meneruskan kata katanya. Hafiz dijeling.
"Hafiz? Kenapa?" Ammar jongket kening.
"Dia dengan Mak Nah saudara ke?"
"Em, dia anak saudara Mak Nah. Dan anak susuan Mak Nah." Ammar menjelaskan.
"Oh..." Amelia terangguk angguk. "Aku...tak tahu nak cakap apa. Bersyukur sangat dia datang malam tadi."
Ammar tersenyum. "Nasib baik dia boleh datang. Aku risau betul."
"Kau yang call dia suruh datang?"
"Sebab dia satu satunya kawan yang aku paling percaya. Bila aku amanahkan dia untuk jaga kau, aku tahu dia takkan apa apakan kau. Aku tahu dia akan betul betul jaga kau."
Amelia mengukir senyuman nipis. Hafiz dipandang. Serius dengan panggilan telefon.
"Ha, pandang la pandang."
Amelia terus menoleh pada Ammar. Tersengih menutup malu. "Pandang sikit saja. Takkan nak pandang kau saja. Bosan juga..."
"Amboi, Cik Amelia..."
Amelia terus tayang gigi. "Gurau..."
Hafiz yang sudah menamatkan talian kembali ke beranda. Hanya satu anak tangga naik ke beranda rumah Mak Nah yang agak luas itu. Muatlah set kerusi dan meja kopi di situ. Malah, ruang di depan sofa itu masih luas sebelum masuk ke pintu utama rumah.
Sebaik saja Hafiz melabuhkan duduk di kerusi, Amelia serta merta diam. Hanya Ammar yang rancak berkata itu ini.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...