Patah hatiku keranamu
Hancur harapku kepadamu
Dan dia segala yang kau puja
Dunia bersamanya yang sempurna🌷🌷🌷
"Tak apa, Mak Nah. Saya bayar." Hafiz segera mengeluarkan duitnya belum sempat Mak Nah mengeluarkan beg duit.
"Eh, Hafiz. Tak payah la." Mak Nah menolak. "Lagipun ni semua tudung Lia. Biar Mak Nah saja yang bayar."
"Mak Nah... tak apa. Ya?" Hafiz berkeras dalam pujukan lembutnya.
Mak Nah menggeleng. Amelia yang sedang menunggu di bangku di luar butik dipandang sekilas.
"Ni kalau Lia tahu kamu yang bayarkan, mahunya tak nak pakai ni." Mak Nah mengomel membuatkan Hafiz tergelak kecil.
"Takkan lah tak nak pakai pula, Mak Nah?"
Mak Nah turut tergelak. "Tak ada lah. Tadi pun beria dia cakap. Guna duit Mak Nah dulu. Nanti dah gaji, dia bayar. Yang tu la dia cakap setiap kali dia ambil tudung tu."
Hafiz tersenyum. Amelia dipandang. Comel saja gadis itu. Melilau lilau memandang orang yang lalu lalang di depan butik itu.
Beg kertas yang dihulurkan oleh pekerja butik dicapai. Dia dan Mak Nah beriringan keluar dari butik, menuju ke arah Amelia.
Namun, belum sampai ke muka pintu butik, Hafiz menangkap kelibat seorang lelaki. Menerpa ke arah Amelia sebelum menarik gadis itu untuk berdiri. Sekelip mata, tubuh Amelia dipeluk lelaki itu.
Hafiz tercengang. Jantungnya berdegup kencang. Tangannya yang terasa menggigil dicengkam kuat.
"Hafiz, tolong Lia tu!"
Suara cemas Mak Nah di sisinya serentak dengan tepukan dibahunya membuatkan Hafiz tersedar. Baru jelas di pandangannya, Amelia yang meronta minta dilepaskan.
Beg kertas pantas bertukar tangan dengan Mak Nah. Hampir berlari dia keluar dari butik mendapatkan Amelia.
"Hey!" Hafiz melaung. Tubuh lelaki itu ditarik menjauhi Amelia.
Wajah Amelia yang memerah dijeling sekilas sebelum dia menolak kasar tubuh lelaki itu.
"Mel...!" Lelaki itu memanggil keras. Dia berusaha kembali mendekati Amelia namun sekali lagi Hafiz menghalang.
"Dia girlfriend aku! Kau jangan masuk campur!" Serentak itu, tangan Amelia direntap kasar ke arahnya.
"Aku Mukhriz. Kau tak ingat aku?"
Amelia menelan liur. Tangan lelaki yang bernama Mukhriz itu sudah naik menekap lembut di pipinya.
Hafiz tercengang. Wajah lelaki itu dipandang lama. Ya, lelaki ini. Yang bersama Amelia dulu. Jadi, namanya Mukhriz. Serta merta Hafiz teringat pada rantai yang dimiliki Amelia.
"Lepaskan saya..." Pinta Amelia lalu menolak tubuh Mukhriz agar menjauhinya.
Pandangan Mukhriz padanya berubah kelam. Perlahan lahan Mukhriz berundur ke belakang.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
Fiction générale~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...