Bab 45

6.3K 396 55
                                    

Ku cuba mengerti
Siapa diriku
Dalam hidupmu








🌷🌷🌷







"Aku terserempak dengan suami kau masa appointment kau semalam."

Amelia pantas menoleh pada Kirana. "Dia...dah balik? Dia dah ada kat sini?"

Kirana angguk. "Dia tanyakan kau."

"Kau cakap apa?"

Hela nafas perlahan, Kirana menggeleng. "Aku cakap aku tak tahu apa apa."

Amelia terdiam. Telan liur. Dan seketika dia kembali pandang Kirana. "Dia buat apa kat hospital? Dia... dia sihat kan? Dia tak apa apa?"

"Kau tak nak jumpa dia sendiri?" Kirana capai tangan Amelia. "Kau tak rindu dia ke?"

Amelia ketap bibir. Mata berkaca.

"Sampai bila kau nak sembunyikan diri? Tengoklah kau sekarang. Kau sakit Mel. Kau sakit."

"Sebab aku sakit, aku tak nak susahkan dia. Aku tak nak jadi beban pada dia. Mungkin hanya dengan cara ni, dia akan lupakan aku bila aku dah tak ada nanti."

Kirana menggeleng kesal. "Dia terdesak cari kau. Kesian lah dia, Mel. Dia betul betul rindu kau."

Amelia menggeleng. Mata mula berkaca. "Aku tak boleh terus susahkan dia. Dia dah banyak berkorban untuk aku. Dia abaikan perasaan dia semata mata nak jaga perasaan aku. Dia seksa diri dia hanya sebab nak jaga diri aku. Aku tak nak dia tunggu aku. Aku nak dia teruskan hidup macam biasa bila aku tak ada nanti."

Kirana meramas kuat tangan Amelia. Mahu memberikan kekuatan pada temannya itu.

"Kau tahukan kau masih ada peluang untuk terus hidup kalau kau buat pembedahan tu."

"Peluang 30% tu?" Amelia menggeleng. "Aku tak nak mati dalam bilik bedah, Kirana. Biarlah aku macam ni. Perlahan lahan hilang dari dunia ni."

Kirana mengeluh. Tak setuju dengan keputusan Amelia. Tangan Amelia dilepaskan. Masing masing sudah terdiam.

"Ayah mertua kau masuk wad."

Amelia menoleh pada Kirana. Lengan gadis itu ditarik agar Kirana memandangnya. "Kenapa? Apa jadi?" Terdesak dia bertanya.

"Hafiz cakap jatuh bilik air. Strok. Tambah dengan penyakit dia lagi. Buah pinggang kan?" Kirana meminta kepastian.

Amelia pantas mengangguk. "Habis tu macam mana keadaan abah? Bila lagi dia kena ni?"

"Dah seminggu lebih dalam wad. Baru beberapa hari lepas sedar. Tapi masih lemah. Aku pun tak pasti. Kau pergilah jenguk."

Amelia terdiam. Wajah gusar. "Kau hantarkan aku, ya. Petang ni, boleh?"

Kirana tersenyum nipis. Mengangguk. Berharap Amelia dan Hafiz bertemu.

Petang itu, sesudah solat asar, Amelia terus bersiap siap untuk ke hospital. Dadanya berdegup kencang sedari tadi. Rasa yang sukar digambarkan.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now