Bab 38

4.6K 330 20
                                    

Kamu selalu mencintai aku
Kamu tetap percaya pada ku
Maafkan aku
Ku takkan mungkin sempurna










🌷🌷🌷





Kaki melangkah ke arah Amelia dan Mukhriz. Perit di perutnya tak dihiraukan. Tangannya sudah menggigil menahan sakit.

"Awak dah balik, Lia?" Hafiz bertanya sebaik saja Amelia didekati.

"Ya. Sa...saya dah balik. Saya tak apa apa. Ustaz...bukan ke ustaz masih kat hospital?" Tersangkut sangkut Amelia bersuara.

Hafiz tidak menjawab. Mukhriz dipandang. "Terima kasih, sebab hantar Lia balik."

Mukhriz hanya tersenyum sinis. Dia memandang sekilas pada Amelia sebelum kembali ke kereta.

"Ustaz..." Amelia memanggil sebaik saja kereta Mukhriz menghilang.

Hafiz menoleh pada Amelia. Jelas wajah resah gadis itu pada pandangannya.

Nafas dihela berat. Cuba menenangkan diri. Ya, dia hampir hilang akal. Bergegas pulang ke rumah dengan teksi.

Mengambil kereta dan menyalin pakaian, dia keluar untuk mencari gadis itu. Dan tadi dia segera ke sini apabila terserempak dengan kereta Mukhriz.

Sampai saja, dilihatnya Amelia berpegangan tangan dengan Mukhriz.

Jujur, dia mahu menengking gadis di depannya ini. Mahu menghamburkan segala amarah dan cemburu. Tapi, ini tunangnya. Yang bakal menjadi isterinya.

Bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan kekerasan.

"Lia...saya betul betul risau. Kenapa buat macam ni?" Lelah soalannya.

Amelia terus menunduk. Rasa bersalah.

"Awak cakap Mukhriz tak bagi awak balik."

"Ya...tapi tadi saya cuba pujuk dia dan...dia setuju untuk hantar saya balik. Saya tak sangka ustaz akan datang sini." Hafiz dipandang dengan ekor mata. Wajah masih menunduk.

Hafiz diam. Pelbagai andaian merasuk fikiran. Ada apa apakah yang terjadi? Mengapa begitu mudah Mukhriz menghantar Amelia pulang setelah sanggup menikamnya.

Mata dipejamkan. Rasa berpinar pandangannya. Tangan terus menekup di perut apabila lukanya terasa semakin berdenyut ngilu.

Amelia membulatkan mata. "Ustaz...! Darah!" Refleks, tangannya terus menekup di atas tangan Hafiz.

Sebelah lagi memeluk pinggang lelaki itu, memapah ke beranda rumah.

"Lia..." Dengan wajah berkerut, Hafiz menolak tangannya.

"Ustaz ni kenapa? Dah berdarah macam ni pun nak berkeras lagi ke?" Amelia memarahi.

Hafiz memandangnya. "Bukan macam tu, Lia. Tapi tolonglah, jaga batas awak. Bukan dengan saya saja, lelaki lain juga. Awak...pegang Mukhriz tadi, perlu ke?"

Amelia terdiam.

"Berkali saja ingatkan awak kan? Kenapa degil juga? Kenapa tak dengar kata saya? Tak boleh, cuba berkeras dengan Mukhriz bila dia sentuh awak?" Lesu saja Hafiz bertanya.

Amelia menundukkan wajah. Bibir diketap kuat. Dia sudah hampir menangis.

"Saya dah cakap pada ustaz. Saya bukan baik. Saya bukan sempurna. Saya tak layak dengan ustaz. Tapi ustaz cakap tak apa. Sekarang, apa dah jadi? Belum kahwin lagi ustaz tak dapat terima saya yang macam ni?" Bergetar suara Amelia.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now