Bab 19

4.4K 356 29
                                    

Kau pergi tanpa pesan
Kau selalu kukenang
Kau tinggalkanku
Dan kau pergi jauh











🌷🌷🌷




"Awak tahu bawa kereta, Lia?" Hafiz bertanya. Amelia dijeling sekilas sebelum kembali memakukan pandangan pada jalan raya di depan.

"Tahu...tapi tak ada lesan." Kemudian, dia termangu seketika. "Eh, ke saya dah ada lesen?"

Hafiz tersengih. "Tak ingat?"

"Em, nanti saya tanya Ammar. Dia tahu kut." Amelia memutuskan. Nafas dihela sebelum membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Macam mana agaknya kehidupannya dalam tempoh beberapa tahun sebelum kemalangan itu. Memorinya langsung tiada. Kosong. Entah bagaimana mahu mengembalikan ingatannya.

"Ustaz..."

Hafiz menjeling lagi sekilas pada Amelia sebelum menyahut.

"Ibu ustaz meninggal kenapa?"

Hafiz diam seketika. "Kenapa tanya?"

Amelia mengetap bibir. Memejamkan mata seketika. "Ibu dengan ayah saya meninggal depan mata saya tapi saya tak ingat apa apa. Saya tak tahu macam mana keadaan mereka sebelum meninggal." Perlahan Amelia berkata.

"Lia..."

Amelia kembali memejamkan mata. Wajahnya terus dipalingkan daripada menghadap Hafiz.

"Percayalah Lia. Ada hikmah semuanya terjadi. Awak mungkin takkan kuat bila awak ingat macam mana keadaan mereka. Mereka...terbakar dalam kereta tu, Lia. Awak mungkin tak nak ingat semua tu. Awak takkan bersedia untuk semua tu."

Esakan halus Amelia kedengaran.

"Nur Amelia..."

"Ibu dengan ayah terbakar...dan saya tak mampu buat apa apa untuk mereka." Sebak suara Amelia.

Hafiz menarik nafas panjang. Salah kata katanya. Kereta dihentikan di tepi jalan.

"Nur Amelia..." Hafiz menyeru lagi. Amelia dipandangnya. "Jangan macam ni. Tak baik, Lia. Saya minta maaf kalau kata kata saya buat awak sedih. But seriously, Lia. Awak kena bersedia. Bila ingatan awak dah pulih, awak akan ingat apa yang berlaku malam tu. Awak akan ingat macam mana kemalangan tu berlaku. Awak akan ingat macam mana keadaan ibu ayah awak masa kemalangan tu. Awak kena bersedia untuk semua tu. Saya tak nak awak terlalu bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga awak."

Hafiz menghentikan kata. Esakan Amelia kian menghilang.

"Awak kena kuat. Awak dah bertahan sehingga ke hari ni. Tabahlah Lia. Jangan salahkan sesiapa. Ujian ini untuk awak. Saya tahu awak boleh hadapinya."

Amelia mengelap air mata. Kepalanya diangguk lemah.

"Dah lah. Jangan nangis." Hafiz menarik tisu, menghulurkan pada Amelia.

"Lap hidung tu. Dah meleleh dah." Sempat dia mengusik.

Wajah Amelia memerah. Malunya! Boleh pula berdrama air mata depan Hafiz. Terus dia melarikan wajah dari terus menjadi tatapan Hafiz.

Hafiz tergelak kecil. Menggeleng, masih memandang Amelia.

Jangan menangis, Amelia. Hati saya ikut bersedih tengok awak macam ni.

Kereta kembali digerakkan. "Lia..."

"Ya..."

"Ibu saya...meninggal selepas lahirkan saya."

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now