Tak pernah duga semuanya terjadi
Kau tancapkan duri yang melukai
Hancur sudah semua harapku
Kau curangi cinta ini demi dia🌷🌷🌷
Mukhriz menolak pintu rumah tumpangan tempat biasa yang disewanya. Anak buahnya yang melepak di luar rumah disuruhnya beredar pulang sebelum dia terus masuk ke dalam rumah.Pintu dikunci.
Salah satu bilik di rumah itu yang berkunci dari luar dibuka. Pintu ditolak.
Sekujur tubuh Amelia yang duduk memeluk kakinya, bersandar pada katil. Mukanya yang ditekupkan ke lutut diangkat apabila pintu dibuka.
"Mel..." Mukhriz memanggil sebelum menutup pintu. "Makan dulu Mel. Aku tahu kau lapar."
Amelia merenungnya tajam. Mukhriz duduk berhadapan dengan gadis itu.
"Aku tak lapar."
"Jangan macam ni. Nanti kau sakit. Makan sikit, ya?" Mukhriz memujuk.
Amelia menepis apabila Mukhriz menolak bekas makanan padanya.
"Melia, jangan degil boleh tak? Makan sikit." Bekas makanan dibuka. Sudu diangkat, mencebok sedikit nasi sebelum disua ke mulut Amelia.
Gadis itu mengalih wajah.
"Makan."
Amelia menoleh dan terus menepis sudu di tangan Mukhriz. Jatuh terpelanting di hujung kaki lelaki itu.
Mukhriz mengeluh. "Mel, please. Aku cuba nak pertahankan hubungan kita."
"Nak pertahankan apa sampai kena kurung aku? Sampai kena tikam Hafiz?" Amelia sudah menjerit.
"Dia tak apa apa."
"Mana kau tahu dia tak apa apa?"
"Aku tahu. Aku yang tikam dia."
Amelia mengetap bibir. "Aku benci kau, Mukhriz. Aku benci. Kau jahat! Kau jahat!"
"Amelia!" Bahu Amelia dicengkam. "Kau yang jahat. Kau yang paksa aku buat macam ni. Aku dah bagi amaran. Kau tetap berdegil."
Amelia hanya diam. Bibir diketap kuat. Tangan Mukhriz ditepis dari bahunya.
"Kau tak adil pada aku..."
"Look who's speaking, Amelia. Apa yang kau buat pada aku, tu adil ke?"
Amelia merenung tajam wajah Mukhriz. Helaan nafas kasar dilepaskan. Dia bangun dari sisi katil, bergerak ke jendela. Langsir diselak.
Mukhriz hanya memerhati tindak tanduk Amelia sebelum dia turut bangun dan mendekati gadis itu dari belakang.
"Mel..." Bahu Amelia diusap lembut. "Aku minta maaf aku buat macam ni. Aku terdesak. Aku tak sanggup tengok kau dengan lelaki lain." Mukhriz menuturkan lembut.
Amelia memejamkan mata. Apabila tangan Mukhriz mula menjalar memeluk pinggangnya, terus dia berpaling ke arah lelaki itu.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...