Bab 23

4.3K 304 7
                                    

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta










🌷🌷🌷




Mata Qaseh terpaku pada pasangan yang baru masuk ke dalam dewan. Suasana yang riuh rendah sempena menyambut perkahwinan rakannya sudah tidak diendahkan.

Dia hanya memberi tumpuan pada pasangan yang berpakaian sedondan. Mesra, melangkah menegur pasangan pengantin.

Agak lama mereka berbual sebelum beralih ke meja bufet.

Qaseh tersenyum sinis. Hafiz tak ada, bukannya gadis itu seorang gadis yang terperap di rumah.

Dia melengah lengahkan masa. Sengaja, mahu mengintip gadis itu. Tak lama, dia dapat melihat wajah si gadis berkerut tak senang. Tangan beberapa kali naik memicit kepala.

Qaseh tersenyum. Telefon dikeluarkan apabila melihat si lelaki memaut bahu gadis itu untuk bangun.

Tangan mereka berpegangan, berlalu pergi dari dewan itu. Gambar yang ditangkap dilihat beberapa kali.

Bagus. Nampak sangat mesra.






🌷🌷🌷






Amelia menyandarkan kepalanya lemah pada tempat penyandar kerusi. Mata dipejamkan.

"Mel..."

"Kepala saya betul betul sakit ni." Amelia mengadu perlahan.

"Kau nak aku bawa ke klinik?"

Amelia menggeleng.

"Rehat lah. Nanti dah sampai, aku kejut kau." Mukhriz menyuruh dan selepas itu Amelia sudah tidak membalas.

Hari itu, Mukhriz yang minta ditemani ke majlis kahwin sahabatnya. Amelia ikutkan saja. Mak Nah tak kisah sangat Amelia selalu keluar bersama Mukhriz. Mungkin kerana lelaki itu yang pandai mengambil hati Mak Nah.

Kereta Mukhriz akhirnya masuk ke perkarangan rumah Mak Nah setelah hampir setengah jam memandu.

Amelia di sebelah dipandang. Keluhan lemah dilepaskan. Kesian gadisnya. Selalu sakit sakit begini. Sejak mereka selalu menghabiskan masa bersama, baru dia tahu keadaan kesihatan Amelia. Memang gadis itu selalu sakit kepala. Kadang kadang sampai pitam dan demam.

Teringat perbualan mereka dalam perjalanan ke dewan perkahwinan kawannya. Sempat Amelia merajuk dengannya.

"Abang sepupu kau, Ammar tu tahu ke kau keluar dengan aku?"

Amelia menoleh pada Mukhriz. "Saya tak pernah pula cakap dengan dia kalau saya nak keluar dengan awak. Kenapa?"

"Tak ada apa. Cuma...kalau boleh, kau tak payah cakap la dengan dia kita keluar."

"Kenapa?"

Mukhriz memandang sekilas pada Amelia dan terus berdiam diri.

"Ammar macam ada sorok something pasal kemalangan famili saya dulu. Dan sekarang, awak pula macam ni. Awak ada masalah ke dengan Ammar?"

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now