Hidupku hatiku
Kau lengkapi aku
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu
Yang lama ku tunggu🌷🌷🌷
"Mak Long, baru sampai? Jemput makan Mak Long. Makan kat dalam la." Amelia mengajak.
Jam sudah hampir menghampiri waktu maghrib. Pihak ketering sudah mengemaskan barang barang mereka dan semua hidangan yang masih ada dihidangkan di dalam rumah.
"Aku datang bukan nak makan."
"Tak apa la Mak Long. Alang alang dah sampai ni makan la dulu. Ke Mak Long nak Lia bungkuskan?"
"Tak payah!" Mak Long membentak.
Amelia terdiam.
"Aku datang ni nak ingatkan kau. Jangan kau ingat bila kau dah kahwin, kau boleh bahagia. Jangan ingat dosa kau dengan arwah ibu kau hilang macam tu saja. Kau tak layak bahagia setelah apa yang kau buat pada ibu dengan ayah kau." Telunjuk tepat ke wajah Amelia.
"Apa mak long cakap ni...?"
"Pembunuh. Kau pembunuh!" Geram Mak Long menyelar.
"Mak cik Pah." Kedengaran suara keras seseorang menegur.
Mereka sama sama menoleh. Amelia terus menunduk menyedari langkah Hafiz yang mendekat.
"Jangan cakap macam tu pada isteri saya. Saya mohon pada Mak Cik Pah. Jangan ganggu Amelia." Hafiz berkata, melingkarkan tangan ke bahu Amelia.
"Hafiz, kau tak tahu apa apa pasal dia. Dia tak sebaik yang kau sangka. Kau akan menyesal kahwin dengan dia. Percayalah cakap aku." Penuh bongkak, Mak Long menjeling tajam pada Amelia dan terus berlalu dari situ.
Hafiz menggeleng, melepaskan hela nafas perlahan. Bahu Amelia dipaut menghadapnya.
"Lia okey, sayang?"
Amelia angkat wajah. Terkesan dengan kata mesra dari suaminya. Hanya dengan sepatah panggilan itu, hati yang sedih terasa sudah terpujuk.
Tersenyum nipis. "Apa yang Mak Long cakap tu, tak betul kan? Bukan Lia yang bunuh ibu dengan ayah kan?"
Hafiz turut tersenyum. Wajah Amelia diusap. "Mana ada Lia pembunuh. Kalau tak dah lama polis datang tangkap Lia, sumbat dalam lokap."
Amelia tergelak. "Abang..."
"Masuk jom. Dah nak maghrib ni. Kita solat sama." Tangan Amelia pula diraih, membawa isterinya masuk ke dalam rumah.
"Alahai, pengantin baru ni. Asyik berpegangan tangan je." Syazira mengusik sebaik saja mereka masuk ke rumah.
Hafiz hanya memekakkan telinga. "Pergi ambil wuduk. Kita jemaah sekali." Hafiz menyuruh Syazira yang asyik tersengih sengih dari tadi.
"Ya lah. Tak sporting betul la." Syazira membebel sebelum menuju ke bilik air.
Hafiz menarik Amelia masuk ke biliknya. "Lia ambil wuduk dulu." Hafiz menunjukkan bilik air di sudut bilik.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
Aktuelle Literatur~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...