Andai rembulan
Tidak lagi bercahaya
Terangilah gelapku
Walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu🌷🌷🌷
Amelia melarikan pandangan ke sekeliling restoran apabila matanya bersabung dengan pandangan Hafiz. Berdegup kencang jantungnya. Serba tak kena kelakuannya.
Hafiz pula langsung tak mengalih pandang. Makin seronok menyakat melihat wajah merah padam Amelia.
"Awak dah fikirkan lamaran saya, Lia?"
Amelia menelan liur. Memandang Hafiz seketika sebelum menunduk memandang gelas minuman di depannya.
"Saya tak tahu..."
"Tak tahu kenapa? Sama ada ya atau tak saja."
Amelia angkat muka. "Dan kalau saya cakap tak?"
Hafiz terdiam. Merenung wajah Amelia sebelum menunduk. Wajah kembali diangkat dengan senyuman.
"Please jangan cakap tak."
Amelia tergelak kecil. "Tahu takut..."
"Sebab saya dah berharap sangat, Lia." Hafiz berterus terang.
Amelia menghela nafas perlahan. "Banyak benda saya fikir, ustaz. Saya dengan masih tak ingat apa apa. Padan ke saya dengan ustaz?"
"Bukan tu masalahnya."
"Habis tu apa masalahnya?"
"Masalahnya awak nak tak jadi isteri saya? Bina keluarga dengan saya? Hidup dengan saya sampai syurga?"
Amelia diam, menutup rapat bibirnya.
"Sudi?" Hafiz bertanya lagi.
"Ustaz macam mana?" Amelia tidak memandang Hafiz.
"Saya serius nak kahwin dengan awak, Lia."
"Ustaz suka saya?" Amelia memberanikan diri bertentang mata dengan Hafiz.
Nyata, lelaki itu hanya diam. Amelia berkerut.
"Ustaz suka saya ke tak?"
"Em, ya." Pandangan dilarikan.
"Apa ni? Cakap la suka ke tak." Amelia menekan. Bingung. Kalau tak suka kenapa ajak kahwin?
"Ya, Lia."
"Apa yang ya?" Amelia tetap mendesak. Payah sangat ke soalannya?
Hafiz mengeluh. "Habiskan minuman tu. Saya pergi bayar." Dia terus bangun.
Amelia memandang tidak percaya. Minumannya dibiarkan. Sakit pula hatinya dengan sikap Hafiz.
Mencuka saja wajahnya ketika Hafiz kembali ke meja.
"Dah?"
"Em..." Beg disangkut ke bahu. Langkah perlahan Hafiz diekori. Terkadang lelaki itu menoleh ke belakang, memastikan keadaannya.
Masing masing hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Amelia lagilah, wajahnya terus dipalingkan ke luar tingkap.
Dahi berkerut apabila Hafiz tidak melalui lorong masuk ke rumah Mak Nah. Terus dipandangnya lelaki itu.
"Nak pergi mana ni?"
"Kita pergi tasik kejap ya?" Hafiz memujuk lembut.
"Tak nak. Saya nak balik. Sekarang."
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
Fiction générale~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...