Kau genggam tangan ku
Saat diri ku lemah
Dan terjatuh
Kau bisikkan kata
Menghapus semua sesal ku🌷🌷🌷
"Abang..."
Hafiz menoleh ke belakang mendengarkan suara itu. Mata membesar. "Lia."
Amelia tersenyum kelat. Hafiz sudah meraih tangannya.
"Datang dengan apa ni?"
"Lia bawa kereta abang." Tenang menuturkan walau hatinya terlalu mahu mengetahui siapa perempuan yang sedang leka memerhatikan mereka ketika ini.
"Ya Allah, sayang. Tak sihat kan?" Wajah Hafiz berkerut. Tangan menekap di dahi Amelia.
Sedikit panas.
Mata Amelia singgah di wajah Sara. "Kawan abang ke?"
Hafiz menoleh pada Sara. Hampir hampir terlupa dengan kehadiran Sara di situ.
"Ni Sara." Tubuh Amelia dibawa ke sisi. "Kawan lama abang."
Dipandang pula Sara. Serba salah rasanya. "Sara, ni Amelia. My wife."
Wajah Sara jelas berubah. "Bi...bila awak kahwin?"
Hafiz tersenyum. "Baru saja. Tak sampai 2 minggu pun."
"Oh..." Sara menunduk. Kecewa. Wajah kembali diangkat dan seboleh mungkin dia cuba tersenyum.
"Saya minta maaf, saya tak tahu. Em, saya pergi dulu ya." Tersenyum, Sara mengangguk pada Amelia dan terus menarik beg, meninggalkan mereka.
Hafiz kembali menghadap Amelia. "Lia okey ke ni?" Tangan menekap di pipi Amelia. "Kenapa datang juga? Lia kata tak sihat kan?"
Amelia tersenyum meski hatinya tak senang. Rasa nak beritahu yang dia cemburu namun diri dirasakan tidak layak. Beruntung dia Hafiz masih melayannya baik walaupun mengetahui keadaannya.
"Lia ingat abang dah pergi."
"Tak, flight delay. Jom, kita duduk dulu. Abang suruh Fik belikan minuman untuk abang tadi." Tangan Amelia diraih, mereka mengambil tempat di bangku yang tersedia.
Amelia tidak menjawab. Wajah Hafiz direnung semahunya.
"Sayang..." Hafiz menegur. Tangan membetulkan lipatan tudung Amelia. Mesti kalut kalut isterinya keluar dari rumah.
Risau pula bagaimana Amelia boleh memandu dalam keadaan begini.
"Lia balik dengan Fikri kejap lagi. Abang suruh dia hantarkan Lia ke klinik. Kereta abang tinggal saja kat sini. Pandai pandai la Fikri uruskan."
Amelia hanya diam dan perlahan lahan dia menjatuhkan kepala di bahu Hafiz. Lengan suaminya dipeluk kemas.
"Sayang? Lia buat abang risau la macam ni..." Hafiz mengomel dalam mengusap tangan Amelia.
Angkat kepala, Amelia tersenyum. Air mata yang hampir mengalir diseka. "Lia akan rindukan abang."
Hafiz tersenyum senang. "Tunggu abang ya? Nanti abang balik."
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
Ficção Geral~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...