🌷🌷🌷
Amelia terjengket jengket keluar dari bilik setelah dipastikan ibunya sudah masuk tidur. Jam menunjukkan ke angka 11 malam. Ruang tamu sudah gelap gelita. Perlahan lahan, pintu utama dibuka.
Amelia menghela nafas kelegaan setelah berjaya keluar dari rumah. Kasut disarung pantas dan hampir berlari dia mendapatkan Mukhriz di hujung jalan.
"Lamanya bersiap." Komen Mukhriz sebelum memakaikan topi keledar untuk Amelia.
"Aku tunggu ibu tidur la." Balasnya sebelum terus melompat naik ke atas motosikal Mukhriz.
"Ayah kau?" Mukhriz menoleh sedikit ke belakang. Motosikal dihidupkan.
"Ayah tak jadi balik malam ni. Esok baru sampai rumah. Kalau ayah ada, aku tak setuju la nak keluar malam ni." Pinggang Mukhriz dipeluk kemas apabila lelaki itu melajukan pecutan.
"Kita tak ke tempat lumba malam ni." Menjerit Mukhriz bersuara, melawan angin dan bunyi bising motosikal.
Amelia meletakkan dagu di bahu Mukhriz. "Habis tu nak ke mana?"
Mukhriz tidak menjawab. Motosikal dipecut laju menbelah keheningan malam.
Akhirnya, motosikal dihentikan di sebuah pusat hiburan.
Amelia mengerutkan kening memandang Mukhriz yang sedang memarkir motosikalnya.
"Riz, ni tempat apa?" Hujung baju Mukhriz ditarik.
Mukhriz hanya tersenyum. Topi keledar diambil dari tangan Amelia, diletakkan di atas motosikal.
"Jom." Tangan Amelia diraih lalu mereka melangkah ke pintu masuk pusat hiburan itu.
Amelia memeluk lengan Mukhriz sebaik saja mereka masuk ke situ. Bunyi bising muzik, orang ramai dan bau asap rokok membuatkan wajahnya cemberut.
"Aku tak suka kat sini. Jom balik." Usulnya di telinga Mukhriz.
"Kejap la. Kita baru sampai. Aku nak jumpa kawan aku." Tangan Amelia terus diheret ke salah satu tempat duduk sofa yang kosong.
Jelas gadis itu sudah tidak senang duduk. "Riz..."
"Sabar sweetheart." Sempat tangannya mengelus rambut Amelia sebelum seorang lelaki mendekati mereka.
"Hei, Riz." Lelaki itu menegur sebelum mereka berjabat tangan. "Awek kau?" Lelaki itu menjuih mulut ke arah Amelia yang terus melarikan wajahnya.
Mukhriz mengiakan sebelum mereka mula berbual kosong.
Amelia mula berasa rimas. Sangat tak selesa. Kalau ayahnya tahu dia datang ke sini, mati dia ditibai. Lengan Mukhriz ditarik lagi.
"Ya?"
"Balik jom. Tak suka la." Keras suara Amelia.
"Kejap lah. Kau tunggu sini kejap." Mukhriz terus bangun bersama kawannya.
"Riz...!" Lengan Mukhriz ditarik. Kelat wajahnya.
"Kejap..." Tangan Amelia dileraikan sebelum dia terus menghilang di sebalik orang ramai.
Amelia merengus kasar. Nak menangis wajahnya memandang sekeliling. Wanita dengan pakaian tak cukup kain, leka menari dengan pasangan masing masing.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
Genel Kurgu~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...