Bab 13

4.6K 337 17
                                    

🌷🌷🌷




Mukhriz menghela nafas panjang setelah memasukkan beg pakaian ke dalam kereta. Dia memulakan perjalanan ke pekan tempat Amelia ditemui tempoh hari. Tekad. Selagi Amelia tidak dijumpai dia takkan pulang.

Keseluruhan kampung berdekatan dijelajahi namun langsung tidak kelihatan bayang gadis itu. Akhirnya, dia masuk ke sebuah tempat. Kereta dihentikan di sebuah warung tepi jalan. Penuh juga warung itu walaupun jam sudah menginjak ke angka 11 malam.

Setelah bertanya pada beberapa orang di situ, dia berjaya mendapatkan sebuah homestay untuk dia menginap malam ini.

Esoknya, hampir ke tengah hari barulah dia keluar. Terlajak tidur. Mana taknya, lewat juga dia dapatkan homestay. Kereta dihentikan di warung yang dia singgah semalam.

"Dapat ke homestay semalam?" Seorang lelaki yang ditegur malam tadi bertanya.

Tangan berjabat.

"Dapat. Terima kasih la tolong. Kalau tak, tidur dalam kereta la agaknya malam tadi." Mukhriz berkata, dibalas dengan ketawa dari lelaki itu.

"Datang sini buat apa?"

Mukhriz diam seketika. "Em, nak jumpa orang."

Lelaki itu angguk. Tidak mahu terus bertanya. "Makan dulu." Ajaknya.

Mukhriz tersenyum nipis sebelum beralih memilih makanan di kaunter. Dan ketika itu matanya terlihat seseorang yang baru memasuki warung itu.

Pinggan yang baru dicapai kembali diletakkan. Kaki melangkah ke arah susuk tubuh itu. "Hey..." Bahu lelaki itu ditepuk.

Hafiz menoleh. Kening berjongket. "Mukhriz."

"Ya. Aku."

Hafiz diam seketika sebelum melepaskan keluhan.

"Fiz, nasi air yang order pagi tadi." Seorang pekerja menegur, menghulurkan sebekas nasi air padanya.

Hafiz mengangguk, terus menyambut. "Terima kasih, ya."

Selesai membuat bayaran, Hafiz segera mengorak langkah ke kereta.

Mukhriz mengekorinya dari belakang. "Mana Amelia?"

Hafiz menoleh ketika mereka sudah berada di tepi kereta. "Kenapa cari dia?"

"Sebab dia girlfriend aku. Family dia dah tak ada dan dia sakit. Aku nak jaga dia." Tegas Mukhriz.

"Dah ada orang yang jaga dia. Kau tak payah risau."

"Siapa yang jaga dia? Kau?"

Hafiz menggeleng bosan. Pintu kereta ditarik.

"Siapa yang jaga dia!?" Mukhriz meninggikan suara.

"Dia ada keluarga angkat. Macam ni lah, Mukhriz. She'll be fine. With or without you."

Tubuh Mukhriz yang menghalang laluannya ditolak. Hafiz masuk ke dalam kereta. Bukan tidak perasan wajah berang Mukhriz tapi dia tidak peduli.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now