Bab 17

4.6K 332 12
                                    

Tenangkan hatiku
Jenuh aku mengubatnya
Buangkan rasa penatku
Kerana mengejar kamu









🌷🌷🌷



Mukhriz memerhati apabila Amelia kembali muncul di pintu rumah. Dia mengangguk sedikit pada Mak Nah yang turut kelihatan di situ.

Mak Nah hanya tersenyum sebelum kembali masuk ke dalam rumah.

Amelia turun mendekatinya. "Nak apa?"

"Kita keluar?" Pinta Mukhriz.

Amelia serta merta membuat muka. "Kat sini saja." Tangan disilangkan ke dada.

"Please Mel..."

"Sekarang dah lewat petang. Kalau keluar sekarang, nak balik pukul berapa? Saya duduk menumpang rumah orang. Awak ingat saya suka nak keluar masuk buat macam rumah saya sendiri?"

Mukhriz terdiam seketika. "Kalau macam tu, aku bawa kau ke KL? Ya? Tinggal dengan aku kat sana."

Amelia membuntangkan mata. "Awak ni mengarut la."

"Aku serius."

"Saya tak kenal awak dan saya tak percayakan awak. Nak tinggal dengan awak?" Dia menggeleng.

"Mel...bukanlah dengan aku. Maksud aku dengan famili aku."

Amelia makin berkerut. "Apa awak cakap ni? Boleh tak jangan cakap benda yang bukan bukan?"

Mukhriz menghela nafas perlahan. Amelia yang sudah memalingkan wajahnya ke arah lain dipandang lama.

"Kalau kau ingat, kau takkan layan aku macam ni." Ujar Mukhriz perlahan.

Amelia terus menoleh.

"Kau tak ingat aku, Mel. What should I do? Supaya kau ingat aku balik. Supaya kau ingat betapa aku sayangkan kau."

Amelia mendiamkan diri tidak membalas.

"Aku boyfriend kau. Kenapa kau layan aku macam ni?" Mukhriz bersuara lagi, lebih perlahan.

Amelia memejamkan mata seketika. "Saya tak ingat. Tolonglah faham."

Mukhriz diam seketika.

"Aku akan cuba faham kau. Tapi kau kena cuba faham aku juga. Boleh?"

"Awak nak saya faham apa ni?" Amelia angkat kening.

"Kau masih tak boleh terima aku sebagai boyfriend kau. Okey. Aku faham. Tapi, kau tak boleh halang aku daripada masih anggap kau sebagai girlfriend aku."

Dahi Amelia makin berkerut. "Jadi, sekarang ni awak bukan boyfriend saya tapi saya ni girlfriend awak?"

Mukhriz tergelak. "Boleh macam tu?"

Amelia mencebik namun dia tersenyum juga. "Awak ni pelik la, Mukhriz."

"Ni bukan pelik, Mel. Ni sayang. Kalau aku tak sayang kau, aku takkan beria macam ni."

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now