Aku memulas tombol pintu. Kunci. Lantas aku memasukkan anak kunci dan membuka pintu. Aku terpandang katil sebelah yang sudah kemas dengan cadar. Nampaknya roommate baru dah masuk. Junior pula kali ni.
"Tengah orientasi lagi rasanya", aku berkata sendirian.
Sudah dua tahun aku sebilik dengan senior. Aku sudah memasuki tahun ketiga, semestinya dia pula sudah bergraduat. Masa sebilik dulu, aku jarang bercakap dengan dia. Mungkin kerana tiada topik menarik yang boleh dikongsi.
Segera aku meletakkan barang-barang aku di atas lantai dan mengemas katilku. Satu persatu aku mengalihkan baranganku dari kereta ke bilik. Nasib baik la bilik tingkat bawah sekali, tak perlu bersusah payah nak naik turun tangga. Huh, dasar pemalas.
Aku membuka aplikasi Spotify, butang 'play' ditekan. Telefon pintar aku biarkan di atas meja belajar. Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil kadangkala menari-nari mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Bilik tidak perlu aku sapu seperti tahun-tahun sebelum memandangkan roommate baruku telah membersihkan bilik. Selalunya aku yang pertama sampai setiap kali awal semester. Aku menyusun barang-barangku di atas meja dan di dalam almari. Kemudian aku memasang cadar katil.
Tiba-tiba pintu bilik dikuak. Aku mengalih pandangan. Seorang jejaka kacak yang tinggi lampai memandang tepat ke arahku. Peluh menetes dari mukanya. Dadaku berdegup kencang. Dia ni ke roommate baru aku?
"Hai, baru sampai ke?", tegurnya.
"Ha'ah, baru je 15 minit yang lepas gitu. Baru habis orientasi ke?" Balasku sambil tangan sibuk memasang sarung bantal.
"Ha'ah. Riadah petang tadi. Malam ni aktiviti last. Abang tahun berapa?", dia melabuhkan punggung di atas katilnya sambil melihat gelagatku.
"Eh, tak payah panggil abanglah! Aku-kau pun okay. Kalau nak sopan sikit, saya-awak. Tapi macam gelilah pula en", balasku sambil tersengih-sengih. Dia hanya tersenyum.
"Tahun tiga dah", sambungku lagi.
"Ooooohhh. Anyways, nama saya Naim dari Kelantan".
"Hairul. PJ", balasku pendek. Alamak, abe klate. Patutlah helok. Memang taste aku lah cerita dia. Sedak abe sedak. Hehe.
Aku duduk di atas katil. Telefon pintar di atas meja belajar dicapai, lantas aku membuka aplikasi Twitter. Tiba-tiba Naim berdiri. Dia membuka bajunya. Aku mencuri-curi pandang melihat badannya. Fit dan cantik bersix pack. Ditambah lagi dengan peluh yang meleleh, aku menelan liur.
Tanpa mempedulikan aku, dia membuka seluarnya. Naim hanya berbrief boxer. Hampir terbeliak mataku, tapi aku berlagak tenang sambil mata masih lagi mencuri-curi pandang ke arahnya. Hmm, pakej! Besar betul bulge dia. Bulu-bulu halus di bawah pusat, happy trail menambahkan lagi seksi.
Aku perasan ada yang mengeras di dalam seluarku. Ah, damn it! Naim hanya berlagak selamba. Dia mencapai tuala lalu melilitnya di pinggang. Alatan mandian diambil lalu dia hilang di sebalik pintu menuju ke bilik air di hujung koridor.
Phew! Terseksa jiwa raga aku kalau ada roommate hot macam ni. Aku menggigit bibir. Susur masa Twitter di telefon pintarku terus aku tatal*.
Kringggg! Telefon pintarku berdering. Aku melihat nama yang terpapar. 'Sayang saya'. Aku tersengih lantas menjawab panggilan tersebut.
"Helloooo".
"Dah sampai bilik ke tu? Dah siap-siap kemas?" soalnya.
"Dah baru je siap ni. Tengah duduk-duduk keringkan peluh sikit. Kejap lagi nak mandi pulak", balasku.
"Okay, jaga diri, study elok-elok. Apa-apa telefon la", balasnya.
"InsyaAllah, I love you, bye!"
"I love you too, bye. Assalamualaikum".
"Waalaikumussalam", balasku seraya menamatkan panggilan.
Naim menerjah masuk. Kussss semangat. Terkejut aku. Dia hanya tersengih. Dadaku kembali berdegup kencang. Rambutnya yang sedikit kusut dan separa kering dengan air yang masih menetes ke badannya membuatkannya kelihatan sungguh seksi.
Aku menggigit bibir. Jadi, betullah orang kata. Lelaki ni kalau basah-basah baru lepas mandi memang ada aura menggodanya.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Aku tersentak.
"Pandang macam mana? Mana ada", balasku ingin menutup malu.
"Macam nak makan", Naim mengeyitkan matanya. Merah padam muka aku.
"Eh, sudahlah. Aku pula nak mandi. Kalau nak keluar jangan lupa kunci pintu", balasku seraya mencapai tuala dan alatan mandian menuju ke bilik air. Naim hanya tersenyum.
Eh, damnlah. Obvious sangat ke? Mana boleh macam ni. Tergugat aku. Kantoi nanti. Aku merungut sendiri.
*Kamus Dewan Edisi Keempat; menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur.
YOU ARE READING
Bayang (boyXboy)
RomanceNaim yang hadir sebagai roommate baru sedikit sebanyak mengganggu jiwa Hairul. Dalam diam Hairul mula menyukai roommate barunya itu. Amaran: akan ada beberapa chapters yang ada 18sx melampau. #First time menulis. Tak tahu la best ke tak.