Author P.O.V.
1 pagi.Yaein bangun dan membuka suis lampu untuk menukar pakaian kerana dia nak pergi keluar.Nak mencari orang yang membunuh ibu dan ayahnya dan mengumpul bukti.Bukti apa?Lambat laun korang akan tahu.Siang dia mungkin berlainan watak tapi malam dia lebih kepada bahaya sebab musuh selalu keluar masa tu dan itu juga menyebabkan Yaein menjadi seorang musuh.Lantas dia menukarkan pakaian kepada serba hitam.Nak undercover katakan.
Dia turun ke bawah membawa segugas kunci kereta dan melihat lampu belum tertutup.Dia pergi ke pintu rumah dan melihat papanya duduk di sofa.
"Yaein nak pergi mana?" Dia bertanya.Soalan yang Yaein paling tak suka.Ada je ceramah yang akan keluar.
"Keluar." Yaein terus memulas tombol pintu rumah.
"Yaein.Luar sana sangat bahaya.Jangan kata papa tak beritahu.Keluargamu telah mengamanahkan Yaein kepada papa tahu tak." Dia bersuara.
"Yaein tak akan berhenti papa.Jebal we already talked about this before.Why do we have to keep arguing about it? I'm not a kid anymore.I know how to take care of myself. Don't worry." Yaein terus keluar rumah dan pergi ke keretanya.
"Papa takut Yaein.Papa takut nanti Yaein akan lebih terluka lagi dan takut akan perkara yang tak diingini." Papa Yaein pun pergi ke atas dengan langkah yang berat.
Yaein P.O.V
Aku akhirnya datang ke tempat ni.Tempat yang mungkin sepatutnya aku tak pergi tapi harus.Apa pula aku merepek ni.Aku terus masuk ke dalam.Melepasi security guards yang menjaga.Kenapa mereka tak check aku? Malaslah nak tahu.Orang tak dapat tengok muka aku sebab menggunakan facemask,topi yang tersemat di kepalaku untuk menutup rambut dan hud hoodieku digunakan sebagai lapisan kepalaku yang kedua.Sepanjang berjalan ke tempat yang lebih terpencil,aku hanya menundukkan kepala.
"Eh macam pernah nampaklah pula." Aku memerhati sekumpulan lelaki bersama dengan perempuan di sebelah sesama mereka yang tidak jauh dari tempat dudukku.Cish mataku.
"Oh ya! What the hell?! Mereka lagi.Lagi-lagi lelaki dingin tu." Otakku pantas mengimbau perkara yang terjadi kat shopping mall tadi.Meremang bulu romaku.
"Biarlah.Yang penting aku harus mencari orang tua tu." Mataku liar melihat orang di sekeliling.Yang paling benci ada yang sempat buat maksiat kat sini.Urgh and bingo! yeah there he is! Sedang seronok berfoya-foya.Cish.
Aku mengambil kamera yang dibawa dan mengambil beberapa gambar.Aku harus tahu adakah dia terlibat dengan pembunuhan ibu dan ayahku.Tiada seorang yang membantuku.Aku hanya menyiasat sendirian.
"Takkan tak pergi tandas kot.Dah banyak minuman keras yang diminum.Kejap lagi bawalah perempuan kau tu ke hotel." Aku membebel.Aku pula yang nak pergi ni.Tak tahan ni.Seketika kemudian aku melihat dia sudah berdiri dan berjalan terhuyung-hayang ke tandas.Ini peluangku.
Aku berjalan pantas mengekori dia tetapi aku melintas sekumpulan lelaki tu.Aku menjeling sekilas mencari lelaki dingin.Sedang asyik bercerita dengan seorang perempuan.Ceh dengan aku kan lebih baik.Eh apa yang kau fikir ni Yaein.Aku menggeleng.Aku terpaksa memasuki tandas lelaki lalu aku menguncikan pintu tandas menunggu dia selesai membuang hajat.Dia terkejut apabila aku berbuat sedemikian tetapi dia hanya berdiam hingga selesai tugasnya.
"Dah kenapa kau masuk ke tandas lelaki?" Dia bertanya sambil tersengih berjalan ke arahku walaupun dia mabuk.Aku terkejut.Takkanlah tak cukup bagus aku bersembunyi.
"Terkejut macam mana aku tahu?" Dia ketawa dengan selekehnya.Aku segera mengambil sesuatu dari poket belakang seluarku.
"Bau kau.Harum sangat.Wangian wanita takkan lelaki nak pakaikan?" Dia berdiri di depanku lalu aku mengeluarkan sepucuk pistol di depannya.Aku dapat melihat sinaran matanya yang sedang ketakutan.
"Mr Dongwon." Aku tersenyum walaupun tidak dapat dilihat olehnya.
"M..macam mana kau tahu namaku?" Sah gelisah.Aku ketawa kecil.
"Antara ketua ahli kongsi gelap yang terbesar.Siapa tak tahu?" Aku ketawa.Menghamburkan ketawa yang paling besar.
"14 years old man.Don't you remember?" Aku ketawa lagi.
"Cakap apa?Aku tak faham apa kau cakap.Kata kenal aku.Aku tak pandai Englishlah." Culture shock aku.Apa lagi terbatuklah.Mak ai aku lupalah pula.Aku terus berlagak biasa.
"14 tahun orang tua.Lupa apa yang korang dah buat malam tu.Membunuh seorang ibu dan ayah kepada anak tunggal yang tidak mempunyai siapa-siapa." Aku melihat mukanya dah pucat lesi.
"K..kau..siapa?" Dia menundingkan telunjuknya ke mukaku lalu aku mendekatkan lagi pistol ke kepalanya.Hilang terus kemabukannya.
"Anak kepada sepasang suami isteri yang malang itu."
"Tak mungkin.Tak mungkin.Anak mereka dah matilah bodoh!" Dia memekik ke arahku."Sedapnya mulut kata orang dah mati.Eh kau ni,kahwin pun belum aku." Ingin saja aku menembus kepalanya dengan butir peluru.
"Tak.Dia dah bunuh kau.Im Yaein.Bukankah dia dah bunuh kau?" Dia memandangku.
"Im Yaein belum mati..Aku.." Belum sempat aku bercakap lebih lanjut,satu ketukan pintu dilakukan pada pintu tandas lelaki ini.
"Kau.Takpe kau bagitahu yang lain yang aku akan datang." Aku terus menekan kepalanya dengan pistol yang aku pegang.Dia mengangguk dengan laju.Aku terus memasukkan pistol balik dan pergi ke sinki acah membasuh tangan.Ketukan didengar lagi tapi dengan lebih kuat.Aku pandang ke arah pintu tersebut.Orang tua tu masih tercegat di sana dengan muka terkejut.
"Dah kenapa? Bukalah dan berambus." Dia mengangguk dan membukanya terus berlari ke luar.Aku melihat lelaki yang mengetuk pintu tersebut.Gulp.Lelaki dingin itu.Dia pandang ke arahku terus aku larikan pandanganku ke arah tanganku.Dia berdecit lalu terus buang hajat.
'Pergilah Yaein buat apa lama-lama tu.' Aku masih lagak membasuh tangan kenapa kakiku melekat di lantai.Aku melihat dia sudah melangkah ke sinki.Eh kejap lelaki tua tu belum basuh tangan lagi eww kotor nasib aku tak pegang tangan dia.
Dia membasuh tangan di sebelahku dan baru kakiku boleh melangkah keluar.
'Huh nasib boleh berjalan lagi.' Dapat ku dengar derapan kakinya di belakangku terus aku mempercepatkan langkah.Aku dan dia dah keluar dari tandas tapi aku tak mengambil jalan depan.Aku ikut jalan belakang.Mana tahu ada geng lelaki tua tu nanti tunggu aku.Tak ke naya aku ni.
Selepas aku mengambil beberapa langkah ke pintu belakang,tanganku ditarik oleh orang.Aku memejamkan mata dengan rapat dan menjerit kecil apabila si dia tiba-tiba berbuat sedemikian lalu melekatkan aku ke dinding.
'Takkanlah geng dia tu tadi.Huhu.' Berdegup pantas jantungku.Aku tahu dia merapatkan mukanya ke mukaku kerana dapat ku rasa dengusan nafasnya di mataku.Mestilah mata yang terasa sebab mulut dan hidungkan ditutup.
"Gorgeous."
YOU ARE READING
Trap Love ‡ Min Yoongi
FanfictionAku buntu. Kalaulah semua ini tak berlaku dari mula pasti aku tak akan berasa bersalah. Aku terperangkap dalam mainan ini.Perangkap cinta. A Min Yoongi Malay Fanfiction°