Yaein P.O.V
Aku bermundar-mandir di ruangan luar bilik ICU bersama dengan mama.Mama memang menangis semahunya mendengar keadaan papa dan Mark.Aku hanya mampu resah memikirkan segalanya.
~flashback
"Anna?" Mark menelefon kepadaku.
"Mark? Kenapa ni?" Aku resah.Mark kedengaran seperti dalam kesusahan.
"Kau datang sekarang uhuk huks."
"Mark! Kau kenapa ni?!"
"Kau datang je! Cepat! Ke rumah Jinyoung ni."
"Tapi .."
"Jangan banyak tanya kang aku mati." Sebelum aku ingin bertanya lebih lanjut dia sudah mematikan panggilan.Aku terus ambil kunci kereta lalu menuju ke kereta.
"Yaein pergi mana tu?" Mama bertanya tapi aku tak boleh bercakap dengannya kerana aku perlu cepat.Keretaku terus menyusur di jalan raya dengan laju.
Aku berasa sangat risau.Entah-entah Jinyoung ada buat sesuatu dekat dia.Papa! Aku teringat dekat papa juga sebab mereka berdua keluar bersama.Sumpah kalau mereka ada buat sesuatu kat papa dan Mark aku tak akan sesekali melepaskannya.
Apabila aku sampai,aku nampak beberapa buah kereta polis dan ambulans.Honestly everything were completely in chaos.Aku terus berlari ke rumahnya dan bertembung dengan Mark diusung keluar.
"Mark!" Aku terus mendekatinya dan mendapati dia terluka di dada bahagian kirinya.Kesan tembakan semestinya.
"Mark! Jinyoung ke buat ni?!" Aku bertanya.
"Tak bukan kau pergi cari papa sekarang.Papa yang bersalah.Aku pasti dia pergi ke hutan sana." Dia berkata sambil batuk.
"Papa.."
"Cepatlah bodoh! Jangan nak melengahkan masa aku nak pergi hospital ni." Wuu aku mencebik lalu berlari laju ke hutan.Aku tercari-cari kelibat papa dan Su..Suga! Aku hanya mampu bersembunyi di semak samun untuk mendengar perbualan mereka.
"Tamatlah riwayat kau sekarang Yoongi.Sampai bila-bila pun kau tak akan dapat jumpa dengan Yaein." Yoongi? Aku mendapati papa ingin membunuh Suga.Tak aku tak boleh dia bunuh Suga.Aku keluarkan sepucuk pistol dari belakang poket jean aku lalu menembak papa tanpa berfikir panjang.Tembakan tu hanya terkena dekat bahunya.Papa terus menoleh dan sekumpulan polis datang lalu menangkap papa dan membawa Suga yang nampaknya kecederaan teruk.Gladly,mereka tak nampak aku.Bila sudah mendapati mereka dah pergi,aku terus pergi ke arah keretaku lalu pergi ke rumah.Aku harus mengambil mama sebelum pergi ke hospital.Aku tahu kalau aku telefon je,dia pasti akan pengsan.
And here she is.Aku juga tak sabar nak jumpa Mark untuk menanyakan apa yang telah berlaku.Ligat otakku berfikir tentang segala yang berlaku tapi tak boleh.Papa kat bilik lagi hujung untuk membuang peluru dekat bahu dia.Mark sedang dibedah sekarang ni sebab peluru tu terkena dekat dada kanannya.Kalau kat kiri fuh mampus kot.Suga dengan Jinyoung pula aku tak tahu dan aku tak nak ambil peduli.
Beberapa jam menunggu,Mark mahupun papa tiada siapa yang tahu keadaan mereka.Lamanya.
"Yaein?"
"Emm?" Mama memanggilku.Mungkin dah reda perasaan dia.
"Macam mana Yaein boleh ada di tempat kejadian?" Mama bertanya.
"Mark yang call Yaein.Sebab tu Yaein tergopoh-gapah dan tak sempat nak bagitahu mama.Lagipun kalau mama tahu pengsan lepas tu pula tu yang Yaein endahkan.Maaf." Mama hanya tersenyum.Tak lama selepas tu pintu bilik di mana Mark ditempatkan terbuka dan tersembul muka doktor yang merawat.Kami berdua terus mendapatkan doktor tersebut.
YOU ARE READING
Trap Love ‡ Min Yoongi
Fiksi PenggemarAku buntu. Kalaulah semua ini tak berlaku dari mula pasti aku tak akan berasa bersalah. Aku terperangkap dalam mainan ini.Perangkap cinta. A Min Yoongi Malay Fanfiction°