seventeen ‡

17 5 0
                                    

Yaein P.O.V

"Huwaaaa!!" Aku bangun dari tidurku.Entah tiba-tiba je tak mahu tidur lagi.Aku capai telefon dan melihat jam.Eleh baru pukul 10:00 pagi.

Aku pergi mandi dan bersiap lalu turun ke bawah.Aku pergi ke dapur dan melihat makanan di atas meja.Yeye nasi goreng ayam.Aku cedok sebanyak yang mungkin sebab aku mengidam nak makan.

"Urmmm sedapnya!" Aku bersendirian di rumah.Almaklumlah orang pergi kerja.Aku suap,suap dan suap.

"Hoi gelojohnya kau makan!" Aku tersentak.Hantu mana pula yang kacau aku ni bila aku sedang makan.

"Uhuks uhuks!" Mayday mayday!

"A..ir.." Kepala bana kau Mark.

"Huh?" Boleh pula dia tayang muka loyar buruk dia.

"Airlah bodoh!" Bila dia nampak aku macam nak ucap selamat tinggal je,laju tangan dia mencapai gelas lalu mengisi air tersebut dengan air dari paip di sinki.Lalu dia serahkan kepadaku.Aku meneguk rakus dan bertenang seketika.

"Gila kau hanat!"

"Wowowo.Mulut dah kenapa jadi longkang sangat?"

"Dahlah aku sedang makan kau sergah aku,bila aku nak mati dah,kau boleh buat muka tak tahu lepas tu bagi aku air dari air paip tu.Belum terhapus banyak kuman di dalam tu.Belum dimasak lagi.Tak guna kau eiii mahu je aku cekik kau ni." Walaupun aku masih marah tapi tangan masih lagi menyuapkan nasi goreng tersebut ke dalam mulut.

"Kau belum mati lagi kan itu pun nak kecoh.Dah baik aku bagi kau air.Takkan kau suruh aku masak dulu lepas tu tunggu dia masak lihat kau terkapai-kapai minta diselamatkan? Tak ke lagi dulu kau mati aku rasa." Aku hanya memberi jelingan maut.Tapi betul juga apa yang dia cakap tu.Haish kisah apa aku.Nak melawan lagi mulut dia itu bagai peluru yang tak habis-habis. (Takkan takde air masak kat dapur tu?ishishish)

"Ni kenapa kau tak pergi kerja?" Aku bertanya sambil menghabiskan sarapanku.Last touch.Gigit ayam sampai tinggal tulang.

"Kenapa? Tak suka tengok aku ada kat rumah?" Eishh itu pun cakap macam apa.Tak payah tanya tadi lagi bagus.Aku berura-ura ingin keluar dari dapur dengan secepat mungkin.Aku terus mempercepatkan langkahku ke sinki dan membasuh pinggan.

"Eh nak gi mana tu?" Dia bertanya.

"Kenapa? Tak suka tengok aku keluar ke?" Ha ambik kau.Tadi aku bukan main bertanya dia boleh pula lontar balik soalan kat aku.

"Eh itu pun nak marah."

"Kaulah.Aku tanya elok-elok kau siap bagi aku soalan lagi eii buat aku sakit hati je." Membara hati ini.

"Halah halah..janganlah merajuk.Ni mama dan papa suruh aku cuti sehari untuk jaga kau.Tapi kau okey dah kan.Nanti kita pergi shopping eh,aku belanja kau.Cakap je nak apa.You can count on me!"

Aku berfikir sejenak.Boleh tahan juga tawaran dia tu.Dia mengjongketkan keningnya,aku hanya buat tak layan kot kot masih sakit hati gayanya lah tu.

"Hemm yelah.Aku nak bersiap dulu." Dengan muka yang masam bersetuju dengannya,dia tersengih.Aku berlalu dan sesudah dia tak nampak,aku berlari gembira ke bilik.Siapa tak suka ada sponsorship kan? Hehe.Dia kata cakap je nak apa kan.

~skip

Mark P.O.V

Trap Love ‡ Min YoongiWhere stories live. Discover now