Yaein P.O.V
Aku bangun awal hari ini.Hari Isnin.Monday blue untuk semua orang kecuali aku.Aku turun ke bawah selepas mandi untuk menyediakan sarapan buat mereka.Aku mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak mee goreng.Selepas beberapa minit berperang dalam dapur,aku terus menghidangkannya di atas meja makan.
"Anna." Terhinjut bahuku.Tak guna punya budak.
"Tak payahlah nak sergah aku." Kalau aku ada penyakit jantung tak ke dah tercungap-cungap aku tadi.Mark mencebik.
"Bila masa aku sergah.Aku cuma kata Anna.Bukan BOO! ANNA! I bukan pakai nada yang besar you tau tak?" Dia membantah lalu mengambil tempat duduk yang biasa diduduki olehnya dengan memakai pakaian lengkap kerjanya.
"I you pula dah ceh." Aku menjulingkan mata.
"Buat lagi mata macam tu.Tak pasal-pasal selamanya kau begitu."
"Kamu berdua ni.Tak habis-habis.Pagi-pagi lagi nak bergaduh kerjanya." Papa mula masuk ke dapur bersama mama yang hanya menggelengkan kepala dengan senyuman yang lebar.
"Dia tu pa."
"Aku pula.Kaulah nak tuduh orang." Dia menjelirkan lidah kepadaku.Aku membalas balik.
"Dah.Makan.Haish kamu berdua ni.Nasib dah besar kalau masih kecil dah aku letak dalam stor kurung dalam sana.Ha bergaduhlah sepanjang hayatmu." Dia mula menyuap mee goreng yang telah aku hidangkan.Kami berdua diam tetapi masih bermain mata.
~skip
"Ma nak ikut pergi butik." Aku bertanya kepada mama selepas papa dan Mark pergi bekerja.
"Nak buat apa?"
"Yaein bosanlah." Mula memuncungkan mulutku.
"Jagalah rumah." Ei nampak macam tak nak je.
"Rumah dah baik dah buat apa nak jaga.Bila nak bekerja papa tak suruh pula." Aku mula menarik muka masam.
"Ha kalau Yaein pergi butik,tak buat apa-apa kan sama." Dia tersenyum.
"Apa yang sama.At least kat sana boleh tengok barang-barang,orang di luar dan gelagat costumers kan."
"Hmm yalah.Jom." Aku tersengih tanda gembira.
"Sukalah tu." Kami masuk ke dalam keretanya lalu keluar dari rumah.
~skip
Yoongi P.O.V
"Good morning putera beradu." Ungkap Namjoon semasa aku turun ke bawah dengan keadaan masih mamai.Well aku belum mandi lagi baru bangun.
"Putera beradulah sangat." Aku duduk di antara Namjoon dan Jin di atas sofa panjang.Mereka semua sedang menonton televisyen.
"Ei yang kau kat tengah ni kenapa? Menyemak je dahlah belum mandi." Jin berbunyi.
"Apalah sangat.Masih wangi lagi ni." Aku hanya membuat muka selamba.
"Kita yang jadi kutu malam bangun awal daripada dia." Hoseok menyampuk.
"Macamlah aku boleh tidur." Aku memejamkan mata sambil menyandar kepala di bahu Jin.
"Kenapa? Apa masalah awak pula kali ni." Jimin bertanya.
"Nothing." Aku mula bangun dan ingin melangkah pergi.
"Nak pergi mana?" Tanya Jungkook.
YOU ARE READING
Trap Love ‡ Min Yoongi
FanfictionAku buntu. Kalaulah semua ini tak berlaku dari mula pasti aku tak akan berasa bersalah. Aku terperangkap dalam mainan ini.Perangkap cinta. A Min Yoongi Malay Fanfiction°