Yaein P.O.V
"Anna?" Dia mula memanggilku.Aku tersentak dan mula mengangkat kepala memandang mukanya.
"S..Sug..Suga?" Aku pantas mengelap air mata yang menghalang pandanganku dengan tersedu-sedan memanggil namanya.Dia tersenyum kecil.Wua kecut perutku.Walaupun kecil je senyuman tu tapi sungguh menusuk jiwa.
"Ba..gai.." Dia pantas memotong kataku.
"Walaupun kau pakai wangi lain,auramu aku boleh rasakan." Aku mencebik.Ceh auralah sangat.Tolong jangan buat aku terseksa duh.
"Sinilah aku pujuk kau lagi." Dia membawa tangannya untuk memegang kepalaku tetapi aku menggeleng laju.
"Takpe.Aku dah lega." Betul tu.Lihat je mukanya membuat aku gembira seumpama dia merupakan jantungku untuk terus bernafas.Erk kolam mana kolam.
"Yeke? Tahulah aku ni handsome." Dia ketawa kecil.Mak ai sesiapa tolong call the ambulance to pick me up.Rapuh jantungku.Terasa rendah denyutannya.
"Yang kau pandang aku macam aku ni cute kenapa?" Dush anganku terpadam.
"Manade.Aku pandang macam nak tikam kau adalah." Tikam kat hati you.Dapatkah kau merasa pisau cintaku auch.
"Haah yelah." Dia menggeleng kecil.Kenapa perbuatan kecilnya begitu memikat.Kalau besar mahu mampus aku rasa.
"Tak sangka ini kali ketiga kita berjumpa." Dia menghela nafas kecil.Apasal dari tadi asyik kecil je?
"Jodoh kot." Aku menjawab perlahan tetapi masih singgah di telinganya.
"Jodohlah sangat." Menggeleng lagi dengan senyuman nipis.Remuk hati aku nak nangis lagilah huhu.
"Nak nangis lagi ke?" Shit.Macam boleh baca minda aku pula.
"Gila ke apa.Dahlah aku nak balik dah ni." Aku mula bangun dari duduk.
"Balik? Nak aku hantarkan?" Dia mempelawa aku.Eh nak tapi kereta aku macam mana.
"Tak payahlah.Aku ada kereta.Susah-susah je." Aku ketawa janggal.
"Tak susah pun untuk kau." Dia bersuara kecil.
"Eh? Kau cakap apa tadi?" Aku adalah dengar tapi tak jelas macam cakap ngan semut je.
"Takde apa-apa.Kalau macam tu aku hantarkan kau sampai kereta kau boleh?" Aku teragak-agak.
Kenapa?
Malulah berjalan dengan bakal boyfriend.
Eh?
MUAHAHAHAHA
"Tapi kereta aku kat hujung tu.Tak mengapa ke?" Maklumlah masih tinggal kat tempat parking tadi dekat restoran.
"Bukannya jauh pun.Apalah sangat setakat mengambil beberapa minit ke sana." Dia pun mula bangun dan menarik tanganku.Aku bereaksi terkejut.Please don't let me go eh tak boleh tak boleh.
Dia perasan akan mukaku yang lain itu apabila aku hanya mengikut langkahnya menghala ke keretaku.
"Er..sorry aku tak sengaja." Dia mula melepaskan tanganku.Alahai sampai bila-bila pun boleh pegang.Lebih dari tu pun boleh.Eh eh warning alert 18+.
Yoongi P.O.V
Mukanya yang aku nampak terkejut terus aku lepaskan peganganku.Dia pula mula mengusap pergelangan tangannya.Takkan jijik kot.
YOU ARE READING
Trap Love ‡ Min Yoongi
FanfictionAku buntu. Kalaulah semua ini tak berlaku dari mula pasti aku tak akan berasa bersalah. Aku terperangkap dalam mainan ini.Perangkap cinta. A Min Yoongi Malay Fanfiction°