twenty ‡

25 5 0
                                    

Yaein P.O.V

Jujur aku katakan aku tak tahu perasaan aku sekarang ni.Aku rasa kosong.Kosong sangat.Aku tarik nafas dalam dalam lalu aku hembuskan nafasku yang berat.Aku bersandar di pintu bilikku dengan suasana yang gelap macam hidup aku sekarang ni.

Kakiku tiba-tiba tak boleh nak menampung tubuhku lalu aku perlahan-lahan melurut jatuh ke lantai.Tak lama kemudian,satu titisan air mata mula jatuh meratapi perasaan ini dan semakin galak air mata jatuh.Tangan kiriku dibawa ke mulut daripada mengeluarkan sebarang bunyi esakan.Perit sangat.Tanganku yang lagi satu aku bawa ke dada lalu aku pukul dadaku sekuat mungkin.Sakit.Sakit sangat.

Baru aku tahu hidup di dunia ini tak semestinya kegembiraan selalu.Tapi hidup aku kenapa kedukaannya sangat perit.Kita semua ada kepercayaan masing-masing tetapi kepercayaan aku bolehkah diharap? Wujudkah? Bila tiap kali aku meminta untuk kesenangan,kenapa kesusahan saja yang banyak datang? Bahkan kesusahan aku bukan ringan yang dihadapi malah sangat berat.

Satu perasaan yang wujud hadir dalam hati,kenapa ia diragut? Bila aku nak rasa bagaimana rasanya jatuh cinta dengan seorang lelaki,kenapa ada benda yang halang? Aku tak layak ke dicintai atau mencintai? Hidup aku memang malang macam ni ke? Sadis sungguh.Aku tak kuat.Kenapa mesti diuji dengan dugaan atau cabaran yang sangat sukar untuk dihadapi?

Aku sangat cinta akan ayah dan ibuku kenapa mereka pergi sebelum sempat aku balas jasa mereka? Cintaku kepada mereka merupakan sayang yang teramat.Aku sayang sangat kedua ibu bapaku.Bila berbuah kembali perasaan itu apabila dengan Suga kenapa pula dihalang perasaan tu dengan kenyataan yang sukar untuk aku terima? Perasaan inilah yang amat perit bagiku. Haruskah aku teruskan dendam aku atau lupakan saja dan berbahagia? Kalaulah semua ini tak berlaku dari mula pasti aku tak akan berasa bersalah.Cuba aku tahu dari mula yang Suga tu anak dia pasti aku dapat tunaikan janjiku.

Aku terperangkap dalam cinta.Kenapa ada benda yang nak halang aku ni? Cinta ini kadang-kadang boleh membunuhkan? Sangat kejam juga bila kau dah bagi separuh hati kau tetapi dipecahkan dalam waktu yang sama.Memang macam tak boleh hidup bila ada separuh hati je yang masih suci tetapi separuh hati lagi dah rosak dengan luka dan parut oleh puncanya.Memang perlu masa yang lama untuk sembuh.Lama.

"Ayah,ibu Yaein nak buat macam mana ni? Memang payah nak kotakan janji bila Yaein dah mula cintakan Suga." Ye aku belum bunuh Suga lagi.Aku lepaskan tembakan mengenai bumbung kereta ayahnya.Aku sengaja sebab aku tak sanggup nak buat.Aku terus lari selepas tu takkan nak tunggu kat situ tunggu masa nak dibunuh pula kan.Lama aku berfikir.Tetapi aku buntu.Aku bangun dan aku tak nak jadi gila dengan sebagai masalah yang payah nak disettlekan.Aku lihat jam dan jam dah menginjak nak pukul 5 pagi.Aku walaupun selalu jadi burung hantu,tetapi sungguh mata ku tak ada segala bag bag itu atau dark dark and so whatever.Aku melakukan benda yang aku nak lakukan dan berharap dapat melegakan kepalaku.

Aku hanya menunggu mama untuk mengejutkan aku.Ya aku tidak tidur sama sekali sampaikan mata aku sekarang pun masih segar.Aku rasa tak payah mandi kot.Aku dah mandi pukul 5 pagi tadi.Itulah benda yang aku nak lakukan.Sekarang dah kul 8 pagi lebih.Segarlah sangat mindaku sekarang.Di otakku banyak sekali permainan di dalam.Sampaikan aku berasa pening nak main yang mana satu.Aku masih tak boleh nak berhenti berfikir.Tapi hampa aku masih buntu.Otakku pun rasa macam nak meletup sudah.Jenuh bermacam posisi aku berfikir.Sekarang aku tengah baring.Bukan posisi yang untuk..emmm tahu jelah ye.

"Yaein." Mama masuk dan aku terus duduk di atas katil.Mama melangkah kepadaku dan mula duduk berhadapan denganku.

"Eh dah mandi dah? Awal Yaein bangun." Aku hanya menayangkan muka poker face.Sungguh aku berasa lifeless.Kenapa ni? Bukan tadi dah segar ke?

Trap Love ‡ Min YoongiWhere stories live. Discover now