Yaein P.O.V
Dengan malasnya aku pusing ke belakang.
"Wah!" Aku kagum.Kagum? Ye aku terkejut lalu kagum.Apakah?
"Huh?" Dia menayangkan muka blur.
"Eh takde apa." Nak sorok wajah kat mana ni.
Siapa tu?
Siapa lagi Sugalah.
"Kau tak jawab lagi.Kenapa awak tiada mood."
"Mana ada.Aku ceria je."
"Sebab aku eh? Kenapa dah jatuh cinta ke kat aku sampaikan kau jealous bila aku cakap pasal perempuan lain." Cish jahanam kau.Perasannye.Tahulah aku macam tu tapi tak payahlah dia nak perasan kan?
"Sila meninggal." Aku terus laju meninggalkan dia sampaikan aku sudah termasuk lorong sempit yang boleh dikatakan untuk penyangak dan tiada jalan keluar.Tapi penyangak tak ada masa ni malam baru ada.Aku sepak dinding yang tiada jalan keluar dengan geramnya.Aku pusing dan badan aku terhempas terlekat di dinding tu.Alahai ada orang tolong balas dendam kat kau dinding.
"Kau ni dah kenapa?!" Aku menjerit.Mana taknya dia hempas orang macam tu.Aku tak suka.Dah dua kali ni.Kedua tangannya pula masih kemas menggengam bahuku.
"Aku tak suka orang tak jawab soalan aku." Kenapa aura dia rasa lain je.
"Kau dah kenapa? Bukan hal kau pun aku nak jawab ke tak." Annoying pula dia ni.
"Tch." Dia mendengus.Dia ni apahal? Apa pula salah aku kalau tak jawab soalan dia ni.Dia mula lepaskan aku dan pergi meninggalkan aku yang sedang terkebil-kebil.Aku menghela nafas berat sambil memandang ke bawah.
Tak semena-mena kepalaku terdongak ke atas dan sebelum aku menjerit,satu entahlah tapi sesuatu itu lembut menyentuh bibirku.Membulat besar mataku.Dia..dia..mencium bibirku.
Nafasku boleh dikatakan terhenti.
Duniaku mungkin berhenti berputar.
Masa terasa berhenti mengejut.
Hembusan angin sekilas menampar mukaku.
Mengapa? Satu perasan yang tak boleh aku terangkan mengalir di dalam tubuhku.Bila dia dapat rasakan aku tak memberikan apa-apa tindakan,dia mula menggerakkan bibirnya,mengurut bibirku.Aku tersentak membuat aku kembali ke alam nyata.
Aku menolak dadanya menjauhi aku.Aku mula berlari keluar dari tempat yang bermula ceritanya.Aku berlari pantas menghiraukan dia memanggil namaku.Aku terus masuk ke dalam butik mamaku.Mereka yang berada di dalam terkejut dengan kehadiran aku yang menerjah.
Mukaku merah.Aku masih terkejut lalu aku masuk ke dalam bilik mamaku untuk membuat kerjanya.Aku mula mengambil cawan minuman yang sedia ada lalu mengambil air minuman dan meneguknya dengan rakus.
Dapat aku rasakan mukaku bahang.Terasa panas sekali.Aku terkejut bukan kepalang.Aku memegang bibirku dengan perasaan yang tidak percaya.Dia mencium bibirku.Scene itu aku ulang beberapa kali di layaran mindaku.
Huh!
Aku
Sangat
Should I be happy?
Mama masuk ke dalam dengan muka yang What-Is-Going-On.
Mulutku terketar-ketar nak menyebut sesuatu.Macam bibirku ini sudah digam oleh si dia.
YOU ARE READING
Trap Love ‡ Min Yoongi
FanfictionAku buntu. Kalaulah semua ini tak berlaku dari mula pasti aku tak akan berasa bersalah. Aku terperangkap dalam mainan ini.Perangkap cinta. A Min Yoongi Malay Fanfiction°