Hazarul's POV
Hari ni aku akan berjumpa dengan Razlan, ex-housemate merangkap kawan baik aku semasa belajar dulu. Dia yang bekerja sebagai Sales Executive di bank, mungkin boleh tolong dan memudahkan kerja aku untuk menjejaki Athea. Selagi tak usaha, selagi itu takkan mendatangkan hasil. Aku yang bekerja sebagai Freelance Auditor menghadkan keupayaan aku.
Aku janji dengan Razlan yang aku akan berjumpa dengannya pukul 8 malam, di restoran tempat kami selalu lepak berdua. Selepas solat Maghrib, aku sempat berdoa supaya segala usaha aku memdatangkan hasil, supaya cepat aku menemukan Athea. Jam menunjukkan pukul 7.40 malam. Kawasan restoran yang dekat dengan rumah aku, hanya mengambil masa selama 15 minit. Kelibat Razlan tidak kelihatan sebaik sahaja aku sampai. Beberapa minit menunggu, Razlan pun sampai.
"Lan, aku nak minta tolong sikit boleh?" tanyaku kepada Razlan, sebaik sahaja dia mengambil tempat di hadapan aku.
"Tolong apa ni? Selalunya kau ni susah nak minta tolong orang lain. Orang yang minta tolong dengan kau."
"Aku ada masalah. Serabut aku." Aku meraup mukaku beberapa kali.
"Okay. Kalau ada masalah pun, janganlah serabut macam tu. Aku pun ikut sama nanti."
"Tolong aku, Lan." Aku sebak tapi aku tahan.
"Okay, okay. Kot ya pun sabar lah dulu. Order pun tak lagi ni." Razlan cuba berseloroh.
Aku segera memanggil pelayan. Sebaik sahaja kami membuat pesanan dan pelayan itu berlalu pergi, aku kembali meneruskan hajat aku yang tergendala tadi.
"Tolong aku trace Thea, please."
"Thea? Wait. Awek kau kan? Kau salah orang ni kalau nak minta tolong trace. Aku bukan polis."
"No. Dengar dulu. Thea... Dia..."
"Kenapa pula dengan dia? Bukan kau dah nikah dengan dia ke?" Kerutan di dahi Razlan menunjukkan yang dia mungkin berasa pelik. Semalam dia tak dapat hadir ke majlis aku, itu sebabnya dia tak tahu yang pengantin perempuan dah lari.
"Dia lari rumah. Kau pun tahu kan sepatutnya aku nikah dengan dia semalam, tapi dia dah lari. Sekarang ni aku tak tahu dia ke mana."
"Kejap, kejap. Aku tak faham. Kenapa dia lari? Bukan ke korang ni suka sama suka? Bukan kahwin paksa kan." Kerutan di dahi Razlan semakin bertambah. Mungkin dia berasa pelik.
Ya, Razlan tak tahu rahsia Athea. Dia tak tahu kenapa Athea lari. Dia tak tahu kenapa aku ambil keputusan untuk bernikah secepatnya dengan Athea. Dia tak tahu semuanya. Perlu ke aku cerita semua pasal Athea? Pasal Athea mengandung, kenapa Athea lari. Tapi itu aib dia. Tapi macam mana Razlan nak tolong kalau aku tak ceritakan perkara sebenar.
"Woii, kenapa termenung? Aku tanya ni. Boleh termenung pula."
Aku tersedar dengan sergahan dari Razlan. Mujur pelayan yang sedang meletakkan air di atas meja kami tak terkejut sama. Kalau tak, mandi teh tarik lah kami berdua.
"Sorry, sorry. Macam ni ceritanya..."
Aku memulakan cerita sebaik sahaja pelayan itu pergi. Aku terpaksa cerita dengan Razlan semuanya, dan dia berjanji akan rahsiakan perkara ni. Aku berhenti sekejap apabila pelayan tadi menghantar makanan yang kami pesan. Pinggan berisi nasi goreng daging merah aku tolak ke tepi. Tekun Razlan mendengar cerita aku. Ada kalanya dia mengerutkan dahi, ada kalanya dia seakan berfikir.
"Okay. Aku dah faham. Kiranya kau nak bertanggungjawab sebab kau dah terlanjur walaupun tu bukan anak kau tapi Thea tak nak menyusahkan kau dengan jadikan kau pak sanggup. Sebab tu dia lari. Kan?" Razlan membuat kesimpulan sebaik mendengar cerita aku. Suaranya agak perlahan. Aku mengangguk setuju.
YOU ARE READING
DIA, AYAH ANAKKU
Random"Mana tanggungjawab kau sebagai seorang ayah?" - Hazarul Amri "Siapakah yang harus aku pilih? Dia atau dia?" - Athea Qaisara "Masih adakah bahagia untuk aku?" - Iman Firdaus "Aku akan pastikan kau jadi milik aku satu hari nanti." - Haikal Hanafi "Si...