Athea's POV
"Aduhh!"
Perut yang semakin membesar aku usap. Dah tiba masa untuk aku melahirkan atau sekadar sakit perut biasa? Aku cuba sedaya upaya untuk bangun dari pembaringan.
"Mak... Abang Iman... Mak..." Perlahan suara aku memanggil Mak Yah dan Iman. Jam di atas meja aku kerling. Pukul 3.00 pagi. Semua orang sedang nyenyak tidur, mana mungkin boleh dengar suara aku.
Aku gagahkan diri untuk berjalan ke bilik Mak Yah. Sambil memegang perut yang semakin sakit, aku berjalan perlahan-lahan. Seperti ada cecair pekat yang mengalir di celah peha aku. Aku hiraukan dan teruskan berjalan. Ketukan yang sangat lemah dari aku tidak mampu mengejutkan Mak Yah.
"Mak... Tolong Sara... Mak..." Berkali-kali aku mengetuk pintu bilik Mak Yah. Akhirnya aku terduduk kepenatan. Sakit yang aku rasa betul-betul membuatkan aku semakin lemah. Tangan aku masih lagi mengetuk pintu bilik.
"Ya Allah, Sara. Iman! Bangun. Iman!!"
Aku dengar Mak Yah menjerit, tapi hanya sayup-sayup kedengaran. Perlahan pipi aku ditampar. Pandangan aku semakin kelam dan semakin gelap. Aku cuma dapat rasa badanku diangkat oleh seseorang. Iman!
"Abang..."
Iman's POV
"Iman, macam mana dengan Sara ni. Dah hampir 3 jam dia dekat dalam tu. Mak risau dengan Sara, dengan baby dia. Ya Allah, selamatkan Sara." Mak meyapu air matanya yang sejak tadi mengalir.
Mak masih lagi menunjukkan kerisauannya. Qaisara masih lagi berada di dalam bilik pembedahan. Hanya kelihatan beberapa orang jururawat yang keluar masuk. Entah apa yang dibuat oleh doktor di dalam, aku pun tak tahu.
"Mak sabarlah. Iman yakin Sara tak apa-apa kat dalam tu. Baby pun pasti selamat. Iman tahu Sara kuat, dia sayangkan anak dia tu Dia mesti berjuang." Aku cuba tenangkan Mak. Hati orang tua, kita tak boleh nak jangka apa yang difikirkan.
Aku duduk termenung, mengenangkan Hazarul Amri. Apa patut aku buat? Lama aku rahsiakan hal mengenai Athea Qaisara. Hubungi dia dan beritahu keadaan sebenar Qaisara atau diamkan dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Buntu! Hazarul berhak tahu keadaan Qaisara tapi separuh hati aku mengatakan jangan. Macam mana?
"Keluarga pesakit?" Suara dari doktor memecahkan lamunan aku.
"Ya, doktor. Saya mak dia."
"Tahniah, anak puan dapat baby boy. Cuma tadi ada sedikit masalah yang berlaku."
"Masalah apa doktor? Teruk ke? Anak saya selamat kan?"
"Anak puan selamat. Macam ni puan. Anak dalam kandungan anak puan tadi hampir lemas. Alhamdulillah, kami dapat selamatkan baby dan juga ibu. Pesakit, kita akan tempatkan di wad. Baby pula, nurse akan bagi pada ibunya selepas dia sedar nanti."
"Terima kasih ya doktor."
"Sama-sama. Kalau ada apa-apa, nanti boleh tanya pada nurse ya."
Doktor terus melangkah pergi. Kelihatan Qaisara ditolak keluar dari bilik pembedahan oleh jururawat, masih belum sedarkan diri. Baby masih lagi berada di dalam.
Sara, aku tahu kau kuat. Kau kena kuat!
"Iman, jom!" Aku tersedar.
"Pergi mana Mak?" Aku kebingungan.
"Berangan apa ni Iman? Kan tadi Mak ajak pergi tengok Sara kat wad. Haa tu lah. Berangan lagi pagi-pagi ni."
"Sorry Mak. Mak pergi dulu. Iman nak pergi solat Subuh kejap. Nanti Iman pergi tengok Sara."

ANDA SEDANG MEMBACA
DIA, AYAH ANAKKU
De Todo"Mana tanggungjawab kau sebagai seorang ayah?" - Hazarul Amri "Siapakah yang harus aku pilih? Dia atau dia?" - Athea Qaisara "Masih adakah bahagia untuk aku?" - Iman Firdaus "Aku akan pastikan kau jadi milik aku satu hari nanti." - Haikal Hanafi "Si...