8 / Rindu

5.7K 88 1
                                    

Athea's POV

Hampir sebulan aku di rumah Mama dan Papa. Sesekali aku akan hubungi Mak untuk bertanya khabar. Iman pula, langsung tak hubungi aku. Jujur aku rindukan dia tapi rindu sebagai apa, aku tak tahu. Mungkin sebagai abang. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku pernah cuba untuk hubungi Iman, tapi akan berhenti separuh jalan. Di sana, aku akan rindukan Hazarul. Di sini pula, aku rindukan Iman. Hati, siapa yang kau pilih sebenarnya?

Haikal, cuba untuk menagih simpati aku setelah kehadiran Aiman Hafiey. Dia dah pun ada isteri sendiri. Aku kena jaga hati Arhea, kembar aku. Berkali-kali dia memohon maaf. Berkali-kali juga aku boleh cakap, I can forgive you but I can't forget what you've done to me.

***

"Thea, please. I sanggup ceraikan Rhea kalau you boleh terima I jadi husband you. Please, I nak bertanggungjawab atas anak kita, Aiman."

"Ceraikan kak Rhea?? Are you crazy Haikal? You ingat kitaorang ni baju ke boleh pakai buang sesuka hati you? Kenapa dari dulu lagi you tak nak bertanggungjawab? I tunggu you mengaku apa yang you buat, tapi you just buat bodoh je. I bukan minta you kahwin dengan I, tapi at least I cuma nak you mengaku. Bagitahu Mama dan Papa. Kalau you mengaku, mungkin kita dah pun jadi husband and wife sekarang ni." Aku menahan marah.

"I'm sorry Thea. I tak patut buat you macam tu. I geram sebab bukan I yang you pilih at first. You lebih pilih Hazarul berbanding I. I sayang gila kat you. You know that?"

"Sorry Haikal. I tak boleh terima you sebab Rhea terlalu sayangkan you. I nak you bahagiakan kakak I. Dia pun tengah pregnant kan? Hasil benih you juga. I tahu kenapa you kahwin dengan dia. You kena tangkap basah, you buat kat kakak I sama macam mana you buat kat I. Sampai dia pregnant. Thank God, you nak bertanggungjawab. Itu pun sebab kena tangkap kan? Kalau tak, I tak tahu apa jadi kat kak Rhea." Riak muka Haikal berubah. Mungkin terkejut dengan apa yang aku katakan. Mungkin juga dia berfikir macam mana aku tahu. Ahh, Mama kan ada.

"Yeah, I know. Tapi Aiman Hafiey tetap anak I. Hasil dari benih I juga."

Aku pandang Aiman yang sedang tidur dalam stroller. Nyenyak tidurnya dalam keadaan yang berpenghawa dingin. Aku menahan marah sekali lagi.

"No. Aiman Hafiey bukan anak you. Dia bukan anak sesiapa. Dia cuma anak I seorang. For your information, nama Aiman berbinkan Abdullah. Bukan berbinkan nama you. So you tak ada hak nak cakap Aiman anak you. Faham?"

"But Thea..."

"Please Haikal. Kalau betul you rasa bersalah, tolong jaga kakak I baik-baik. I mintak sangat-sangat jangan lukakan hati dia. Dan lagi satu, tolong anggap Aiman sebagai anak sedara you. Bukan anak you. Itu je yang I mintak. Dan tolong jangan layan anak I melebihi you layan isteri you sendiri. She's your wife and also my sister."

Haikal terdiam.

"Kalau betul you masih rasa bersalah dan ada rasa tanggungjawab, tolong bagi nafkah kat Aiman. At least, I takkan persoalkan mana tanggungjawab you sebagai seorang ayah. Can you?"

Lama Haikal terdiam. Otaknya seakan berfikir.

"You maybe terfikir yang I ni mata duitan. Terpulang kat you nak anggap I apa. Anggap je duit tu sebagai nafkah yang you tertinggal selama setahun ni. Setahun I besarkan Aiman tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun."

"Okay, I setuju. I akan simpankan duit untuk Aiman. Nanti you buka akaun untuk dia dan bagi kat I. I mintak maaf Thea. I promise I takkan sakiti isteri I dan you juga. Aiman, I tetap akan anggap dia anak I walaupun you tak nak."

"Okay. I akan pegang janji you. Once kakak I bagitau yang dia terluka, you tahu nasib you macam mana. Kalau you mungkir janji, I takkan benarkan you jumpa Aiman langsung. Dan tolong jaga kandungan kakak I, anak you."

DIA, AYAH ANAKKUWhere stories live. Discover now