5 / Ketahuan

5.7K 83 0
                                    

Athea's POV

"Weii, Mak suruh balik. Makan."

Lamunan aku mati. Suara Iman menerjah ke telinga. Aku masih lagi memandang ke arah laut yang luas terbentang. Aku turut perasan Iman berdiri di sebelah kanan aku. Sikap dingin Iman membuatkan aku percaya yang dia masih lagi memandang serong pada aku, berkenaan anak dalam perut aku. Mak Yah dah ceritakan semuanya lada Iman selepas dipaksa oleh Iman sendiri. Aku tahu aku tak boleh paksa Iman menerima keadaan diri aku. Cukup setakat aku dapat perlindungan di sini. Tempat untuk aku berteduh.

"Okay. Kejap lagi Sara balik. Abang balik lah dulu. Cakap dengan Mak."

Ya, aku memanggilnya dengan gelaran 'abang' memandangkan perbezaan umur kami yang agak jauh, 7 tahun. Mak Yah pula, aku memanggilnya 'Mak', atas permintaan Mak Yah sendiri. Walaupun Iman bercakap kasar dengan aku, tapi aku masih hormatnya sebagai anak Mak Yah, sebagai seorang abang.

"Siapa yang kau panggil 'abang'? Suka hati je nak panggil aku 'abang'. Mak suruh kau balik sekarang. Dia risaukan kau. Dia cakap tak nak dengar apa-apa alasan pun. Balik sekarang." Tegas suara Iman. Aku hanya menunduk, memandang pasir pantai. Aku menahan sebak.

"Okay. Sara balik sekarang. Terima kasih sebab abang panggil Sara."

"Ishh... Tak habis-habis dengan abang."

Aku dengar keluhan dari Iman. Dengan malas, aku melangkah kaki balik ke rumah. Iman masih lagi tercegat berdiri. Keadaan rumah yang betul-betul menghadap ke pantai membuatkan aku tenang. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan pergi ke pantai dengan baby dalam perut ni. Tapi bila aku balik ke rumah, pasti akan dimarah oleh Mak Yah gara-gara berjemur tengah panas. Katanya kesian baby.

"Assalamualaikum, Mak." Aku memberi salam sebaik sahaja sampai di pintu dapur.

"Waalaikumussalam. Sara, yang kamu pergi pantai lagi tu kenapa? Kan panas petang-petang ni. Nanti jadi apa-apa kan susah. Tu baby tu, penat dia. Sara tak penat ke seharian kat pasar? Tak penat berdiri lama-lama kat pantai?" Panjang bebelan Mak Yah.

"Hehehe. Kan betul apa Sara fikir tadi," kataku sambil duduk di kerusi meja makan.

"Sara fikir apa?"

"Sara fikir tadi. Bila balik dari pantai je, perkara pertama yang Mak buat, mesti bebel kat Sara. Bebel-bebel Mak, Sara tetap buat lagi." Aku tergelak.

"Kamu ni Sara. Mak bebel sebab Mak risau. Boleh pula Sara gelak-gelak? Ni Iman mana? Tadi Mak yang suruh dia panggil Sara. Sekarang dia pula yang menghilang?"

"Ada ni Mak. Kat depan." Suara Iman muncul dari arah ruang tamu. Aku pandang Iman. Masam mencuka mukanya. Marah kat aku lah tu.

"Haa, ada pun. Jom sini, makan sama-sama."

Hazarul's POV

Macam mana lagi aku nak cari Athea? Dua bulan lebih masa dihabiskan dengan mencari Athea, tapi langsung tak berhasil. Mana Athea menghilang. Mana Athea pergi. Aku tak tahu.

Aku ingat lagi, cara kedua dan mungkin terakhir aku turut tak berjaya. Mana kau, sayang?

-Imbas kembali-

"Lan, macam mana? Dapat tahu tak Thea kat mana?" soalku kepada Razlan, tak sabar.

"Sabar dulu boleh tak? Duduk pun tak lagi ni." Razlan mengambil tempat di hadapan aku. Suasana riuh di restoran itu tak aku hiraukan. Apa yang penting, maklumat mengenai Athea.

"Cepat sikitlah bro. Aku tak sedap hati dah ni. Please say that it was a good news."

"Okay macam ni. Sepupu aku dah check. Dia cakap, lokasi last Thea kat TBS. Which means, dia ke TBS mungkin beli tiket dan naik bas. Atau dia saja ke sana. I don't know. And bas ke mana, aku tak dapat tahu."

DIA, AYAH ANAKKUWhere stories live. Discover now