15 / Akhirnya

1.7K 28 2
                                    

Author's POV

"Happy 1st Anniversary Thea. Kau rasa lah kan kau bahagia ke hidup macam ni? Terikat tak bertali."

Athea menggumam sendirian. Dia memandang kosong anak kesayangannya itu bermain basikal roda tiga yang baru dibeli oleh Papanya. Untung halaman rumah Mamanya luas, dapatlah anaknya itu bermain dengan puas.

Athea memandang sepi dokumen-dokumen perceraian di atas meja yang perlu diserahkan kepada peguam, termasuk segala bukti-bukti yang diperlukan. Perkahwinan yang hanya bertahan selama setahun ini betul-betul memberi dugaan yang terbesar dalam hidup Athea. Dia tidak menyangka penerimaan hatinya terhadap Hazarul dibalas dengan sebegini rupa. Mungkinkah ini akan jadi pengakhiran kepada hubungan perkahwinan Athea dan Hazarul?

"Aku kena kuat. Aku tak boleh teruskan hidup macam ni."

Athea hanya memerlukan tandatangan Hazarul untuknya meneruskan perceraian. Siapa yang sanggup hidup bersama lelaki yang masih ada hubungan dengan perempuan yang memusnahkan kepercayaannya kepada Hazarul. Tidak kenal konon, tetapi masih berhubungan dalam senyap. Tidak akan ada peluang lagi untuk Hazarul.

***

Athea's POV

-Imbas kembali-

"Itu kan... Arul... Tak kan lah... Perempuan tu..."

Aku memandang jauh Hazarul yang berada di dalam restoran terkemuka itu. Perempuan itu... Aku pernah nampak perempuan itu. Perempuan yang sama dalam video yang aku terima semasa bercuti di Cameron Highland dulu. Termasuk kali ini, sudah tak terkira berapa kali aku terserempak dengan mereka berdua. Mesra. Sangat mesra. Tak kenal? Mana mungkin aku percaya lagi.

Sudah tiada gunanya untuk aku bersedih dan naik angin. Aku sudah lali. Kali ini aku nekad mengekori ke mana arah mereka ingin pergi. Aku nekad untuk mengambil bukti kecurangan Hazarul.

Sudah aku jangka. Hotel. Remuknya hati aku melihat mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif. Laju kaki aku melangkah masuk ke lobi hotel, ke kaunter check-in.

"Maaf dik, tumpang tanya. Berapa nombor bilik lelaki yang baru check-in tadi? Boleh bagitahu saya?"

"Ma... Maaf kak. Kami tak boleh dedah sebarang maklumat kepada orang luar." Pekerja di kaunter itu sedikit mengelak. Aku yakin dia mesti kenal Hazarul dan perempuan itu. Aku juga yakin Hazarul sudah menjadi pelanggan tetap hotel ini.

Aku mengeluarkan kad nikah aku dan Hazarul dan letak di hadapannya. Riak mukanya terkejut.

"Saya isteri dia dan saya berhak tahu. Kalau awak rasa awak nak tutup perkara buruk yang suami saya dengan perempuan tu dah buat, silakan. Saya akan call pejabat agama sekarang dan kita tengok apa akan jadi lepas ni."

Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan berpura-pura cuba mendail nombor seseorang.

"Kak, jangan kak. Bilik 369. 369 kak. Maaf kak, saya hanya pekerja kat sini. Sa... Saya nak terus terang dengan akak. Sebelum tu saya minta maaf kak. Encik tadi tu dah beberapa kali check-in kat sini. Saya mati-mati ingatkan wanita sebelahnya tu isteri dia. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu apa-apa."

"Tak apa. Terima kasih."

Kaki aku laju melangkah ke dalam lif. Punat nombor 3 aku tekan laju. Mata aku melilau mencari nombor 369 setelah sampai di tingkat yang dituju.

NO 369.

Pintu bilik aku ketuk kuat. Diam. Entah apa yang dua orang itu sedang lakukan. Aku ketuk sekali lagi. Aku dengar seperti bunyi tombol pintu dipulas.

Sudah aku jangka, Hazarul muncul di muka pintu, tanpa sebarang pakaian dan hanya bertuala. Riak terkejut wajah Hazarul membuatkan aku tersenyum sinis.

"Surprise!"

DIA, AYAH ANAKKUWhere stories live. Discover now