13 / Honeymoon

8.5K 99 20
                                    

Author's POV

Semenjak terjadinya kes khalwat antara Hazarul dan Nelly, Hazarul kini lebih banyak mendiamkan diri terutama sekali apabila berada di rumah. Athea yang sedikit bingung dengan kelakuan Hazarul selama seminggu itu buntu memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Dia sendiri tidak tahu apa masalah yang menimpa suaminya.

Hazarul pula, dia yakin Athea masih lagi belum tahu mengenai kesnya itu. Buktinya, Athea masih lagi melayannya dengan baik meskipun dia banyak mendiamkan diri. Hazarul yakin dia perlu rahsiakan perkara itu. Sehinggalah satu hari, Hazarul mengambil keputusan untuk berbaik dengan isterinya. Athea sangat gembira melihat perubahan Hazarul yang kembali ceria.

Sementara itu, rumah tangga Haikal dan Arhea pula retak menanti belah. Arhea mengambil keputusan untuk menfailkan proses penceraiannya. Puas dipujuk oleh Dato' Arshad dan Datin Sabrina, Arhea tetap berkeras dengan keputusannya.

***

"Rhea, Hilman baru lima bulan. Dia perlukan Ummi dan Abinya. Tolonglah fikir masak-masak. Beri Haikal peluang sekali lagi ya," pujuk Datin Sabrina.

"Rhea tak boleh Ma. Rhea betul-betul dah tawar hati dengan Haikal. Rhea tetap tak boleh hidup bersama dengan dia. Rhea dah tak sanggup. Mata dia cuma nampak Thea je. Rhea ni bukan siapa-siapa bagi dia." Air mata Arhea mula menitik.

"Rhea dah fikir masak-masak? Rhea takkan menyesal? Hilman macam mana?"

"Rhea dah buat keputusan Ma. Hilman tak perlukan ayah macam Haikal. Rhea akan ikut Papa kerja, untuk sara Hilman. Rhea akan besarkan Hilman seorang diri."

"Kalau itu keputusan Rhea, Mama dah tak boleh cakap apa-apa."

***

Hazarul telah pun merancang percutian merangkap berbulan madu selama empat hari di Cameron Highlands. Hotel juga telah siap ditempah. Segala jadual kerjanya dikosongkan untuk mengisi masa bersama isteri dan anak kesayangannya, Aiman. Athea yang teruja dengan percutian ini berharap ada sinar baru dalam hubungan rumah tangganya.

Hari yang dinanti telah tiba. Honda Civic yang dipandu Hazarul memecah kesunyian di jalan raya. Perjalanan dimulakan seawal yang mungkin untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Hazarul memandu susur keluar ke Tapah. Keadaan jalan yang berselekoh dan agak curam, membuatkan Hazarul memandu dengan penuh berhati-hati. Nasib mereka baik apabila jalan tidak terlalu sesak dan Aiman pula tidak meragam.

Sampai sahaja di kawasan Cameron Highlands, Hazarul terus memandu menuju ke restoran yang sudah dipilihnya. Berhari-hari dia merancang segala perjalanan di Cameron Higlands selama empat hari ini. 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry, pilihan pertama Hazarul. Athea hanya menurut sahaja ke mana suaminya ingin pergi.

"Arul, I nak pergi petik strawberi lah. Boleh bawa balik hotel nanti, boleh makan."

"Pergilah dengan Aiman. I tunggu sini. Jangan lupa selfie. Nanti makanan sampai, I join you kat sana."

Athea melangkah laju ke ladang strawberi di dalam kafe itu. Hazarul tersenyum melihat telatah Athea. Kepalanya masih runsing memikirkan masalah yang dihadapinya. Hazarul hanya melihat Athea yang sibuk memetik buah strawberi sambil mendukung Aiman, sesekali tangannya ligat mengambil gambar.

Selepas makan, Hazarul terus memandu ke hotel yang ditempahnya. Cameron Highlands Resort. Hazarul memilih suite kerana bilik itu mempunyai balkoni yang menghadap lapangan golf. Sebaik melangkah masuk ke bilik, Athea terus membiarkan Aiman bermain di atas katil bersama ulat bulunya.

Athea segera membuka tudung yang dipakai dan terus berdiri di balkoni. Kedudukan balkoni yang agak privasi itu membolehkan Athea berdiri di situ tanpa tudungnya. Bilik yang cantik dan pemandangan lapangan golf yang luas membuatkan Athea berasa tenang.

DIA, AYAH ANAKKUWhere stories live. Discover now