Athea's POV
"Assalamualaikum Mama, Papa." Aku memberi salam sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Mama dan Papa sedang bersarapan di meja makan, berdua. Awal pagi lagi aku sudah keluar dari rumah kami, mengelak dari bertembung dengannya.
"Waalaikumussalam. Eh Thea. Awalnya balik? Bila balik sini? Kata pergi honeymoon dengan Arul. Takkan dah balik kot." Aku nampak Mama memandang aku pelik.
Aku terpana dengan soalan dari Papa. Apa yang patut aku bagitahu pada Papa? Tak mungkin aku bercerita mengenai video Hazarul kepada Papa dan Mama.
"Thea balik malam tadi. Errr... Arul ada emergency outstation. Terpaksa kami balik awal. Thea pun tak kisah sangat. Lagipun, lain kali boleh pergi lagi kan." Aku terpaksa berbohong. Tersenyum perit.
"Ohh... Arul mana? Siapa yang hantar Thea tadi?"
'Thea naik Grab je Ma.' Aku hanya mampu berkata dalam hati, sebak.
"Arul yang hantar tadi. Dia tak sempat nak singgah. Nak cepat katanya." Aku berbohong lagi.
"Tak apalah kalau macam tu. Thea dah breakfast belum? Jom join sekali." Ajak Papa.
"Tak apa, Pa. Nanti Thea makan. Thea nak letak Aiman dalam bilik dulu. Dia tidur lagi ni." Aku memandang Aiman dalam dukungan.
Mama dan Papa hanya mengangguk. Aku menahan sebak. Berat kaki aku melangkah naik ke bilik.
***
Aku ambil keputusan untuk pulang semula ke rumah selepas seminggu di rumah Mama. Aku balik ke rumah Mama dan Papa kononnya nak tenangkan fikiran yang serabut. Tetapi apa yang aku dapat adalah sebaliknya. Hati aku makin panas mengenangkan Hazarul yang langsung tidak datang jenguk aku dan Aiman.
Aku terus melancarkan perang dingin. Untuk berapa lama, aku sendiri belum pasti. Mungkin sehingga Hazarul menceritakan perkara yang sebenarnya tentang video itu. Aku memang marah pasal video itu tetapi aku lebih marah apabila Hazarul memilih untuk berdiam diri. Dan lebih menyakitkan hati aku, Hazarul bawa aku pergi bercuti untuk tutup kesalahan yang aku tahu bukan sengaja dia lakukan. Kenapa tak terus terang dengan aku?
Aku juga tahu video itu cuma satu perangkap untuk Hazarul tanpa dia sedar. Aku perasan ada kaki seorang lagi perempuan dalam video itu. Mungkin sedang duduk di kerusi, bersebelahan dengan si perakam.
Seminggu di rumah kami sendiri, membuatkan aku semakin panas hati. Aku dan Hazarul langsung tidak bertegur sapa. Aku ke selatan, dia ke utara. Aku ke bilik, dia pasti berada di luar. Untuk mengelakkan aku jadi semakin tak tentu arah, aku ambil keputusan untuk ke Mersing, berjumpa dengan Mak.
Aku hanya WhatsApp Hazarul untuk meminta izin ke rumah Mak.
-Arul, I nak balik Mersing. Jumpa Mak.
Lama aku tunggu Hazarul balas WhatsApp aku.
-You nak jumpa Mak you tu atau you nak jumpa abang kesayangan you?
Dalam keadaan sekarang, Hazarul masih lagi cari salah aku dan abang Iman?
-Jangan libatkan abang Iman dalam hal ni. Dia tak ada kena mengena langsung dengan masalah kita.
Aku panas hati!
-Back-up kuat. Pergilah kalau you nak pergi.
- Selagi you tak explain kat I apa yang jadi sebenarnya malam tu, selagi tu hati I masih sakit. By the way, thanks sebab bagi I balik jumpa Mak.
***
Mersing. Lama aku tidak jejakkan kaki ke sini, semenjak aku berkahwin dengan Hazarul. Aku sengaja tidak beritahu pada Mak kedatangan aku. Saja buat kejutan.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIA, AYAH ANAKKU
Aléatoire"Mana tanggungjawab kau sebagai seorang ayah?" - Hazarul Amri "Siapakah yang harus aku pilih? Dia atau dia?" - Athea Qaisara "Masih adakah bahagia untuk aku?" - Iman Firdaus "Aku akan pastikan kau jadi milik aku satu hari nanti." - Haikal Hanafi "Si...