***
Cinta dan sayang Hazarul pada Athea tak pernah berubah walaupun dia tahu kesilapan Athea terhadapnya. Dia memilih untuk menikahi Athea sedangkan dia tahu bukan salahnya sendiri. Kehilangan Athea di saat hari pernikahannya betul-betul meruntun jiwa. Hari-hari yang dilaluinya hanya dipenuhi dengan rancangan untuk membawa pulang kekasih hatinya.
Athea yang berada jauh dari keluarga dan orang tersayang dijaga dengan baik oleh seorang ibu tunggal. Keberadaan Athea di rumah ibunya menjengkelkan hati Iman. Entah siapa yang ibunya bawa ke rumah. Bila dan bagaimana, sedikit sebanyak Athea telah menjentik hati batu Iman.
Menerima semula kekasih hatinya selepas hampir setahun ditinggalkan, menjanjikan kebahagiaan bersama Aiman Hafiey. Athea sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Haikal datang menuntut haknya meskipun dia sudah berkahwin dengan Arhea. Rumah tangga yang baru dibina antara Athea dan Hazarul diuji dengan adanya Haikal.
Hazarul dan Athea, cuba untuk saling mempercayai. Kepercayaan antara mereka sangat tebal sehinggakan segala apa yang dilakukan Haikal tidak berjaya. Muncul Hairul membantu abangnya walaupun dalam hatinya ada niat yang tersembunyi.
***
Cerita ni ada sedikit bahagian yang agak keterlaluan (18sx) 🔞. Mana yang tak boleh berfikir di luar kotak pemikiran, boleh melupakan hasrat untuk membaca.
Enjoy!
YOU ARE READING
DIA, AYAH ANAKKU
Diversos"Mana tanggungjawab kau sebagai seorang ayah?" - Hazarul Amri "Siapakah yang harus aku pilih? Dia atau dia?" - Athea Qaisara "Masih adakah bahagia untuk aku?" - Iman Firdaus "Aku akan pastikan kau jadi milik aku satu hari nanti." - Haikal Hanafi "Si...