Mungkin,kisah cinta kami bukan kisah yang teragung di dunia ini. Mungkin kami hanya pasangan biasa yang menempuh lumrah kehidupan. Kami bertemu dengan kejadian yang tidak pernah kami duga. Itu takdir. Aku pasti. Ini kisah cinta aku. Dan aku bahagia dengan kisah ini,walaupun tidak seindah kisah lain, sekurang-kurangnya aku mampu ada kisah cinta aku sendiri. Bismillah,,,
PERTEMUAN
"Korang nak makan kat mana?" tanya Kak Dee
. Myra hanya mendiamkan diri. Mata Kak Dee mengerling cermin tengah,melihat dua lagi rakan kerjanya dibelakang.
"Makan kat Subway jelah kak" jawab Ana. Matanya tak lekang dari skrin telefonnya.
"Dania,tak kisah ke makan kat Subway?" Kak Dee minta pendapat Dania. Gadis itu hanya mengangguk tanda setuju.
Lampu merah bertukar hijau. Perlahan-lahan Kak Dee memijak pedal minyak. Keretamya meluncur perlahan. Tidak sempat dia memusing stering ke kanan satu dentuman kedengaran. Dania yang duduk di bahagian penumpang sebelah kanan mengerang kesakitan.
Sebuah Lancer biru menghentam mereka dari bahagian kanan. Remuk bahagian kanan Saga putih Kak Dee. Kak Dee segera keluar dari kereta. Menjerit meminta tolong. Ana dan Myra turut keluar dari kenderaan. Masing-masing pucat lesi. Masih terkejut dengan kejadian tadi.
Perlahan-lahan Dania bergerak. Pehanya terasa sakit. Namun masih boleh bergerak. Tangannya dicapai oleh Ana dan Myra.
"Kau okey ta? Sakit sangat ke?" tanya Ana. Kerisauan jelas terpancar.
"Aku okey.." Dania menahan sakit. Perit rasanya,debaran didadanya masih terasa. Namun dia masih boleh mengawal perasaannya.
"Macam mana awak bawa kereta? Lampu hijau kat tempat saya,bukan tempat awak!" Kak Dee meninggikan suara. Lelaki tersebut menurunkan kaca mata hitamnya.
"Aku tekan pedal minyak,lampu masih oren ok..kau yang bawak kereta macam lipas kudung,main laju je..inilah perempuan. Bawak kereta macam ape je.." lelaki tersebut menyalahkan Kak Dee atas insiden tersebut.
Mata Kak Dee merah. Tidak pasti menahan marah atau sakit hati. "Awak kena bertanggungjwab atas kejadian ni. Ini kesalahan awak, awak tak boleh nak larikan diri" tiba-tiba suara Dania mencelah. Mempertahankan Kak Dee.
"Ea, kau cakap lah apa yang kau nak cakap, yang pasti ini salah perempuan ni" jari telunjuknya dituding tepat di muka Kak Dee. "Hei, awak tak payah nak tuding2 jari ye...awak takde hak nak tuding jari pada saya!" keras teguran Kak Dee. Mata Kak Dee sudah bergenang airmata.
"Awak memang kurang ajar ek, dengan perempuan pun awak tak segan tinggikan suara!" kini giliran Dania menengking lelaki tersebut.
"Kau.." jari telunjuknya kini dituding ke muka Dania. "pegi mampus!" keras nadanya.
Dania menyingsing lengan bajunya. Pantang baginya bila ada orang menuding jari ke mukanya.
"Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya.
Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kanan lelaki itu.
"Aku dah deal dengan cara baik tau..kau yang tak nak dengar cakap aku..skg kau terima akibatnya" tegas Dania.
Lelaki itu bingkas bangun. Ikut hati lelakinya ingin saja dia menampar gadis dihadapannya.
"Bagi dompet kau.." arah Dania. Entah mengapa dia ikutkan saja perintah gadis itu. Pipinya masih berdenyut kesakitan.
Dania mengeluarkan ic lelaki berkenaan dan menyerahkan semula dompet lelaki itu.
"Total damage paling kurang pun 5k, cash sahaja..baru aku bagi ic kau balik..." kenyataan Dania buat jejaka itu ternganga.
"Like seriously? 5k,,Hey,,kau baru tumbuk aku, tau tak??" bantah lelaki itu.
" Kau nak bawak kes ni pegi mahkamah? Aku no hal,kerugian kau yang tanggung. Kak Dee,bg bisnes kad akk kat die..." Dania masuk semula ke dalam kereta.
Ana , Myra hanya ternganga melihat insiden 5 minit tersebut. Kak Dee mnghulur kadnya lalu menghidupkan enjin kereta.
Sebaik mendengar deruman enjin, Ana, dan Myra mengatur langkah ke kereta. Kereta mereka terus berlalu pergi.
"Dania...ok ta?" Kak Dee memerhati Dania dari cermin tengah keretanya.
"Hurm,ni sbbnya sy tak suka marah2,kak. Tengok ending dia mcm mana" nada kesal terselit di ayat Dania.
"Tapi serius beb, kau memang berani gila. aku tak tau kau boleh tumbuk mamat tu" Myra pula mengagumi Dania. Ana mengangguk tanda setuju.
" Dah lah, jangan citer pasal ni... malu aku..." Dania menarik muka. Melempar pandang ke luar tingkap kereta. Mengeluh.
*************************************************************************************************************
"Klinik mana? Haa..kat mamak? Corner? Ok-ok..kejap lagi aku sampai" Wan menutup telefon bimbitnya. Segera dicapai kunci Ninja Kawasakinya.
Pantas dia memecut ke klinik yang diberitahu oleh raknnya sebentar tadi. Jarang Daniel terlibat ,kemalangan. Selama dia kenal rakannya, dia cukup tahu Daniel merupakan seorang pemandu yang berhemah.
Daniel termenung di bangku. Bau ubat di klinik memang buakn bau kegemarannya. Sesekali dia toleh keluar. Kereta Lancer birunya tercalar sedikit di bahagian depan. Tak delah seteruk kereta yang dia langgar tadi.
"Bro...ape citer?" Wan tiba-tiba muncul. Matanya tertancap pada pipi Daniel yang bengkak. "Okey je,,kereta aku calar sikit."
"Habis tu ni kenapa? Kena strering ke?" Wan mencucuk pipi Daniel. Pantas tangan kanan Daniel menepis tangan Wan.
"Kau ni,, sakit tau. Ini kena tumbuk.." Daniel menjwab lemah.
"Pasal kau langgar keta org tu ke?"
Daniel hanya mengangguk lemah. "So,,camne nak setel?" Wan melabuhkan punggungnya disebelah Daniel.
"Dorang nak 5 ribu...siap amik ic aq lagi..in case aq ta bayar.." keluh Daniel.
"Aik,,,ko langgar sape ni? Along ke? Siap amik ic sbgi cagaran lagi..melampau betul"
Daniel hanya diam. Bukan risau dengan nilai wang yang diminta..namun terasa benar ego lelaki nya tercalar. Pipinya bengkak kerana tumbukan. Bukan sebarang tumbukan. Tapi tumbukan padu dari seorang WANITA! Darah lelakinya mendidih. Pedih.
"Bro...nak balik ta? Kau boleh drive tak?" Wan menyedarkan Daniel dari amarah senyapnya.
"Boleh...kau gerak dulu...nanti aku gerak."
"Serius? kalau tak pun..aku anta kau..moto aku tinggal kat sini dulu.." cadang Wan.
Daniel menggeleng tanda tidak setuju. "Tak pe...kau gerak je dulu,,aku okey..sat lagi aku gerak"
Wan berdiri. "Aku gerak k..kau jangan merayap. balik rumah terus"
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...