8-True Colors

433 15 0
                                    

Keesokan paginya, Dania tersedar dari lenanya hampir tercenggang pabila dia terlihat beberapa biji belon warna warni, ada satu kad besar tertera 'Get well soon' dihujung katilnya. Satu nota diselit di tepi telefon bimbitnya.

"Selamat pagi,Miss Dania <3, maaf ye..pagi ni saya ada hal sikit, saya dah belikan awak sarapan, nanti makan ye..insyallah lunch hour nnt saya dtg..sori pergi ta btw awak..tadi awak lena sangat,tak nak ganggu awak..hehe..jgn skip makan ye..ubat jangan lupe..take care..jumpe nanti ye..assalamualaikum" -Sir Daniel

Dania tersenyum. Dia perhati sekeliling bilik tersebut. Terharu. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia mendapat layanan sedemikian rupa. 

"Assalamualaikum.." seorang jururawat masuk. Tertera nama Zura di name tagnya. manis senyuman. Dania menjawab salam. "Macam mana hari ni..ada rasa ok sikit?" tanya Zura. Dania pantas mengangguk, kalau dia tak sihat sekalipun dia akan mengaku sihat,tak ingin duduk dihospital.

Zura mencatit sesuatu di buku notanya. Dania hanya memerhati Zura melakukan kerjanya. Selesai memeriksa tekanan darah Dania, "Insyallah petang ni awak dah boleh balik.." ujarnya. Dania tersenyum lebar. "Terima kasih.."

"Beruntung awak dapat tunang yang baik ek. Siap decorate belon2 lagi dalam bilik awak.." Zura tertawa kecil. Dania tersipu malu. "Bukan tunang kak.." ujar Dania. "Lah..belum tunang lagi. Haha..sy fikir dah tunang, sbb die kata awak bakal isteri dia.." jelas Zura. Tawa kecil kedengaran. Dania hanya menyahut kenyataan Zura dengan senyuman dan muka yang merah padam. Berani betul Daniel beri kenyataan sebegitu rupa. Zura meminta diri lalu meninggalkan Dania keseorangan.

Dania mengemas barangnya. Jam baru menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Lagi satu jam sebelum Daniel muncul. Dania keluar dari wadnya. Berjalan-jalan di koridor. Sesekali dia menjengah ke luar tingkap. Ternampak dua tiga keluarga keluar bersama bayi yang baru lahir. Dania melihat direktori di tepi dinding lif. Tingkat 2 wad bayi. Dia tersenyum. Cepat-cepat dia masuk ke perut lif dan menekan no 2.

Mata Dania tidak berkalih walau sesaat. Bilik dihadapannya penuh dengan bayi yang comel-comel. Dia tersenyum sendirian. Satu persatu bayi ditatap sepuas hati, meski pun ada dinding kaca yang memisahkan tapi tidak menghalang Dania untuk berdiri lama disitu. 

"Nak ke? Kalau nak..awak kena kahwin dulu..yang kat sini semua orang punya.. " Daniel muncul tiba-tiba di belakangnya. Dania mengurut dada tanda terkejut. "Awak ni..tak reti bagi salam ek?" benggang Dania disergah sebegitu rupa.

"Well-well..welcome back Miss Dania..haha..da sihat rupanya..da boleh naik angin nii..hehe by the way sorry ye sergah awak..assalamualaikum" usik Daniel. "Hmph.. waalaikumsalam.." Dania menarik muka. "Jangan tarik sangat..terlebih comel nanti,,kalah dengan baby2 kat sini" tak henti ketawa kecil Daniel.

Dania bengang. Dia melangkah pergi. Niat di hati balik semula ke wadnya. "Kejap..jom ikut saya..awak na jumpe baby kan?" Daniel menarik lembut lengan Dania "Pergi mana ni? " Dania merengus kecil. "Ikut jee,,na jumpe baby.." Daniel ketawa halus.

Daniel membawanya ke satu wad ibu bersalin. Sepasang suami isteri dan bayi baru lahir ada disitu. "Assalamulaikum..Kak Wati..Along.." Daniel menghulurkan salam. Kedua-dua mereka menjawab salam serentak. Mata Dania tertancap pada bayi dalam pelukan Kak Wati. Comel.

"Ni nak kenalkan.. Dania..Dania..ni along dan kak wati. Abang dan kakak ipar saya" terang Daniel. Dania tersenyum hormat. Sempat bersalam dengan Kak Wati.

"Bakal isteri ke, Daniel?" usik Kak Wati. Daniel hanya ketawa. Tiada jawapan. "Dania nak jumpa baby..tu yang bawak dia pegi sini." ujar Daniel. Dania terdiam. Malu pula dengan tindakan Daniel. "Owh..ye ke..amik berkat ye,,hehe..meyh sini..duduk sebelah akak.." ujar Kak Wati. Malu-malu Dania duduk disebelah Kak Wati. 

"Rapat la sikit..hehe..jangan malu-malu" sempat Along menegur. Muka Dania panas menahan malu. Dia merapatkan diri pada Kak Wati. Bayi ditangan kak wati beralih pada Dania. Dari muka menahan malu, terus berubah kepada senyuman. Diusap lembut pipi bayi tersebut. 

"Err..sape nama dia kak?" baru terdengar suara Dania "Saif Danish Rafael.." jawab Kak Wati bangga. Dania tersenyum. Dikucup lembut ubun-ubun Saif. "Haa,,tak lama lagi tu..dah Daniel..cepatkan majlis..ta payah nak kawan lama-lama..rugii" usik Along. Saja ditekan suaranya agar Dania terdengar. Muka Dania merah. Kak Wati, Along dan Daniel ketawa besar melihat perubahan pada wajah Dania.

Hampir setengah jam mereka meluangkan masa bersama, Dania dan Daniel meminta diri. "Insyallah, nanti saya melawat akak lagi ye.." ujar Dania seraya memeluk Kak Wati. "Boleh, datang tiap-tiap hari pun tape..ada orang tolong akak tengok2 kan Saif nanti.." ujar Kak Wati. Dania tersenyum "Insyallah.."

Dania dan Daniel berjalan beriringan ke wad Dania. Ceria sungguh wajah Dania. "Hehe..ni terbayang Saif ke..terbayangkan cadangan Abg Long tadi?" usik Daniel. Dania membulatkan mata. "Saya ingat Saif je la" tegas Dania. Daniel ketawa kecil. "Oke-oke..jom kemas cepat2..pastu kita lunch kat luar ye..perut saya dah lapar.." cadang Daniel. Dania hanya mengangguk.

Mereka singgah di restoran ketika dalam perjalanan pulang. Daniel memesan satu set nasi ayam penyek, Dania hanya memesan semangkuk bubur memandagkan tekaknya masih terasa perit.

Buat seketika mereka senyap. Menikmati keenakan hidangan masing-masing. Daniel menghabiskan nasi ayam penyeknya dalam masa yang singkat. Terkedu sekejap Dania. "Err..sedap sangat ke?"tegur Dania.

Daniel ketawa kecil "Hehe...boleh la..sebenarnya saya lapar. Tu yang makan sampai licin.." ujar Daniel sambil menyedut minumannya. Dania hanya mengangguk tanda faham.

"Err awak.. ada sisa nasi kat tepi bibir awak.."tegur Dania. Daniel meraba-raba wajahnya.."Tu..kat tepi sikit.."Dania menunjuk-nunjuk tepi bibir Daniel.

Tiba-tiba Daniel menghulur tisu pada Dania. "Tolong lapkan.." pinta Daniel dengan senyuman. Mata Dania membulat terkejut dengan tindakan drastik Daniel. Pipinya mula merah, tanda malu. Daniel ketawa kecil sambil mengelap wajahnya sendiri.

"Awak ni..haha..Kalau awak malu atau benggang memang awak berubah warna ek? Macam sesumpah..haha"makin galak tawa Daniel. Dania menarik muka. Bengang dipermainkan. Pada masa yang sama malu.

"Haha..dah-dah..jangan tarik muka sangat..apa plan hari ni? Ada nak ke mana-mana ke?" tanya Daniel. Dania menggeleng. "Saya nak balik..kemas rumah..tidur." jawab Dania ringkas.

Daniel mengangguk tanda faham selesai membayar, mereka jalan beriringan keluar dari restoran.

Dania hanya melemparkan pandangan ke luar kereta sepanjang perjalanan. "Awak okey ta? Ke still pening lagi?"tanya Daniel. Ambil berat. Dania hanya menggeleng. 'Kenapa dia terlalu rapat dengan aku. Dia tak sepatutnya buat semua ni..dan aku sndiri belum sedia untuk hadapi semua ni..'Dania bermonolog sendirian. Ini bukan saatnya. Hatinya tidak belum boleh menerima sesiapa lagi tika ini.

Sampai di depan rumah Dania, 'Err..awak terima kasih sebab tolong saya tuk dua hari ni..really apreciate..terima kasih sangat..nah..ambil ni.."Dania menghulur beberapa not RM 50 pada Daniel. Daniel menolak. "Jangan..saya ikhlas tolong awak..awak simpan je duit tu.." 

"No..please..ambil..saya..err..kalau boleh..tak nak terhutang budi dengan awak..mungkin bayaran ni ta seberapa..tapi at least..ada lah sikit tuk membalas budi awak..please..accept this.." rayu Dania. Dia nekad. Dia tak ingin berhubungan lagi dengan jejaka itu selepas ini. 

"Saya tak akan terima..awak simpan..buat belanja..saya tolong awak ikhlas..da..pergi masuk..rehat..jangan lupe makan ubat.."pesan Daniel lembut. Dania tertunduk. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan.

"Selepas ni..anggap saja..awak tak kenal saya. Saya tak nak hubungan ni berpanjangan. Saya tak sesuai untuk awak. Terima kasih atas jasa baik awak selama ni,,maaf kalau saya ada terkasar dengan awak sepanjang tempoh ni. hmmp..itu saja..assalamualaikum." Dania keluar dari perut kereta. Terus membuka pagar rumahnya dan masuk kerumah tanpa menoleh ke belakang.

Daniel terkedu sebentar. Otaknya memproses ayat Dania sebentar tadi. 'Anggap saja..awak tak kenal saya..' Daniel menggeleng. Mana mungkin aku lupakan kau..kau lain dari yang lain Dania..lain..and that's why i like you..bisik hati Daniel. Dia perlukan strategi menawan hati Dania. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya dia dah tahu mana rumah Dania.

Hadirlah CintaWhere stories live. Discover now