2-Kebetulan.Takdir

648 25 0
                                    

                                              KEBETULAN . TAKDIR

Dania melihat tangan kanannya. Bengkak sedikit. 'Apalah jadi kat mamat tu, even tangan aku pun bengkak, aish..Dania, Dania..kenapa lah kau tak boleh kawal sikit perasaan kau tu...' 

"Adik, semuanya RM 7.80" wanita di kaunter menegurnya. Lantas dia mengambil sekeping not RM 10 dan dibalas sebuah plastik yang berisi roti croissant. Sementara menunggu baki dia melilau melihat kek yang dipamerkan di kaunter. "Nah, ni bakinya.." wanita itu menghadiahkan senyuman. Dania hanya mengangguk lalu berlalu pergi.

"Opps..sorry" seorang jejaka terlanggar beg sandang Dania. Dania hanya menunduk kan muka dan berlalu pergi. "Hey awak.." panggil jejaka itu. Dania terus melangkah.

Daniel melihat wanita itu, "Aku macam kenal lah awek tu.."monolognya sendirian. Kakinya pantas mengatur langkah. Mengikut arah wanita itu berjalan. Dania mula terasa resah. Dia pasti ada orang mengikutnya.

Kakinya pantas melangkah. Beg sandangnya digenggam erat. Niat dihati beg itu boleh dijadikan alat mempertahankan dirinya nanti. Kini dia tiba di parking kereta. Kawasan yang lebih sunyi. Kunci kereta sudah digenggamannya.

"Tunggu.." tegur jejaka yang mengekorinya. Dania tidak berpaling. Pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi..itu sahaja yang bermain di fikirannya.

Kereta Viva kelabu hanya beberapa meter dari jarak Dania. Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh. Pantas dia menepis beg sandangnya ke arah jejaka yang berada di belakangnya.

"Aduhh!" jerit Daniel.

Dania menekup mulutnya. Dia tak tahu apa yang dia harus buat. Tambahan lagi dia tidak tahu apa niat jejaka ini mengekorinya tadi..

"Awak dah kenapa? Saya tegur awak sebab nak mintak maaf jee" Daniel memegang pipinya. Hari tu tumbukan padu, kini beg sandang pula melekap dipipinya.

Dania mengerut dahi. Matanya cuba fokus ada wajah jejaka tersebut. "Owh..aawak..yg hari tu langgar kereta Kak Dee.." kini Dania rasa bersalah..

"Sorry lah,,kalau saya ikut awak mcm stalker,,saya panggil awak 2-3 kali..saya tak tau nama awak..tu yang saya ikut je awak..dengan harapan awak toleh..wlupn sekejap..ni tak..beg awak pulak yang awak bagi" rungut Daniel.

"Saya minta maaf..saya betul-betul tak sengaja. Kalau awak nak setel kan kes hari tu..apa kata awak pergi je ofis Kak Dee..die da bg namecard die kan...so awak setel je ngn die.. k" Dania membuka pintu keretanya.

"Dan,,saya minta maaf sangat-sangat sebab tumbuk awak hari tu..harap awak akn setel masalah awak dgn Kak Dee..sekali lagi saya minta maaf" Dania pantas masuk ke kereta. Dan terus memecut pergi.

"Eh..budak ni..aku tak habis cakap lagi..main berdesup je lari.." dua tiga kali dia memegang pipinya.. Perempuan yang baru dia bertentang mata tadi bukan perempuan sembarangan. Amarahnya ketika pertama kali berjumpa dek tumbukan padu serta merta hilang pabila dia dapat bertentang mata dengan wanita itu. Tarikan wanita itu..lain daripada yang lain. Itu yang pasti.

Dania mengeluh sendirian didalam kereta. Tingkap kereta diturun. Sengaja dia parking di Stulang, mengambbil udara pantai yang mendamaikan. Tambahan lagi matahari baru sahaja hendak terbenam. Scenery yang cukup mendamaikan.

Mulutnya perlahan-lahan mengunyah roti croissant yang dibelinya tadi. Matanya menoleh kearah tangannya yang bengkak. Dia akui..kehebatannya dalam seni mempertahankan diri memang menakjubkan. Bukan diwarisi, tapi kerana minat.

Ketika membesar di Rumah Anak Yatim dia mengikuti kelas silat, tidak cukup mahir ilmu persilatan, dia cuba pula menimba ilmu dalam  taekwondo. Malahan disekolahnya dia mengikuti kelab memanah.

Hadirlah CintaWhere stories live. Discover now