Azrul tiba-tiba menerpa masuk ke bilik tidurnya. Dania terkejut. Dalam samar malam dia melihat tubuh Azrul merapatinya. Dia menjerit tanpa suara. Selimutnya dicampak ke arah Azrul. Azrul galak ketawa melihat Dania yang ketakutan.
"Kau fikir kau boleh lepas? Ini Azrul ok..selagi aku tak dapat kau selagi tu aku tak puas hati..!" jerit Azrul. Dania melompat dari katil. Berlari ke arah pintu. Entah kenapa jarak katil dan pintunya semakin jauh. Dania menjerit pabila terasa dirangkul dari belakang.
"Jauh berlari..hahaha..tapi kau tak boleh jauh dari aku..tak boleh!!" suara Azrul bergema di bilik tidurnya. Tangisan Dania kedengaran.
"Dania..dania..kenapa ni?" mata Dania yang terpejam rapat terbuka perlahan. Dia cukup kenal suara tersebut. Dia terbaring di riba Iqbal. Wajah Iqbal bersinar bahagia.
"Kenapa ni? Menangis macam budak kecil..rindu aku ek?" sempat Iqbal mencuit hidung Dania. Dania tersenyum. Pantas dia duduk. Dia menatap setiap sudut wajah Iqbal. Ya..dia rindukan jejaka itu.
Perlahan Iqbal mendepakan tangan, memberi ruang pada Dania untuk membenamkan wajah ke pelukannya. Dania menangis tersenyum. Dia ingin berbicara, namun mulutnya terkatup rapat. Dania membiarkan dirinya didalam pelukan Iqbal. Suasana hiba menyelubungi.
"Jaga diri, Dania. Aku dah takde kat sisi kau..tapi harap kau takkan lupakan aku.." sayu suara Iqbal. Dania menangis. Dia ingin suara kan sesuatu. Namun bibirnya terkatup rapat. Pelukan itu terasa lama.
Perlahan air matanya di seka. Pelukan terlerai. Matanya melilau mencari kelibat Iqbal. Hilang. Dia melihat di pelusuk bilik tidurnya. Ternyata semuanya mimpi. Hadir Iqbal sementara sahaja. Hakikat pertemuan nya dengan Iqbal hanya mimpi ditelan pahit. Dia merindui jejaka tersebut. Sentiasa merindui.
*************************************************************************************************
"Hello..Ana..hari ni aku EL ek..ada hal..esok baru aku isi borang cuti.." pesan Dania. "Kau okey ke? Tak sihat ek?" tanya Ana kerisauan.
"Aku okey..cuma ada hal nak settlekan kejap.." Dania masuk ke kereta lalu menamatkan panggilan. Satu jag air mawar di letak di seat sebelah pemandu. Dania berbaju kurung dan berselendang hitam. Dia ingin menjenguk kubur Iqbal. Agak lama dia tak menjenguk kubur Iqbal, namun dia tidak putus mendoakan kesejahteraan Iqbal disana.
Sepanjang perjalanan Dania mengimbas kembali segala kenangan silamnya bersama Iqbal. Dia baru berusia 8 tahun ketika itu. Saat ibu bapanya meninggal dunia dan tiada tempat berteduh dia dimasukkan ke ruamh anak yatim. Iqbal lah yang pertama menegurnya. Mengajaknya makan bersama.
"Kau jangan nangis boleh tak? Penat lah nak pujuk kau." ujar Iqbal. Mereka berusia 14 tahun ketika itu. Meluat dia melihat Dania menangis. Ketika itu mereka baru selesai latihan silat. Dania tercedera. Kakinya terseliuh.
"Cepat lah..bangun..jangan nak duduk je..kalau lambat kita tak sempat makan malam.." arah Iqbal. Dania masih terduduk di tepi tangga. Merengek kesakitan. Tiba - tiba Iqbal mencangkung di depannya. Dia mengangkat wajah Dania. Comot. Dia mengesat air mata Dania.
Perlahan dia memapah Dania. Tanpa berkata. Dalam kesakitan Dania menurut.
"Kalau sakit, jangan nak menangis..tak semua orang kat sekeliling boleh tolong. Ni nasib baik aku ada..kalau tak,,sampai sarapan esok pagi kau masih menangis kat tangga lagi.." bebel Iqbal sambil memapah Dania. Sedu Dania masih kedengaran.
Dania tersedar dia da masuk perkarangan kawasan kubur. Dia mengesat airmatanya. Mematikan enjin kereta. Dia membawa jag yang berisi air mawar, yasin dan segulung tikar. 'Assalamualaikum..' Dania memberi salam saat masuk kawasan perkuburan. Dia menuju ke kubur Iqbal dengan selawat ke atas Nabi Muhammad. Perlahan dia membentang tikar disisi kubur Iqbal. Dania bersimpuh seketika. Mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...