Dania memerhati cincin emas di jari manisnya. "Terima kasih.." tiba-tiba Daniel bersuara. Mereka dalam perjalanan balik ke rumah Dania. Dania tersenyum. "Terima kasih pada awak jugak.." balas Dania. Daniel ketawa kecil. "Sorry kalau saya nyanyi tak best tadi. haha..nervous sangat.." ujar Daniel. Dania tergelak kecil.
"Aik gelak je..bagi la komen sikit..pitching lari ke..tak menguasai pentas ke..haha" Daniel gelak besar. "hehe..saya tak pandai komen laa..tapi saya tahu awak pandai..pandai amik hati saya.." merah pipi Dania ketika mengeluarkan kenyataan itu. Malu.
"Haha..wah..saya dah dapat hati awak la ni..haha.." Daniel tak berhenti ketawa. Perjalanan mereka malam itu disinari kebahagiaan. Dalam diam Dania mengagumi Daniel. 'Ya Allah..jika benar dia Adamku, Kau berkatilah hubungan ini. Hanya padaMu kami berserah'
Mereka tiba di hadapan rumah Dania. "Ok..selamat malam..sweet dream..hehe..kunci pagar elok2..awak tu duduk sorang2..hehe" pesan Daniel. Dania tersenyum.
"Ye..selamat malam tuk awak gk..drive elok2 ye..assalamualaikum.." Dania melangkah keluar dari kereta. "Waalaikumsalam.." Daniel memerhati Dania masuk ke rumah. Perasaannya berbunga bahagia. Telefon bimbitnya berdering. No tidak dikenali terpapar di skrin.
Daniel membiarkan panggilan tersebut.
"Siapa jantan tu? Cakap dengan aku..siapa??" Heykal berang. Hatinya panas bila ada rakan sekerjanya memberitahu ternampak Nadhiya bersama lelaki lain. Nadhiya hanya menangis teresak-esak.
"Kawan Dhiya je bang..bukan sape-sape pun..dia cume tanya khabar je,,itu je.." tersedu-sedu Nadhiya menjawab. Kini dia terasa menyesal menerima pelawaan minum bersama Daniel tengahari tadi.
"Kawan laa sangat! Patutlah kau tak kisah aku tak balik rumah..rupanya kau sibuk pasang spare part..apahal..ta sabar sangat aku ceraikan kau ke?" terjegil-jegil mata Heykal melihat tubuh kecil Nadhiya. Pipi Nadhiya kemerahan hasil tamparan Heykal tadi.
"Ea..ko jangan na mimpi lah nadhiya..jangan pernah mimpi..selagi nyawa aku ada..aku takkan ceraikan kau! Tak akan!" satu tamparan hinggap di muka Nadhiya. Nadhiya tersembam ke lantai. Tangisnya makin menjadi. Heykal puas. Dia ketawa bangga. Nadhiya lemah. Tidak mampu melawannya.
Heykal melangkah meninggalkan Nadhiya menangis sendirian. Perlahan Nadhiya menyandarkan dirinya ke dinding. Tangisnya tiada henti. Nasib baik Raykarl masih lagi di rumah Kak Laila. Sekurang-kurangnya anaknya tak melihat ayahnya naik berang lagi.
'nanti..kalau ada masalah..call lah saya.' Nadhiya teringat kad nama Daniel. Patutkah dia minta bantuan pada jejaka tersebut.
Sekali lagi no tidak dikenali terpapar di skrin telefon bimbitnya. Dia baru sahaja masuk ke laman rumah sewanya. "Assalamualaikum..sape ni?" tanya Daniel sebaik panggilan itu diangkat.
Nadhiya mendiamkan diri. Sedunya ditahan. Sebak. Sakit. Dia tak boleh luahkan semua serentak.
"T..tolong.." perlahan suara wanita kedengaran. Daniel mengerut dahi.
"Siapa ni..awak kat mana..kenapa awak minta tolong?" bertalu soalan Daniel. Pertolongan akan diberi. Dia tidak kisah siapa pemanggilnya.
"T..tolong..s..saya Nadhiya.." perlahan jawab Nadhiya. Daniel terkedu. Dadanya berombak kencang!
"A..awak kat mana ni?" terketar-ketar Daniel bertanya. Dia tak pernah hadapi situasi sebegini rupa.
Nadhiya dengan terpaksa memberitahu alamat rumahnya. Itu sahaja jalan yang dia ada kini. Dia perlu selamatkan dirinya dan kandungannya. Tidak lupa juga Raykarl!
Kak Laila terkejut Nadhiya datang dengan wajah nya bengkak dan masih ada sisa tangisan.
"Allahuakbar..Nadhiya..kenapa ni..astagfirulahalazim..masuk Nadhiya..masuk.." Kak Laila memeluk Nadhiya. Sisa tangisan masih kedengaran.
"Siapa buat ni..Heykal ek? Cakap Nadhiya..cakap.." arah Kak Laila. "J..jangan bagitahu siapa-siapa kak..biar ini rahsia rumahtangga saya ya.." pinta Nadhiya dalam sedu.
"Agak-agaklah Nadhiya, ini dah kes dera..Nadhiya boleh lapor pada polis taw.." bimbang Laila melihat muka Nadhiya yang cedera.
"Jom..kita pegi klinik.." ajak Kak Laila. Pantas Nadhiya menggeleng.
"Jangan..nnt abg Heykal cari akak pulak..biar saya bawa Raykarl pergi. Ada kawan saya yang sudi membantu..akak..terima kasih ya.." Raykarl yang masih lagi tidur dipangku Nadhiya.
Nadhiya melangkah keluar dari rumah Kak Laila. Tak lama kemudian sebuah kereta Lancer tiba di hadapan rumahnya. Dia ternampak Daniel keluar dari tempat pemandu. Langkah Nadhiya pantas ke arah Daniel.
Daniel terkejut dengan wajah Nadhiya.
"Astagfirullahalazim..Nadhiya..kenapa ni? " Cepat-cepat Daniel membuka kan pintu kereta untuk Nadhiya. Nadhiya masuk kedalam kereta tanpa bicara.
Dia malu, tapi pada masa yang sama dia terdesak. Dia tak tahu pada siapa lagi dia ingin pinta bantuan. Keluarganya tidak pernah percaya dengan perangai buruk Heykal. Sudah acap kali dia mengadu tentang Heykal pada keluarganya. Mereka tidak pernah cuba memahami Nadhiya.
Daniel terus pergi meninggalkan kawasan perumahan Nadhiya. Dia perlu ke klinik. Nadhiya perlukan rawatan. Macam-macam bermain di pemikirannya. Nadhiya masih mendiamkan diri sambil membelai Raykarl yang masih lagi tidur di pangkuannya.
Daniel mundari mandir di hadapan bilik rawatan. Pintu bilik rawatan terbuka. Nadhiya keluar dengan plaster di bibir dan dahinya. Raykarl yang sedari tadi terjaga dipimpin oleh Nadhiya.
"Sakit tak? " tanya Daniel kerisauan. Nadhiya hanya menggelengkan kepala. Dia duduk di kerusi dihadapannya.
"Awak nak pergi mana lepas ni? Nak balik kampung ke?" tanya Daniel. Pantas Nadhiya menggelengkan kepala.
"Keluarga saya tak percaya semua ni. Bagi diorang Heykal suami yang baik, takkan mungkin pukul isteri. Saya tak nak bertekak dengan diorang lagi hanya kerana cuba membuktikan Heykal bukan lah seperti yang diorang sangka.." jelas Nadhiya. Daniel mengeluh.
Dia tidak menyangka Nadhiya menjalani kehidupan sebegini rupa. Sangkaan Nadhiya bahagia selama ini rupanya meleset.
"Err..Daniel maaf ye menyusahkan awak malam-malam macam ni.." Nadhiya bersuara. Daniel tersenyum.
"Takpelah..awak perlukan bantuan..selagi saya mampu..saya akan tolong.." ujar Daniel. Nadhiya menundukkan wajah. Kenapa lah dia bodoh sangat dulu, melepaskan lelaki yang benar-benar mencintainya begitu sahaja.
"Awak nak tidur mana ni? Ada rumah mana2 saudara awak yang awak boleh tumpang ke?" tanya Daniel. Dia kasihan melihat Raykarl yang tersenguk-senguk menahan ngantuk.
"Takde..awak hantarkan sahaja saya kat mana-mana hotel bajet..biar saya dan Raykarl tidur sana satu malam, insyallah esok saya cuba ikhtihar nak tinggal kat mana.." ujar Nadhiya. Daniel mengerut dahi.
"Awak belum cerai lagi dengan Heykal kan?" tanya Daniel. Nadhiya diam. Kemudian dia menggelengkan kepala.
"Hmm..takpelah..ini hal rumah tangga awak..saya takut nak masuk campur.. tapi seeloknya..awak selesaikan lah dengan cara yang baik ea.." nasihat Daniel ditelan pahit. Sakit hati Nadhiya bila mengenangkan kembali perlakuan Heykal.
"Jom..kita check in kat hotel.." Daniel mendukung Raykarl. Nadhiya hanya menurut dari belakang.
*********************************************************************************************
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...