5-Permulaan

479 19 0
                                    

Kakinya menlangkah seperti tidak cukup tanah. Tangan kanan nya dalam keadaan sedia untuk melempang Daniel.

"Aduhh!" tidak semena-mena Dania tersadung. Matanya dikatup rapat. Dia tahu dia akan jatuh menyembah bumi.

Pantas Daniel mengampuh tubuh Dania. Tangannya menampung berat badannya dan Dania daripada menyembah tanah. 

Mata Dania membulat. Deru nafasnya laju. Dia kini dalam dakapan Daniel. Bukan itu sahaja, mata mereka bertaut rapat.

"Okey ta? Tu lah..kalau nak lempang orang pun, amik lah side dulu..ni main terjah je.." Daniel mengusik. Sinis. Dia masih tidak melepaskan Dania dari dakapannya.

Satu tumbukan ringan dihadiahkan didada bidang Daniel. "Ouch..sakitlah" usik Daniel. Dia dapat melihat betapa merahnya pipi Dania ketika itu. Momen indah. Bisik hati Daniel.

"Awak memang sengaja nak uji saya kan?? Tepi !" Dania bangkit. Tangannya sibuk membersihkan debu-debu di seluarnya. Daniel turut sama bangkit.

" Dinner jom" ajak Daniel tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah.

" Awak memang takde rasa bersalah langsung ek? Dah lah tipu saya, cakap awak kemalanganlah. Awak tau tak, awak dah mainkan perasaan saya tau tak." Dania menekan ayat nya. Serius.

"Dan awak pun sikit tade rasa bersalah kan?" Daniel pula bertanya.

Berkerut dahi Dania, seolah-olah bertanya kenapa.

"Awak dah curi hati saya..awak tak rasa bersalah ke?" Daniel tersenyum sambil melemparkan pandangan didada langit yang kelam. Dia sendiri rasa malu dengan kenyataannya tadi. Tapi dalam hati dia ketawa sendiri.

Dania menarik muka. Hati wanitanya tergugat sikit. "K..kenapa pulak? Saya tak berniat dan tak nak pun curi hati awak tau" penekanan nada disitu, tapi diselit kelembutan. Hatinya seolah-olah cair.

"Haha..awak nampak comel kalau benggang, nampak cute kalau marah, dan nampak manis kalau senyum." Daniel ketawa. Semakin galak tawanya tika melihat muka Dania merah padam.

"Saya taknak layan perangai buruk awak. Bye, assalamualaikum" Dania berlari anak ke arah keretanya. Dia yakin jantungnya kini berdegup kencang. Bukan kerana lariannya, tapi kerana panahan cinta Sir Daniel. Dia menggenggam tanggannya. Kunci di kepal erat.

Bunyi alarm kereta kedengaran. Dania tersalah menekan punat keretanya. Dia tertunduk-tunduk malu. Cepat-cepat dia menekan semula punat keretanya.

"Awak tak nak tumpangkan saya ke? Saya takde kereta. Dan saya sorang-sorang kat sini. Tak takut saya kena culik ke? Kena bunuh? Kena kerat 14? buang kat gaung?"kemnungkinan yang tak logik diberi pada Dania. Dania merenung tajam mata Daniel. GERAM.

"Jangan renung lama-lama, hati saya awak dah curik, ni mata saya pun awak nak curik ke?" Daniel tersengih-sengih. Dania masuk dalam perut kereta. Cermin kereta bahagian penumpang diturunkan.

"Masuk jelah.." jemput Dania. Perasaannya masih berbaki geram.

" Hehe, terima kasih."  Daniel siap meletak bagasinya di seat penumpang belakang. 

Dania hanya menjeling pabila Daniel duduk disebelahnya. Kakinya menekan pedal minyak.

"Kita nak makan kat mana?" pertanyaan Daniel membuat mata Dania membulat. Bila masa pulak aku ajak mamat ni makan? Monolog Dania sendirian.

"Jangan tengok saya lama-lama..hehhe..singgah Adda Height..sana ade western food restoran." arah Daniel.

Dania diam. Dia tahu restoran yang dimaksudkan oleh Daniel. Dia kerap kesana dengan rakan-rakannya.

Dia mengambil simpang ke Adda Heights. Tidak lekang senyuman di bibir Daniel. Danie mencebik. Sebal.

"Jangan buat muka macam tu.. tak lawa.." usik Daniel. Dania menjeling tajam. Ternyata geramnya tidak hilang lagi.

"Awak memang tak reti malu ek. Awak selamba naik kereta saya, minta hantar gi sini tuk makan.. awak memang tak de rasa malu ke?" Dania melepaskan geramnya. Ikut hati memang dia nak je hadiahkan sebiji tumbukan dipipi Daniel.

"Awak ni..cuba satu hari je..awak tak marah saya. Awak cuba buka sikit hati awak. mana tahu saya calon suami awak." Daniel tersengih. Dia perlu lembutkan hati wanita didepannya.

Dania menarik nafas. Sedalam-dalamnya. 

"Jom makan. Heheh..spending quality time together." pujuk Daniel.

Dania hanya memandang sepi ajakan Daniel.

"Hey...kenapa ni? jom ar makan.." lembut kini suara Daniel. Tiada nada usikan kini. 

"saya tak suka situasi sekarang, perasaan saya sekarang. Kenapa awak muncul?" Dania bersuara. Kata hati yang dipendam kini diluah. Dia sakit dengan keadaannya sekarang. Hakikatnya dia terkena panahan cinta, namun dirinya tidak bisa menerima panahan tersebut.

" Saya suka awak. Saat awak tumbuk saya, ego saya runtuh. Tiada wanita lain yang berani buat sebgitu rupa. Hanya awak." Daniel kini mengakui. Hatinya tertambat pada Dania.

Jantungnya berdegup kencang. Kenapa lelaki ni berani sangat? bisik kata hatinya.

"Dah, jom makan" Dania mengubah topik. Dia keluar dari perut keretanya. 

****************************************************************************************************

Okess..maaf u'olls..update kali ni pendek sikit. Hahaha..otak tepu dan fizikal terlalu letih. Niat tuk sambung lagi mmg ada..tapi otak tak boleh na bekerjasama buat masa ni. So...kena amik time...relaks dulu baru saya sambung lagi k...

Do comment, vote and review...really appreciate... xoxoxox luv u'olls... bg kiss skit..mmuuuahh..hahah

Hadirlah CintaWhere stories live. Discover now